Wednesday, 14 November 2018

[VIDEO] : AMARAN KERAS PAS DI PRLIMEN TENTANG ISU ICERD -TG HADI AWANG


TERBAIK ! Ini amaran keras PAS tentang isu ICERD - TG Hadi Awang



(Harakah) – Majlis Syura Ulamak yang menjadi badan tertinggi dalam PAS akan berada di saf hadapan dalam demonstrasi menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kali ini.
Demikian ditegaskan Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) ketika membahaskan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.
Penegasan itu sebagai menyokong apa yang disebut oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam bahawa PAS akan menggerakkan rakyat untuk memenuhi jalan raya bagi menentang ICERD.
“Saya ingin menambah kali ini kalau benar-benar perkara ini tidak ditangani dengan serius, Majlis Syura Ulamak yang menjadi badan yang paling tinggi dalam parti PAS yang tidak pernah campur tangan dalam demonstrasi dan seumpamanya, kali ini akan berada di saf hadapan.
“Bukan kita nak mengugut sesiapa, tapi kita mahu memastikan negara kita berada dalam keadaan aman, berada dalam keadaan baik sebab negara kita masa depan kita untuk menjadi negara maju serta menjaga kestabilan negara,” katanya yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak.
Menurutnya, isu ICERD perlu dilihat secara terbuka dan badan antarabangsa sepatutnya melabelkan ICERD kepada negara Israel.
“Sepatutnya ICERD dilabelkan kepada negara Israel yang membunuh manusia siang, malam, pagi dan petang. Labelkan ICERD ini kepada kerajaan Myanmar hatta kerajaan di China. Di sebelah Afrika yang membakar bakar manusia di dalam bandar kerana perbezaan agama,” ujarnya.
Katanya, Malaysia telah terbukti sejak merdeka sehingga hari ini rakyat dapat duduk secara aman damai dan sememangnya disebut oleh mana-mana majalah di peringkat antarabangsa.
“Bahawa Malaysia satu-satunya negara yang menerima pendatang-pendatang serta diberi kerakyatan tetap malah diberi peluang perniagaan, peluang untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Ini adalah Malaysia. ICERD tidak perlu mengganggu Malaysia,” ujarnya.


No comments:

Post a Comment