Thursday 8 February 2018

NEGARAWAN YANG BAIK TIDAK AKAN GADAIKAN PRINSIP YANG MEMALUKAN DIRI


Seorang negarawan yang baik akan mengajak rakyat melihat apa yang telah kerajaan lakukan dan dia akan cadangkan kepada kerajaan apa yang dia tidak sempat buat, bukannya mahu menghancurkan apa yang telah dibina selama ini.  Ini berhubung dengan tindak tanduk Tun Dr Mahathir ketika ini yang dilihat sentiasa membuat pusingan U yang bertentangan dengan prinsip yang beliau pegang selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu supaya rakyat Malaysia turun ke jalanan menunjuk perasaan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan darurat bagi mengelak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan ternyata satu sangkaan dan tuduhan yang memang tidak berasas serta satu cubaan untuk membangkit sentimen rakyat menentang kerajaan yang sedia ada..
Bagaimana seorang bekas Perdana Menteri yang dilihat begitu terdesak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ini bukan sahaja tuduhan liar malah mengajak rakyat ke jalan raya memperlihatkan betapa beliau (Mahathir) terdesak dan sanggup memutar belit sedangkan umum tahu apa yang beliau lakukan ketika menjadi Perdana Menteri puluhan tahun lalu. Negarawan yang baik tidak akan mengadaikan prinsip yang memalukan diri sendiri.
Sebelum ini Tun sendiri pernah mengakui sepanjang pentadbiranya beliau gagal untuk menyatu padukan orang Melayu dan seharusnya apabila pucuk pimpinan negara dipimpin oleh orang lain, beliau sepatutnya memberikan sokongan dan bukannya mahu melihat rakyat terus berpecah-belah terutama orang Melayu.
Seperti mana dilihat sekarang beliau telah menubuhkan sebuah parti yang kononya berteraskan Melayu yang dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Namun parti itu terbukti disebaliknya. Ia terbukti sebagai alat atau umpan parti cauvanis Cina DAP, iaitu sebuah parti yang sinonim dengan sikap anti Melayu, anti Islam, anti Raja-Raja Melayu dan anti Perlembagaan Malaysia dalam konsep ‘Malaysian Malaysia’ mereka. Matlamat DAP bersekongkol dengan Dr Mahathir, walaupun telah bermusuhan selama 22 tahun, mempunyai strategi serampang tiga mata. Pertama ialah untuk meraih undi Melayu bagi Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan UMNO/BN yang bertunjangkan Melayu dan Islam. Kedua untuk menghancurkan UMNO sebuah parti benteng pertahanan terakhir orang Melayu dan Islam di negara ini. Ketiga untuk merealisasikan strategi mereka yang telah didedakan oleh seorang ahli mereka iaitu “Use Malay to screw Malay” atau “Menggunakan Melayu untuk memusnahkan Melayu”. Itulah realitinya mengapa Dr. Mahathir boleh diterima oleh DAP, walaupun sudah 22 tahun bermusuhan.
Bagi kami, apa yang Dr Mahathir lakukan kini sebenarnya mencerminkan cara politik beliau sendiri… kalau orang buat begini maka taktikalnya harus begitu… kami percaya dan yakin anak muda di negara ini tidak akan terpengaruh dengan mainan politik putar belit Mahathir untuk kepentingan dirinya sendiri dan bukan kepentingan bangsa Melayu… kami tetap hormat dia sebagai individu yang banyak berjasa tetapi cara dia kini telah senada dengan pembangkang… nafas Dr Mahathir kini adalah nafas pembangkang untuk menghancurkan UMNO yang telah banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan Islam.

Menteri Kommunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak juga telah mempersoalkan kewajaran Dr Mahathir membuat kenyataan yang menjurus kepada keresahan awam.

Beliau telah menggambarkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kena masa dan tempatnya, dalam menyeru rakyat Malaysia untuk turun ke jalan raya seandainya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengisytiharkan darurat untuk mengelakkan daripada mengadakan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).
Salleh berkata Najib bukanlah seorang diktator seperti Dr. Mahathir sehingga sanggup melakukan perkara sedemikian, beliau tidak akan mengisytiharkan darurat hanya untuk terus berkuasa, serta mengelak daripada mengadakanPRU-14.
Malah yang lebih penting, sebagaimana Mahathir dahulu pernah cuba untuk mengalihkan kuasa pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri pada 1983, tetapi gagal, Najib bukan seorang diktator seperti Mahathir yang terdesak untuk melakukan semua itu,” kata beliau dalam satu posting di blog  sskeruak.blogspot.my pada malam kelmarin.
Seterusnya, beliau berkata sebab mengapa Dr Mahathir telah mengatakan bahawa Najib akan mengisytiharkan darurat adalah kerana bekas Perdana Menteri itu syok sendiri dengan mengandaikan bahawa Pakatan Harapan akan muncul pemenang pada PRU-14.
Pernahkah Mahathir terlintas difikiran bahawa Barisan Nasional, dan bukannya Pakatan Harapan, yang akan menang PRU-14? Oleh itu, mengapa pula perlunya Najib mengisytiharkan darurat untuk terus berkuasa serta mengelakkan untuk mengadakan PRU-14?,” beliau bertanya.
Salleh berkata menurut seorang pensyarah undang-undang Universiti Teknologi Mara Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, “Najib tidak boleh dan tiada kuasa untuk mengisytiharkan darurat, beliau bagi pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat dan DYMM Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya perlu menerima atau menolak nasihat itu tertakluk kepada justifikasi yang kukuh yang diberi oleh MKN”.
Faham tak itu Mahathir !!!!! jangan melalut.

No comments:

Post a Comment