Tuesday 6 February 2018

MAHATHIR DICALONKAN PM MINORITI HANYA UNTUK KEPENTINGAN UNDI MELAYU DAN WANG UNTUK DAP


Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan bukanlah sesuatu yang boleh ditelan mudah oleh seluruh kepimpinan PKR, DAP dan PAN.
Sebahagian besar kerjaya politik mereka membesar dengan membenci Mahathir Mohamad selama 22 tahun.
Ia juga tidak mungkin diterima oleh sebahagian besar penyokong reformasi yang melihat Mahathir hanyalah seorang petualang negara.
Justeru mengapa Mahathir tetap diangkat sebagai calon Perdana Menteri? Apakah kerana Mahathir telah menganut idelogi mereka? Adalah jelas ia tidak mungkin.
Apakah mereka tiada calon yang layak? Ia agak mustahil kerana Pakatan Harapan tidak ketandusan pemimpin yang layak dan dalam usia yang lebih muda.
Justeru apakah sebab Pakatan Harapan terpaksa menjilat ludah dan menelan segala kepedihan untuk mengangkat bekas pemimpin yang mereka pernah gelar sebagai Mahafiraun sebagai Perdana Menteri buat kali kedua?
Jawabnya ialah untuk merealisasikan strategi serampang tiga mata Pakatan Harapan yang dikuasai DAP. Pertama untuk dijadikan alat atau umpan untuk meraih undi Melayu. Kedua untuk melaksanakan strategi “Use Malay to Screw Malay” sebagaiman yang didedahkan oleh DAP untuk memecah belahkan Melayu bagi melemahkan UMNO. Ketiga untuk kepentingan pembiayaan kewangan Pakatan Harapan.
Menarik undi Melayu dan memecah belahkan Melayu
Hanya Dr Mahthir mampu menarik sokongan kuat orang Melayu keluar dari bayangan UMNO dan Barisan Nasional.
Ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa “pemilihan Dr Mahathir hanyalah untuk menarik sokongan undi Melayu”.
Sebagaimana kita faham bahawa politik orang Melayu sudah berpecah kepada empat kumpulan seperti PKR,PAN, PAS dan UMNO. Dengan kehadiran Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, ia merupakan kemuncak kepada perpecahan Melayu di mana kaum itu terus berpecah belah menjadi lima kumpulan iaitu PKR, PAN, PPBM, PAS dan UMNO. Ini memang sudah menjadi agenda DAP sejak ditubuhkan pada 1967 untuk menguasa kaum itu melalui strategi pecah dan perintah. Dengan kehadiran Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan, agenda DAP itu hampir tercapai dan nasib bangsa Melayu ibarat telur di hujung tanduk.
Amat menyedihkan, bangsa Melayu penghuni asal negara ini yang dahulu dikenali dengan ‘Malaya’ (Malay Land) dan kemudian ‘Persekutuan Tanah Melayu’ (Federation of Malaya) yang Melayu merupakan kaum majoriti sudah menjadi kaum minoriti ankara pengkhianatan oleh kepemimpinan kaum itu sendiri seperti Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu..
Namun apa yang orang Melayu tidak sedar bahawa jumlah kerusi yang telah diagihkan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) ialah 52 kerusi mempunyai agenda tersirat bukan merupakan satu penghargaan kepada Mahathir. Kalau boleh menang 52 kerusi dari 222 kerusi parlimen memang sudah bagus iaitu 23.42% daripada jumlah kerusi. Hakikatnya bolehkah PPBM mencapai kecemeralangan itu?
Dijangkakan ini tidak mungkin akan berlaku, berdasrkan pengalaman PRU-13 yang lepas, walaupun Pakatan Rakyat memenangi 85 kerusi (DAP 37, PKR 28 dan PAS 20) ia baru mencapai 38% daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen. Ini pula PPBM, sebuah parti yang usia setahun jagung tanpa sebarang trek rekod mampu mencapai cemerlang hingga 23.42% iaitu hampir menyamai jumlah tiga part Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS) pada PRU-13 yang lepas.
Hasil daripada satu kajian rambang, tiga faktor yang dikenal pasti bakal menyumbang ke arah kegagalan PPBM memenangi 52 kerusi yang diperuntukkan. Dijangkakan PPBM habis kuat mampu meraih hanya 5 ke 6 kerusi pada pilihan raya umum akan datang .
Faktor pertama ialah kepemimpinan PPBM itu sendiri. Secara kebetulan PPBM dipimpinan Dr. Mahathir yang mempunyai 22 tahun trek rekod hitam pada kaca mata di kalangan akar umbi pembangkang dan penyokong mereka. Walaupun beliau nampak amat disenangi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, namun realitinya beliau masih lagi tidak disenangi oleh akar umbi dan kalangan penyokong mereka. Sekira ini masih lagi diabaikan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan ia dijangkakan akan menjejaskan keseluruhan undi gabungan itu pada PRU-14.
Faktor kedua ialah kecelaruan dalam pengurusan PPBM. Dr. Mahathir serta kepemimpinan tertinggi PPBM gagal menguruskan parti berasaskan persetujuan bersama mereka sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti. Berlaku amalan kronisme dan nepotisme dalam pemilihan pemimpin dari peringkat cawangan hinggalah peringkat pusat dan proses demokrasi tidak diamalkan dengan penuh tanggungjawab oleh kepemimpinan mereka. Kesannya ramai ahli akar umbi mahu pun pemimpin di peringkat cawangan, sayap, bahagian dan perhubungan negeri telah meninggalkan parti.
Faktor ketiga ialah tentang 52 kerusi yang diagihkan kepada PPBM. Sebagaiman difahamkan 52 kerusi-kerusi tersebut ialah untuk mencabar kerus-kerusi milik UMNO. Berdasarkan keputusan PRU-13 BN memenagi 132 kerusi di seluruh negara. Daripada jumlah itu 65.15% dimenangi oleh UMNO iaitu jumlah 86 kerusi. Daripada jumlah itu 43.02% atau 37 kerusi majoriti tipis (majoriti 40% ke 55.8%)kawasan campuran, 56.98% atau 49 kerusi merupakan kerusi selamat (majoriti 60.2% ke 87.4%)kawasan majoriti Melayu yang merupakan kubu kuat UMNO. Mengambil kira jangkaan pertanding melebihi dua penjuru bagi 49 kerusi tersebut, maka peluang untuk PPBM memenangi salah satu kerusi tersebut amatlah tipis. Melainkan 37 kerusi yang majoriti tipis, itu pun tidak semua kerusi mampu dimenangi, anggaran maksima 5 ke 6 kerusi sahaja jika dalam pertandingan melebihi dua penjuru.
Jika ditakdirkan Pakatan Harapan hanya memenangi 5 ke 6 , maka jadilah Mahathir sebagai Perdana Menteri minoriti atau Perdana Menteri boneka, yang partinya PPBM bila-bila masa sahaja boleh diperkotak katikkan menjadi hamba abdi oleh pihak yang  memegang kuasa iaitu DAP.

Pakatan Harapan memandang kepentingan kewangan bukannya kerana kehebatan Mahathir
Selain faktor undi Melayu, wang adalah punca Dr Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
Selain Anwar Ibrahim, hanya Mahathir yang mampu mendapat dana politik besar dari tokoh-tokoh perniagaan yang menjadi kroni Mahathir selama berpuluh tahun sehingga kini..
Pemimpin PKR, DAP dan PAN sedar bahawa dengan meletak Mahathir sebagai calon, dana politik akan mencurah masuk dan memudahkan gerakan mereka.
Jadi pemilihan Mahathir tidak ada kena mengena dengan kehebatan Mahathir untuk memulihkan negara, bahkan  beliau terus merosakkan struktur pentadbiran negara ini.
Mahathir sekadar alat kepada Pakatan Harapan yang dikuasai oleh DAP untuk meraih undi Melayu serta memecah belahkan serta melemahkan politik Melayu terutama UMNO, kerana ingin menguasai negara ini yang sudah lama diidamkn sejak penubuhan DAP pada tahun 1967.
Orang Melayu yang tidak sedar hal ini mungkin sudah terlalu taksub kepada kehebatan lampau beliau.
Jika orang Melayu berfikir dengan waras, mereka akan tahu Mahathir sedang diperalatkan oleh DAP. Jelas ramalan di sini bahawa seandainya Pakatan Harapan menang maka Mahathir akan menjadi boneka (tanpa kuasa) DAP, dan PPBM pula akan menjadi hamba abdi (kerana jumlah kerusi yang sedikit) kepada DAP.
Bagi orang Melayu yang masih bebal serta masih enggan menerima hakikat sebenar tentang Pakatan Harapan, contoh terbaik untuk difahami ialah kerajaan PKR Selangor yang ada sekarang. Walaupun ia dipimpin oleh seorang Melayu Islam sebagai MB namun semua dasar serta pentadbiran kerajaan negeri ditentukan oleh DAP sebab mempunyai 15 kerusi majoriti di DUN berbanding PKR hanya mempunyai 12 kerusi, PAS 13 kerusi, PAN 2 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Kesannya semua dasar yang ditentukan oleh DAP sudah  tentu tidak memihak kepada orang Melayu dan agama Islam sepertimana yang  termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
 

No comments:

Post a Comment