Thursday 8 November 2018

INSURANS B40 : GUAN ENG TIPU RAKYAT MALAYSIA?

9 NOV: Pemuda UMNO mempersoalkan pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung sebuah syarikat insurans akan menyumbang RM2 bilion sebagai dana permulaan skim insurans untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40).
Naib Ketuanya, Shahril Hamdan berkata Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2019 berterima kasih kepada Great Eastern Life Insurance Malaysia (Great Eastern) atas sumbangan itu, tetapi media Singapura melaporkan syarikat itu belum setuju membuat sumbangan.
“Mana satu betul? Adakah LGE telah berbohong di dalam Dewan Rakyat dan di depan jutaan rakyat,” katanya menerusi akaun Facebooknya.
Tambahnya,  media yang sama melaporkan syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan PH “bagi mendapat pengecualian” daripada syarat Bank Negara untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.
“Secara jelas, Great Eastern memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 bilion itu?
“Harap LGE boleh buat penjelasan, pertama adakah anda berbohong atau mengelirukan Dewan? Kedua, bajet ini untuk rakyat Malaysia atau untuk syarikat Singapura?,” soalnya lagi.
Sebelum ini, kerajaan PH mengumumkan akan wujud Skim Insurans B40 di mana Syarikat Great Eastern Life Insurance Malaysia akan menyumbang RM2 bilion caruman sebagai dana permulaan.
Skim insurans itu memberi perlindungan RM8 ribu untuk rawatan empat penyakit kritikal.
Untuk rekod, pada tahun 2009, kerajaan BN memutuskan syarikat insurans di Malaysia tidak boleh dimiliki 100% syarikat asing – maksimum dihadkan kepada 70%.
Tahun lepas, BNM beri amaran terakhir kepada syarikat insuran asing yang masih belum mematuhi peraturan ini.

No comments:

Post a Comment