Saturday, 10 February 2018

‘SI KITUL MODEN’ AKAN HANCURKAN BANGSA MELAYU.

Kami ingin membawa pembaca mengimbau sejarah kejatuhan Melaka pada 1511. Mungkin ramai yang tidak tahu, ada kemungkinan Portugis sentiasa berasa cuak ketika berdepan dengan Kesultan Melayu Melaka ketika itu.

Mungkin ramai yang ketawa bila mengatakan Portugis berasa cuak untuk menyerang Melaka. Mungkin ada yang masih beranggapan bahawa empayar Melaka bukanlah hebat sangat dan mereka hanya berperang melawan Portugis yang lengkap dengan kapal perang, senapang dan meriam, hanya dengan menggunakan keris, parang dan tombak sahaja.

Sejarah baik dari mulut ke mulut atau dipelajari di institusi pendidikan negara selama ini mengajar kita, Melaka adalah sebuah empayar. Sudah tentu jika Melaka itu sebuah empayar, ia menggambarkan penguasaan bangsa Melayu di atas satu tanah jajahan yang luas. Sudah pastinya, empayar tersebut tidaklah hanya sebesar negeri Melaka hari ini atau sebesar Semenanjung Malaysia ini sahaja. Jika tidak, masakan Raja empayar China yang begitu hebat ketika itu, sudi untuk menjadikan Sultan Melaka sebagai menantunya.

Amat malang, kita tidak dicanangkan dengan beberapa fakta bahawa kapal perang kerajaan Melaka yang digelar Jong - dua kali ganda besarnya daripada kapal perang penjajah Portugis.

Kita juga tidak dicanangkan bahawa kerajaan Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar dan kecil yang diberi nama Lela Rentaka, yang bentuknya seperti bazooka di zaman moden ini.

Ini belum lagi disebut tentang senjata api Melayu Melaka yang diberi nama seperti pemuras, istinggar dan lain-lain lagi. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan dan artifak purba seperti alat pelebur besi yang ditemui di tapak tamadun Sungai Batu, Kedah menguatkan lagi fakta ini.

Keris, tombak dan lembing pula tetap tersemat di pinggang atau dipegang sebagai satu simbol pahlawan dan pejuang Melayu yang tetap berbisa dan berbahaya jika kena tikamannya.

Kalau tidak benar Melaka memiliki tamadun tinggi, masakan catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menukilkan : “Setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan senapang lantak atau senapang patah. Dipercayai, itu baru separuh daripada senjata api yang ada di Melaka.”

Kalau orang Melayu sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan penjajah Barat? Kerajaan yang begini hebat di Nusantara (seluruh kepulauan Melayu) hanya boleh ditewaskanoleh gabungan tentera-tentera Portugis, kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa, termasuk juga askar-askar upahan dari Goa (India), Jawa dan Siam (Thailand sekarang).

Di sinilah munculnya watak Si Kitul. Ada dakwaan dari pengkaji sejarah yang menyatakan bahawa tewas di tangan Portugis bukan kerana kalah perang. Kerajaan Melaka dikatakan telah berperang dan bertempur dengan tentera Portugis lebih 100 kali.

Tewasnya Melaka adalah kerana berlakunya konflik dalaman yang ada kemungkinan dicetuskan oleh Si Kitul dengan menyebarkan persepsi dari mulut ke mulut dan melanjutkan lagi pengkhianatan dengan membuka pintu kota Melaka.

Hakikatnya, fakta seperti ini jelas memberitahu bahawa konflik dalamanlah yang menyebabakan empayar hebat dan besar seperti Empayar Melaka ini tumbang dan dijajah oleh Portugis.

Ini ditambah lagi dengan pembelot dan pengkhianat daripada para pedagang asing dan orang Melayu itu sendiri. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno dan tidak ada teknologi dalam peperangan, tetapi akibat krisis kepimpinan kerana tamak dan mementingkan diri sendiri segelintir masyarakat Melayu Melaka yang menjurus kepada pengkhianatan terhadap Empayar Melayu Melaka yang hebat itu.

Hakikatnya, watak Si Kitul ini benar-benar menghantui perjalanan dan jalur-jalur politik dan kekuasaan bangsa Melayu di Nusantara ini.

Kini sejarah berulang, watak Si Kitul di zaman moden muncul sekali lagi. Namun bukan seorang sahaja individu bernama Si Kitul, tetapi sifat dan sikap Si Kitul ini sedang dibawa oleh beberapa pemimpin politik Melayu kita yang gila kuasa dan mementingkan kebendaan, puak dan keluarga sendiri. Ini termasuklah seorang yang pernah dianggap sebagai ‘negarawan’ satu ketika dahulu. Mereka-mereka inilah yang bakal akan memusnahkan tamadun bangsa Melayu moden. Jika dahulu bangasa Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris dari Barat serta Jepun. Tetapi sekarang ini angakara Si Kitul moden ini, berkemungkinan sekali lagi kerajaan yang bertunggakkan Melayu dan Islam ini akan dijajah oleh puak pendatang cauvanis yang sudah lama bercita-cita untuk menjajah bangsa Melayu sejak 1967(tarikh puak ini menjadi parti politk). Pada 1969 mereka gagal menjajah bangsa Melayu dan telah mengakibatkan perbalahan kaum dan pertumpahan darah.

Keraj-kerja Si Kitul moden lebih mudah apabila mereka mampu menyebarkan persepsi jelek - hanya dengan menekan butang melalui teknologi media sosial hari ini.

Kami membawa kisah kejatuhan Melayu Melaka ini kerana bimbang sekiranya tidak dicuci bau tengit persepsi yang jelek ini, maka sia-sia sahajalah pengorbanan pahit-jerih UMNO dan Barisan Nasional (BN) membantu rakyat dalam tempoh 60 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Dalam usaha menangani persepsi jelek ini, kehadiran seseorang yang pernah dianggap ‘negarawan’ itu telah memburukkan lagi keadaan dan menjadi persepsi liar dan fitnah ini semakin menjadi-jadi.

Ketika PRU-13, seingat kami, provokasi pembangkang ditingkatkan ke gear lima dan enam dengan di saat-saat PRU hampir menjelang dengan mencanangkan dalam portal mereka kononnya BN akan mengguakan ‘pengundi hantu’ warga Bangladesh untuk mempertahankan mandat parti pemerintah.

Akibatnya, pada hari pengundian tercetus insiden pertengkaran di antara rakyat Malaysia yang seiras warga Bangladesh ditahan penyokong pembangkang.

Justeru, kami mengharapkan agar rakyat di negara ini rasional setelah tertipu dengan propaganda pembangkang pada PRU-13 lalu dan ‘tidak dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang yang sama’ untuk PRU yang akan datang.
Di zaman ini, Si Kitul itu masih lagi ‘hidup’ dengan wajah, pembawaan dan pendekatan yang berbeza. Tetapi misinya untuk menghancurkan negara tetap sama. Oleh itu sejarah akan berulang sekiranya kita ambil mudah tentang hal ini.

No comments:

Post a Comment