Saturday 10 March 2018

FAKTA : MENGAPA BANGSA MELAYU TIDAK HARUS MENYOKONG PPBM PADA PRU 14?


LATARBELAKANG
Matlamat Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bergabung dalam Paktatan Harapan yang dikuasai parti cauvanis Cina DAP ialah kononnya untuk ‘menyelamatkan Malaysia’. Kempen ‘Selamatkan Malaysia’ merupakan kempen konspirasi politik Tun Mahathir dan pengikut-pengikut setia beliau untuk menjatuhkan PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO/BN melalui ‘Kempen Anti Najib’ (ANC).

FAKTA
Realitinya kempen ‘Menyelamatkan Malaysia’ merupakan kempen bermotifkan dendam peribadi Tun Mahathir terhadap Najib dan bukan bermotifkan kepada kepenting rakyat. Rakyat telah dilibatkan sama oleh Tun Mahathir melalui politik kebencian dengan sebaran fitnah serta tomahan yang memburuk-burukkan kepimpinan Najib dan UMNO/BN. Isu 1MDB merupakan contoh utama yang dicipta oleh Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan UMNO/BN. Walaupun ia telah berhasil mewujudkan persepsi dikalangan sebahagian rakyat terutama pembangkang, namun ia telah gagal untuk menjatuhkan Najib dan UMNO/BN kerana setelah tiga tahun ia didedahkan beliau masih gagal untuk menunjukkan sebarang bukti yang sahih tentang apa yang beliau telah tomahkan dan fitnahkan itu kepada majoriti rakyat. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, yang ada hanyalah isu yang sama digembar-gemburkan, diulang-ulang serta cuba dikelirukan dengan harapan majoriti rakyat akan terpengaruh.

Banyak pihak juga telah menyatakan bahawa salah satu penyebab kepada dendamnya Tun Mahathir terhadap Najib ialah kerana Najib tidak membantu anaknya Mukhriz Mahathir, dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Dan juga semasa pemilihan Naib Presiden UMNO. Selain merupakan anak kesayanginya, apakah pentignya anaknya itu perlu dipilih mengisi jawatan-jawatan itu? Ya, memang amat penting bagi Tun Mahathir, kerana itu adalah ruang dan peluang ke arah anaknya itu untuk meningkat dan akhirnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat. Hakikatnya, itulah agenda beliau. Iaitu anaknya menjadi bakal Perdana Menteri yang dapat menyelamatkan beliau, keluarganya dan kroninya daripada didakwa atas skandal dan salah laku ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Sekarang ini jelas sudah nampak skandal dan salah guna kuasa yang beliau lakukan semasa menjadi PM satu persatu didedahkan untuk diambil tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa kerajaan yang memerintah sekarang. Salah satu contoh skandal beliau ialah ‘Skandal Kerugian Forex Bank Negara Malaysia bernilai RM30 bilion’, ‘Skandal Perjanjian Pengeluar Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah’, ‘Skandal Perjanjian Penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) juga yang berat sebelah dan banyak lagi kes-kes skandal dan penyalahanguna kuasa yang telah didesak oleh rakyat untuk didedahkan.

Demi agenda untuk menyelamatkan dirinya serta menutup kesnya, dengan kebijaksanaan Tun Mahathir (atau mungkin melalui bayaran sogokan), parti beliau PPBM berjaya diterima untuk menyertai Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP, walaupun sebelum ini beliau adalah  merupakan musuh yang ketat DAP.

Walaupun kelihatan bergabung, namun ideologi politik mereka adalah jauh berbeza, masing-masing mempunyai agenda untuk memperalatkan antara mereka. Mereka ibarat ‘tidur sebantal mimpi lain-lain’.

Bagi Lim Kit Siang, sejak DAP didaftarkan pada 18 Mac 1966 beliau memang sudah lama mempunyai agenda untuk mengambil alih negara ini daripada kerajaan yang berteraskan Melayu dan Islam iaitu UMNO/BN. Niat DAP ini adalah jelas seperti mana yang termaktub dalam ‘Peristiharan Setapak’ DAP pada 29 July 1967 yang menentang Perkara 3, 32, 38, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutan. Ia itu Islam agama Persekutuan; Yang diPertuan Agong ketua negara; Majlis Raja-Raja Melayu; Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan dan Hak keitimewaan orang Melayu.

 Mengikut proses demokrasi negara ini, walaupun 100% kaum Cina mengundi DAP, namun untuk mencapai kemenangan mutlak amatlah sukar melainkan diskong oleh undi Melayu. Ini kerana kaum Melayu adalah kaum majoriti di negara ini. Jikalau majoriti orang Melayu tidak menggundi DAP atau Pakatan Harapan, amat sukar untuk mereka menguasai negara ini.

Sebab itulah Lim Kit Siang dengan rela hati sanggup menerima Tun Mahathir dan partinya PPBM, untuk dijadikan alat serta umpan bagi meraih undi Melayu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang Melayu dan Islam sebagai kuasa dominan.

Memandang PPBM pimpinan Tun Mahathir yang lemah dan belum teruji dalam sebarang pilihan raya sebelum ini, maka Tun Mahathir terpaksa menagih untuk berkongsi kuasa dengan Lim Kit Siang di atas platfom Pakatan Harapan. Namun dengan kebijaksanaan Kit Siang, beliau telah mengizinkannya untuk Tun Mahathir dilantik sebagai calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan, kerana Kit Siang sedar dan yakin tentang penguasaan DAP dalam Pakatan Harapan berdasarkan kerusi yang dimiliki dan bakal dimiliki berbanding dengan lain-lain parti dalam Pakatan Harapan seperti PKR, PAN dan PPBM. Dalam politik jumlah kerusi lazimnya menentukan  kuasa sesebuah parti. Oleh sebab itulah Kit Siang tidak hairan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri dengan mengizinkan Tun Mahathir sebagai calon bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan seandainya Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Bagi Kit Siang, untuk berkuasa tidak semestinya DAP menjadi Perdana Menteri. Ini telah terbukti dalam dua contoh yang telah benar-benar berlaku di negara ini. Dahulu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak ketika itu yang dipimpin oleh Menteri Datuk Seri Nizar dari PAS. Hakikatnya kerusi majoriti ketika itu di negeri Perak bukanlah PAS tetapi DAP. Sebab itulah ketika itu semua dasar-dasar pentadbiran kerajaan negeri Perak ditentukan oleh DAP walaupun Menteri Besarnya daripada PAS. Begitu juga apa yang berlaku dengan Kerajaan PKR negeri Selangor sekarang, walaupun mempunyai Menteri Besar Melayu dari PKR, namun DAP mempunyai kerusi majoriti berbanding PKR dan PAS dalam Dewan Undangan Negeri(DUN) Selangor. Sebab itulah dasar-dasar pentadbiran Kerajaan PKR Negeri Selangor dipengaruhi oleh dasar-dasar DAP. Sebagai contoh, Hak Keistimewaan orang Melayu atau hak bumiputra tidak lagi di amalkan di negeri Selangor. Banyak tanah-tanah rizab Melayu sekarang di miliki oleh orang bukan Melayu. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) asalnya ditubuhkan ialah untuk membantu kaum bumiputera memiliki rumah-rumah yang mampu dimiliki. Tetapi fungsi PKS sekarang tidak lagi sedemikian. Sekarang PKNS membina rumah yang tidak lagi mampu dimiliki oleh kaum bumiputra, malah rumah-rumah yang di bina oleh PKS tidak lagi untuk kaum bumiputra sahaja. Banyak lagi dasar-dasar provokasi terhadap orang Melayu dan Islam berlaku di negeri Selangor, contonya tentang tumbuhnya seperti cendawan rumah maksiat dan pusat perjudian tanpa terkawal di negeri Selangor. Malah Selangor merupa negeri tunggal di negara ini yang membenarkan ‘Pesta Minum Arak’ ketika menyambut pesta ‘Oktober fest’ pada bulan oktober tahun lepas..

KESIMPULANNYA
Sama ada mengundi, PPBM atau PKR atau PAN samalah seperti mengundi DAP, sebab di dalam Pakatan Harapan, DAP adalah ‘taiko’ yang berkuasa berdasarkan kerusi yang sedang dan bakal dimiliki atas 90% sokongan kaum Cina dan lain-lain kaum bukan Melayu.

Sekiranya orang Melayu masih terpengaruh dan taksub dengan dakyah dimainkan oleh Tun Mahathir bermakna mereka akan mengundi PPBM, yang mana mengundi PPBM bermakna menambahkan undi untuk memenangkan Pakatan Harapan. Apabila Pakatan Harapan menang yang berkuasa adalah DAP bukanya PKR, PAN dan PPBM. Sekiranya DAP berkuasa maka lengkaplah jerat yang di pasang oleh Kit Siang untuk memperdayakan orang Melayu dengan memperalatkan Tun Mahathir sebagai umpan bagi meraih undi bangsa Melayu.

Seandainya Pakatan Harapan memenangi PRU-14 salah satu daripada tiga sinario berkemungkinan berlaku ialah;.

Sinario Pertama. Menurut pecalonan yang telah dipersetujui, katakanlah Tun Mahathir menang kerusi yang ditandingi dan dilantik sebagai PM  sementara dan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara, katakanlah beliau dapat pengampunan daripada Agong dan memenangi pilihan raya kecil parlimen bagi melayakkan diri jadi PM. Sudah tentu apabila ini berlaku, Malaysia akan memecahkan rekod dunia kerana mempunyai PM dan Timbalan PM terdiri daripada suami isteri. Dan kemudian masyarakat dunia mungkin akan melihatnya sebagai lawak, seolah-olah mempermain-mainkan demokrasi.

Sinario Kedua. Katakanlah Anwar Ibrahim tidak diampunkan oleh Agong, justeru itu pilihan raya kecil prlimen tidak dapat diadakan untuk mentabalkan beliau sebagai PM menggantikan Tun Mahathir. Ini merupakan ‘pucuk dicita ulam mendatang’ bagi Mahathir sebagai alasan untuk melantik terus anaknya Mukhriz Mahathir sebagai PM. Ini dijangkakan akan menimbulkan ketidak setabilan politik kerana kegagalan Anwar Ibrahim sepatutnya digantikan oleh isterinya Dr. Wan Azizah sebab beliau paling kanan sebagai Timbalan PM.  

Sinario Ketiga. Apabila Anwar Ibrahim tidak layak untuk menggantikan Tun Mahathir sebagai PM sementara, maka besar kemungkinan Kit Siang sendiri akan melantik dirinya sebagai PM. Ini memandang tidak ada disebut di mana-mana dalam undang-undang negara ini bahawa jawatan PM mesti terdiri daripada kalangan orang Melayu. Masalahnya jawatan PM perlu mendapat pekenan daripada Agong. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Agong mempunyai budibicaranya tersendiri bagi perlantikan seorang PM, walaupun Kit Siang seorang Ahli Parlimen yang mendapat mandat daripada rakyat. Satu cara yang Kit Siang boleh melangsungkan kuasanya ialah mengetengahkan Ahli Parlimen Melayu dari DAP Melayu untuk dilantik sebagai PM.

Apapun senarionya, kedudukan Tun Mahathir  tetap tidak selamat, kerana yang berkuasa penuh ialah Kit Siang, yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil tindakan atas segala dosa lampau yang beliau telah lakukan. Maka dengan itu, jadilah Tun Mahathir seorang hamba yang setia mengikut telunjuk Kit Siang, terus dijadikan alat untuk memusnahkan bangsanya sendiri.

Bagi bangsa Melayu pula dengan kemenangan Pakatan Harapan, tamatlah sudah penguasaan bangsa itu di negara ini yang diwarisi sejak daripada zaman datuk nenek moyang mereka. Merempatlah orang Melayu di tanah air sendiri kerana dikhianati oleh bangsanya sendiri yang rakus,tamak haloba, penting diri sendiri, tidak bershukur atas nikmat Allah dan gila kuasa. Jadilah mereka-meraka itu ibarat ‘lebai malang, menang sorak kampung tergadai’. Walau menangis air mata darah sekalipun, kuasa mereka tidak akan dapat dikembalikan.


No comments:

Post a Comment