Friday, 16 March 2018

FITNAH EDITOR THE ECONOMIST…. SURAT BIDASAN DARI PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA DI LONDON.

Terjemahan surat kepada editor
The Economist

Artikel anda baru-baru ini tentang Malaysia mengandungi kesilapan yang serious dan  hapak mempuyai mindset kolonial yang angkuh, merendah-rendahkan perdana menteri kami, kerajaan, polis, kehakiman, suruhanjaya pilihan raya, media dan malah pengundi kami (“Berhenti, pencuri!”, “Padang permainan senget sebelah”, Mac 10hb).
Sebagai contoh, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tidak pernah menuduh  Najib Razak, sebagai perdana menteri, “menyedutkeluar dana mahu pun Najib pernah mencadangkan yang dana itu merupakan satu “hadiah daripada peminat yang tidak dinamakan”. Hakikatnya, perdana menteri dan ramai lagi pegawai telah menyatakan dana itu majoriti yang besar telah dipulangkanmerupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi. Ini telah disahkan oleh menteri luar Arab Saudi, siapa yang telah nyatakan kepada umum bahawa dana itu adalah “satu derma yang tulin dan tidak harapkan sebarang pembalasandan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi menganggap perkara sudah tutup.
Secara berasingan, untuk mencadangkan bahawa persempadan semula sempadan elektoral kerana pertumbuhan populasi penduduk telah dianggap “manipulasi sistem pilihan raya” mendedahkan sikap ‘double standar’ negara Barat dan seluruh dunia. Tuduhan anda akan membayangkan bahawa banyak negara demokrasi bersalah terhadap dakwaan yang sama, tidak terkecuali Britain, di mana perubahan konstituensi dijangkakan terlebih dahulu sebelum pilihan raya akan datang. Di Malaysia perubahan ini dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan kemudian diluluskan kehakiman, yang keadilannya terbukti dengan fakta yang ia kerap kali tidak menyebelahi hanya kerajaan dan menteri kanan.
Sejak Najib Razak mengambil alih pada 2009, KDNK Malaysia telah meningkat melebihi 50%, 2.3 juta pekerjaan diwujudkan, pengangguran dan inflasi sentiasa ditentukan rendah dan kadar kemiskinan berkurangan dengan signifikannya. Sesungguhnya , pertumbuhan ekonomi Malaysian begitu cepat yang Bank Dunia telah menambahkan anggaran untuk pertumbuhan kami tiga kali pada 2017, kepada  5.8%. Kerajaan merancang untuk kesejahteraan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya amat memuaskan.
Ini adalah cerita benar Malaysia. Laporan anda kelihatan secara eksklusif berdasarkan atas kepalsuan yang beri oleh pihak parti pembangkang dan pesimpati mereka demi keuntungan politik terdahulu sebelum pilihan raya akan datang.

DATO’ AHMAD RASIDI HAZIZI
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di 
London


No comments:

Post a Comment