Saturday 3 March 2018

PEMBANGKANG GUNAKAN PRINSIP PROPAGANDA NAZI MENGHASUT RAKYAT.


Bekas Pengarang akhbar Suara Keadilan, Dato Seri Dzulkarnain Taib menegaskan bahawa propaganda yang dilakukan oleh pembangkang adalah berinspirasikan kata-kata Ketua Propaganda Nazi, Joseph Goebbels, iaitu penipuan yang dilakukan secara berterusan akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran.
Menurut Dzulkarnain, parti pembangkang tidak pernah mempedulikan tentang fakta atau soal-soal kebenaran sesuatu maklumat itu ketika melontarkan sesuatu isu, asalkan isu tersebut dapat memberikan keuntungan politik kepada mereka.
Sebagai contoh, ketika beliau menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, parti PKR mahu akhbar Suara Keadilan untuk menyiarkan tajuk utama ‘Felda Bankrap’. Tapi ketika itu beliau tidak bersetuju dengan arahan parti kerana artikel tersebut tidak ada bukti dan fakta yang kukuh untuk membenarkan perkara tersebut disiarkan.
Tapi parti berkeras mahu artikel tersebut disiarkan sebagai tajuk muka depan dan sebaik sahaja keluar berita tersebut, beliau serta merta dihubungi oleh KDN untuk hadir memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. Dalam sehari dua, beliau menerima pula surat saman fitnah daripada Felda berhubung artikel itu.
Ini merupakan salah satu contoh bagaimana dasar parti yang mengamalkan konsep penipuan yang diulang-ulang itu bagi mewujudkan persepsi negatif rakyat, mengelirukan rakyat sehinggakan penipuan itu terlihat sebagai satu kebenaran.
Dan perkara inilah yang berterusan dilakukan oleh pembangkang hari ini dengan menipu dan memanipulasikan cerita dan berita untuk mengelirukan rakyat. Dan saya jangka ianya akan menjadi lebih hebat menjelang PRU 14 tidak lama lagi,” ujar beliau  selepas selesai menjadi ahli panel diskusi mingguan, “Anda Tanya Kami Jawab” anjuran Media UMNO dan Penerangan UMNO Malaysia.
Kata beliau lagi, pembangkang begitu berani membuat propaganda penipuan secara berterusan sebegitu memandangkan apa saja isu yang mereka lontarkan akan ditelan  dan disokong bulat-bulat oleh bukan sahaja penyokong mereka, malah orang ramai yang tidak tahu apa-apa pun tentang kebenaran isu tersebut.
Kebanyakkan penyokong pembangkang memiliki sikap taksub kepada parti kerana pemikiran mereka telah didoktrin sekian lama untuk menerima dan membenarkan apa saja makkumat yang datangnya dari pemimpin mereka walaupun ia merupakan pembohongan.
Sebab itu pembangkang tidak takut dan tidak teragak-agak untuk melontarkan cerita-cerita bohong tentang kerajaan kepada rakyat, kerana mereka yakin penyokong mereka akan menerimanya dan membenarkan cerita bohong itu sehingga tampak ia seolah-olah satu kebenaran,” jelas beliau.
Satu lagi Contoh ialah isu 1MDB yang didalangi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi amat malang bagi syarikat pelaburan strategik itu, walaupun Najib gagal dijatuhkan dan program realisasi dilakukan untuk mengurangkan hutang syarikat, ia terpaksa dikuburkan dengan aset yang melebihi labiliti serta mempunyai masa depan yang cerah serta memberangsangkan, dan asetnya akan terpaksa diserahkan kembali kepada Kementerian Kewangan DiPerbadankan.
Ini merupakan satu pengkhianatan Tun Mahathir yang amat berkesan terhadap negara ini dengan menggunakan prinsip propaganda Nazi, walaupun beliau gagal menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Pada minggu lepas satu lagi cubaan Tun Mahathir untuk melakukan perkara yang sama, tetapi sasaran beliau kali ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Malangnya cubaan beliau kali ini gagal membuahkan kesan kerana ia dapat ditangkis oleh KWSP dalam tempoh masa yang singkat. Tidak seperti isu 1MDB, ia lewat ditangkis sehingga berbulan-bulan setelah ia didedahkan serta ditularkan di portal media asing dan portal pro pembangkang tempatan.
Modus operandi Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib adalah sama sejak isu 1MDB, iaitu dengan mengupah media portal pemfitnah asing Sarawak Report (SR) dan disokongan media Wall Street Journal (WSJ) yang sejak dahulu memang anti-UMNO. Ia kemudia akan dipetik oleh portal media propembangkang tempatan terutamanya Malaysiakini, The Malaysian Insight dan lain-lain untuk ditularkan kepada umum.
Akhir sekali, menjelang PRU-14 lebih banyak lagi pengkhianatan dijangkakan akan dilakukan Tun Mahathir dengan penggunaan prinsip propaganda Nazi ini untuk menghancurkan negara ini atas alasan ingin menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  


No comments:

Post a Comment