Saturday 17 March 2018

UNTUK MEMPERCAYA MAHATHIR ATAU TIDAK, ITULAH PERSOALAN RAKYAT SEKARANG.


Seperti banyak orang serata dunia, kami telah bermimpi banyak perkara, termasuk perkara yang mustahil boleh berlaku. Tetapi satu perkara kami tidak pernah mimpi ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan DAP menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia yang akan datang.
Hakikatnya, Mahathir telah memeranjatkan semua orang akhir-akhir ini dengan ucapan seperti seorang negarawan dan tindakan: mengikhtiraf sumbangan kaum Cina dan peranan mereka dalam kemajua Malaysia, sorotan terhadap kesukaran kaum India yang tertindas kerana terabai semasa beliau menjadi perdana menteri; memberi jaminan untuk menghapuskan rasuah dan kronisme; mengikhtiraf DAP parti berbilang kaum bekerja kearah Malaysia yang baik untuk semua; dan berbaik semula dengan Anwar dan Lim Kit Siang muncul sebagai“Three Musketeers” Malaysia dengan misi untuk membetulkan banyak perkara salah dalam negara. Malah beliau telah memohon maaf untuk sebahagian kejahatan beliau dan menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku kepada  Anwar semasa beliau jadi perdana menteri.
Realitinya, orang yang kita harus berterima kasih untuk menjadikan perkara yang mustahil kepada realiti bukanlah Mahathir, tetapi Najib Razak. Sekiranya perdana menteri telah berbaik semula dengan Mahathir, sinario yang tidak terfikir ini tidak akan berlaku. Ini kerana agenda Mahathir dan Najib tidak harmoni apa pun keadaannya, realitinya mereka sedang dalam keadaan konflik.
Najib, sebagai perdana menteri dan pemegang kuasa, tidak dapat bertolak ansur, dan Mahathir tiada pilihan tetapi berundur dan bersara atau meneruskan agenda melalui satu jalan alternatif
Jalan melalui UMNO sudah tentu tertutup oleh Najib. Semua jalan lain, tempatan dan antarabangsa, telah disekat atau tidak boleh dilaksanakan. Hanya satu jalan terbuka kepada  Mahathir iaitu menyertai pembangkang.
Jalan ini merupakan mandat ushasama dengan PKR dan DAP, satu ketika dimusuhi oleh Mahathir, dan berbaik semula dengan Anwar dan Lim Kit Siang, keduanya telah dipenjarakan pada masa lepas. Sementara DAP dan PKR melalui Pakatan Rakyat dahulu telah jelas tentang misi dan matlamat untuk membentuk kerajaan demokratik, berbilang kaum dan egalitarian Malaysia, Mahathir telah sehingga baru-baru ini masih merasa berbelah bagi tentang misi dan matlamat beliau sekarang dalam Pakatan Harapan (PH).
Dengan PRU-14 yang hampir tiba, Mahathir telah bermula membuat jaminan terbuka dan pelbagai janji-janji atas apa beliau ingin capai: mengembalikan demokrasi, kebebasan media, perdana menteri dua penggal, Anwar sebagai pengganti, agenda berbilang kaum dan lain-lain. Ini hanya untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri sekiranya PH memenangi PRU-14.
Bagaimanapun, banyak orang masih mencurigai atas perubahan hati, keunggulan dan kesusilaan Mahathir. Mereka menyifatkan banyak keburukan melanda negara ini disebabkan oleh Mahathir. Mereka, dengan itu, adalah wajar mereka melihat jaminan dan janji-janji beliau dengan penuh curiga memandangkan beliau tidak mempunyai trek rekod yang padu dan konsisten dalam pengisytiharan dan kenyataannya.
Untuk Mempercayai atau tidak mempercayai Mahathir”, itulah persoalan di minda banyak rakyat Malaysia yang berkecuali atau berdiri atas pagar. Trek rekod yang panjang Mahathir membuang sesiapa sahaja – contohnya senarai bekas timbalan beliau, pujian dan kecaman perdana menteri yang sedang berkhidmat, dan beliau masuk dan keluar daripada UMNO. Kecenderungan Mahathir pergi balik kepada perkataannya dengan mendakwa ‘salah faham’, ‘salah dengar’ atau ‘salah petik’ juga memang terkenal. Kemudian, terdapat ingatan terpilih sebagaimana dalam RCI atas kes video Lingam. Dan walaupun beliau amat tegas dalam sokongan beliau terhadap  ISA, DEB, Ketuanan Melayu, etc. Beliau amat kritikal terhadap Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, etc sehingga tiga tahun yang lepas, sekarang beliau sudah berubah dalam pendiriannya setelah menyertai pembangkang.
Diberi keadaan ini, adalah perlu untuk Mahathir bukan sahaja secara terbuka mengisytiharkan tetapi menandatangani satu jaminan, dengan butir-butir yang jelas tidak kabur, terhadap misi beliau, matlamat dan rancangan untuk Malaysia.
Jaminan tersebut harus juga termasuk butir-butir tentang akibatnya sekiranya beliau gagal untuk melaksanakan dan hidup dengan jaminan itu. Jaminan sedemikian boleh meyakinkan kecurigaan banyak pihak bahawa Mahathir telah berubah dengan sebenarnya dan akan berkhidmat sebagai perdana menteri dan negarawan yang jujur, bersih dan ikhlas untuk semua rakyat Malaysia sekiranya PH berjaya menjadi kerajaan akan datang.


No comments:

Post a Comment