Saturday, 10 November 2018

RED BEAN ARMY DIBERI BAJET RM10 JUTA

Ringkasan artikel:

Selama 18 tahun sebagai pembangkang, Pakatan Harapan dahulu dikenali Pakatan Rakyat telah mengajar Barisan Nasional atau kerajaan ketika itu bagaimana untuk memerintah negara ini. Sekarang Pakatan Harapan sedang memerintah, mereka membuat pusingan-U dan mempersembahkan bajet, iaity Bajet 2019, yang sepenuhnya bertentangan dengan ‘Bajet Alternatif’ mereka 18 tahun yang lalu.

Artikel utama:

Biarkan setiap Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan pendirian mereka semasa pembahasan bajet bermula pada November 12 sama ada skandal 1MDB merupakan bencana kebangsaan dan sama ada Najib harus bertanggungjawab untuk Malaysia menjadi kleptokrasi global atau sama ada segala yang diperkatakan oleh kerajaan Pakatan Harapan ke atas skandal 1MDB merupakan pembohongan dan fitnah,” kata Lim Kit Siang hari ini.

Ya, itulah kata kunci untuk beberapa bulan akan datang. Skandal 1MDB. Bencana Kebangsaan. Kleptokrasi Global.

Bajet RM10 juta menggunakan siber-trooper Red Bean Army pada kadar RM3,000 setiap orang sebulan.

DAP telah memperuntukan bajet RM10 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang untuk membayar setiap siber-trooper ‘Red Bean Army’ atau siber-trooper RBA dengan gaji RM3,000 sebulan. Tugas mereka ialah untuk membalas serangan apa sahaja yang  UMNO, Barisan Nasional dan PAS kata termasuk mengulangi kata kunci : Skandal 1MDB, Bencana Nasional dan Kleptokrasi Global.
Kit Siang mahu perkataan ini ‘dibakar’ dalam benak rakyat Malaysia supaya mereka lupa akan peristiwa berdarah ‘May 13 1969’,.
Pakatan Harapan sedang menghadapi terlalu banyak masalah, oleh itu permainan ini adalah untuk mengalih perhatian yang diperlukan untuk mengalih fokus rakyat. Setelah enam bulan berkuasa, Pakatan Harapan mendapati bercakap adalah mudah, sementara realiti sebenarnya melaksanakan pemerintahan itu tidak sebegitu mudah.

Mengapa tidak Pakatan Harapan hanya membentangkan ‘Bajet Alternatif’ 2018 mereka sebagai ‘Bajet 2019’?

Selama 18 tahun dari 1999 ke 2017, Pakatan Harapan (sejak masa mereka masih dikenali sebagai Barisan Alternatif) telah membentangkan Bajet Alternatifmereka di Parliament. Setiap tahun Bajet AlternatifPakatan Harapan dilihat baik dan lebih menarik daripada bajet Barisan Nasional atau ‘Bajet Kerajaan’.
Tahun ini, tahun ke 19, akhirnya peluang Pakatan Harapan membentangkan ‘Bajet Alternatif’ mereka sebagai ‘Bajet Kerajaan’..
Tetapi mereka tidak. Dusebalik hanya membentangkan ‘Bajet Alternatif’ tahun lepas sebagai ‘Bajet Kerajaan’ tahun ini. Paktan Harapan telah membentang bajet yang sungguh baru dan amat berlainan, yang jauh berbeza daripada ‘Bajet Alternatif’ sejak 18 tahun yang lalu. Ia dilihat seolah bajet yang diciplak atau ‘potong dan tampal’ (cut and paste) daripada Bajet BN yang lepas.

Sejak 18 tahun yang lalu Pakatan Harapan terus mengajar Barisan Nasional bagaimana Malaysia harus ditadbirkan, tetapi sekarang  Pakatan Harapan sebuah kerajaan yang telah melakukan disebaliknya terahap apa yang telah ajar sejak 18 tahun yang lalu.

Bagaimana setelah 18tahun Pakatan Harapan telah membentangkan bajet yang baik dan menarik daripada bajet kerajaan dan sekarang setelah menjadi kerajaan,  Pakatan Harapan tidak boleh terus bentang bajet yang sama?
Selama 18 tahun sebagai pembangkang, Pakatan Harapan telah mengajar Barisan Nasional atau kerajaan ketika itu bagaimana untuk menguruskan negara. Sekarang  Pakatan Harapan berkuasa menguruskan kerajaan, mereka membuat pusingan-U dan membentangkan bajet, Bjet 2019, yang bertentangan dengan ‘Bajet Alternatif’ mereka bagi 18 tahun yang lepas.
Lim Kit Siang tidak mahu rakyat Malaysia untuk membincangkan perkara ini. Beliau tidak mahu rakyat Malaysia menyedari bahawa Bajet 2019 bukan sahaja teruk tetapi mutlak bertentangan daripada Bajet Alternatif mereka sepanjang 18 tahun yang lepas. Dan ini akan merupakan tugas siber-trooper Red Bean Army yang dibayar RM3,000 seorang setiap bulan untuk mengalihkan isu dan mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada isu yang sebenar.

No comments:

Post a Comment