Wednesday 21 March 2018

SIKAP BODOH SOMBONG AZMIN MEMALUKAN: BELIAU PERLU DI HUKUM RAKYAT SELANGOR PADA PRU-14.


Kami rakyat Selangor merasa amat sedih dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin yang mahu mencampakkan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Zaini Ujang ke dalam empangan amat memalukan sekaligus memperlihatkan betapa tidak cerdiknya menteri besar Selangor itu, apabila beliau sendiri tidak tahu apa bezanya air takungan di empangan dan air yang telah dirawat.
Inilah kualiti seorang Menteri Besar daripada pakatan pembangkang yang hanya tahu berkonfrontasi dan beria-ria menegakkan benang yang basah, sedangkan beliau sendiri tidak tahu apa bezanya dengan margin simpanan air dan air yang berada di dalam empangan.
Sebab itulah Selangor hari ini dilanda oleh krisis air. Ini disebabkan Menteri Besar sendiri tidak tahu apa-apa tentang isu pembekalan air di negerinya sendiri.  Azmin merasakan air di Selangor cukup kerana dia hanya melihat takungan air di empangan, tetapi beliau tidak tahu bahawa margin simpanan air yang terawat yang kini sudah diparas kritikal.
Malah, beliau berlagak pula mahu mencampakkan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir. Zaini Ujang ke dalam empangan negeri.  Itu sudah cukup memperlihatkan sikap Azmin yang bodoh sombong serta ego. Sikap bodoh sombong itulah yang menyebabkan rakyat Selangor hari ini menderita akibat kekurangan bekalan air terawat untuk digunakan.
Daripada sembilan orang Menteri Besar yang terdapat di negara ini, beliau merupakan seorang Menteri Besar Melayu yang paling kurang ajar bukan sahaja dari segi tingkah laku tetapi juga dari segi pertuturannya, seolah-olah beliau bukan dipilih oleh rakyat dan mampu berkuasa selama-lamanya. Beliau harus sedar, kuasa yang beliau perolehi atas air mata rakan seperjuangan yang teranaya melalui fitnah.
Sebab itu negeri Selangor tidak mampu untuk melangkah lebih jauh, kerana berketuakan seorang Menteri Besar yang hanya tahu bermain politik, tetapi kurang ilmu pengetahuan dalam mentadbir dan menguruskan negeri.
Krisis air di Selangor tidak akan menjadi sebegini teruk sekiranya kepimpinan pakatan harapan tidak bermain politik sempit dan memikirkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik peribadi dan kepartian.
Kerajaan pusat telah mencadangkan untuk membina loji Langat 2 dari dulu lagi, namun kepimpinan pembangkanglah yang melengah-lengahkan serta berdolak dalik dalam isu ini kerana kepentingan politik. Akibatnya, hari ini rakyat menderita kekurangan air akibat sikap tidak bertanggungjawab pemimpin pakatan pembangkang. Apapun alasan yang beliau berikan terhadap isu ini, adakah rakyat Selangor yang menderita disebabkannya sanggup melepaskan beliau begitu sahaja.
Dalam laporan Utusan Malaysia kelmarin, sebanyak 259,537 aduan berhubung gangguan bekalan air di Selangor telah direkodkan pada 2016 berbanding jumlah aduan di peringkat nasional sebanyak 416,201. Ini bermakna separuh daripada aduan masalah air itu datangnya dari Selangor.
Justeru, kami menyeru rakyat di negeri ini agar mengembalikan Selangor di bawah pentadbiran BN memandangkan kerajaan pakatan pembangkang Selangor hari ini terbukti gagal untuk mengurus tadbir negeri dengan baik terutama dalam hal-hal asas seperti isu air ini.
Kalau nak diceritakan banyak lagi kegagalan kerajaan pembangkang dalam urus tadbir di Selangor ini. Isu perumahan mampu milik, isu denggi, dan termasuklah isu air yang menghantui rakyat di negeri sejak pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri.
Jadi kami rasakan, cukup-cukuplah apa yang berlaku ini sebagai iktibar buat rakyat di negeri ini. Kita memerlukan pentadbir yang benar-benar berpengalaman dan tahu bagaimana untuk mentadbir negeri serta mempunyai perancangan masa hadapan untuk rakyat. Bukannya pentadbir yang bodoh sombong, ego dan dua puluh empat jam berpolitik.
Pembangkang hanya tahu untuk bermain politik sempit mereka sahaja dan di Selangor, pembangkang lupa bahawa mereka hari in bertindak sebagai kerajaan. Namun apa yang mereka lakukan hari ini lebih kepada gerakan agenda kepentingan sempit parti kepartian mereka sehingga mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat di negeri ini.

No comments:

Post a Comment