Sunday, 11 November 2018

HATI TUN MAHATHIR YANG HITAM LAGI MENJIJIKAN SURUH BUBAR UMNO

Tanggapan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO dan rohnya sudah tiada dikatakan lahir daripada kejijikan melampau dalam hati yang hitam lagi bernanah Pengerusi PPBM itu.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan, berkata, justeru tiada sebab untuk UMNO dibubarkan seperti yang disarankan Perdana menteri itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya rasa kejijikan yang melampau dalam hati Tun M yang hitam lagi bernanah itu membuatkan beliau ingat UMNO dan rohnya sudah tiada.
“Tun M boleh merayu dan membuat ‘tekanan politik pelampau’ tetapi nampaknya kelihatan tiada kebangkitan dari akar umbi UMNO yang berkehendak sebegitu.
“Yang saya nampak sudah mula kelihatan tanda-tanda ahli dahaga kepada permulaan semula yang lebih baik daripada kepemimpinan dan parti UMNO itu sendiri,” katanya memetik laporan media hari ini.
Mat Nadzari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir yang dilaporkan menyuruh Ahmad Zahid membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada.
Dr Mahathir berkata, UMNO kini hanyalah badan berdaftar yang tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.
Pada masa sama, Mat Nadzari berkata, melalui siri jelajah presiden dan pemimpin kanan UMNO berjumpa dengan ahlinya juga menampakkan riak seolah-olah peringkat akar umbi sedang ternanti-nanti dan dahagakan kunjungan kepemimpinan tertinggi.
Selain itu, Mat Nadzari berkata, tindakan bekas pemimpin UMNO keluar parti dan menyertai BERSATU juga tidak mempengaruhi ahli akar umbi di Bahagian masing-masing untuk berbuat perkara sama.
Malah, katanya, secepat mana bekas pemimpin berkenaan meninggalkan UMNO, sepantas itulah ada pengganti yang sanggup memikul tanggungjawab yang ditinggalkan.
“Secara keseluruhan mungkin dua atau tiga peratus yang tidak setia dengan pemimpin parti yang lari.
“Awak tengok bekas Ketua Puteri (Datuk Mas Ermieyati Samsudin), tengok Mustapha Mohamed (Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed) dan beberapa lagi itu, adakah berduyun-duyun ahli-ahli yang lain turut keluar ikut dan sokong dia?” katanya.

No comments:

Post a Comment