Thursday 8 November 2018

MOODY’S UBAH PROSPEK PETRONAS KEPADA NEGATIF

8 NOV: Moody’s Investors Service mengesahkan penerbit domestik dan penarafan tidak bercagar kanan mata wang asing bagi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) pada A1, namun mengubah prospek kepada negatif daripada stabil.
Naib Presiden Moody’s, Vikas Halan berkata, keputusan mengubah penarafan itu kerana profil kewangan Petronas mungkin merosot sekiranya kerajaan terus meminta syarikat minyak negara itu membayar dividen yang tinggi, terutama ketika penurunan harga minyak.
Beliau berkata, ini berikutan pengumuman oleh kerajaan bahawa Petronas akan membayar dividen sebanyak RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion pada 2019 merangkumi dividen istimewa sekali gus berjumlah RM30 bilion.
“Keadaan sedemikian tidak lagi menyokong tahap penarafan bagi syarikat yang ketika ini berada di dua tahap kedudukan berdaulat. Dalam senario ini, penarafan Petronas mungkin dikekang kepada tidak lebih daripada satu kedudukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, Petronas akan membayar RM30 bilion sebagai dividen istimewa secara sekali gus kepada kerajaan pada 2019, sebagai tambahan kepada dividen tahunan biasa berjumlah RM29 bilion.

No comments:

Post a Comment