Monday, 12 November 2018

SKIM CROWDFUNDING ‘PAKMAN TELO’, BN TOLAK BAJET 2019.

12 NOV: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempersoalkan skim Skim Pendanaan Awam Hartanah (crowdfunding) yang akan dilaksanakan oleh kerajaan PH melalui Bajet 2019 yang diumumkan baru-baru ini.

Menurut Khairy, skim itu boleh dipertikaikan kerana seorang pembeli rumah hanya perlu mengeluarkan pembiayaan 20% daripada harga jualan dan seterusnya memiliki rumah ini untuk tempoh 5 tahun tanpa perlu membayar apa-apa tanggungan bulanan.
Sebaliknya pelabur yang akan menanggung 80% harga rumah ini akan mendapat pulangan sebanyak 5% setiap tahun untuk tempoh 5 tahun tersebut.
“Saya tak tahu ini skim apa benda ni, Tuan Yang di Pertua,” bidas Khairy ketika membahaskan Bajet 2019 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Tegas Khairy lagi, kerajaan BN telah melakukan dengan baik melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP)  pada tahun 2011,  yang menyediakan pinjaman 100% dan tidak memerlukan pembeli mengeluarkan wang pendahuluan 10%.
“Tidak perlu ada skim…apa benda ini, skim ‘PakMan Telo’ ni,” katanya disambut gelak tawa ahli parlimen yang lain.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan ini berkata,BN begitu menghargai penat lelah dan jasa serta bakti penjawat awam, tidak lupa buat pesara kerajaan.
“Bajet 2019 hanya memperuntuk pemberian bonus RM500 dan RM250 masing-masing kepada penjawat awam dan pesara berbanding dengan BN pada kadar RM1,500 dan RM500. Ini tidak termasuk dengan kenaikan gaji khas seperti yang dijanjikan.
“Agaknya banyak kurang kepada penjawat awam kerana Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) masih tidak percaya dan tidak yakin dengan perkhidmatan awam dan sentiasa mengulangi kenyataan yang sama,” katanya.
Sebelum ini, Tun Mahathir berkata penjawat perlu akur dengan prinsip demokrasi dan menerima kerajaan baharu yang dipilih rakyat, bukannya terus menjadi alat kepada parti pemerintah lama.
Diakhir perbahasannya, Khairy mewakili BN sebagai pembangkang menolak RUU Perbekalan 2019 yang dicadangkan oleh kerajaan PH kerana terdapat banyak kelompongan dan tiada titik sentuh di setiap golongan seperti yang dibuat kerajaan terdahulu.

No comments:

Post a Comment