KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mencuri tumpuan di Dewan Rakyat petang ini dengan kepetahannya apabila bukan sahaja menyifatkan Bajet 2019 sebagai Bajet yang tidak menggemparkan, malah tiada yang menghairankan.
“Sebelum ini saya pernah sebut ada aku kisah apa yang korang cakap. Kali ini saya nak sebut ada aku hairan dengan Bajet 2019. Tiada yang menghairankan, tiada yang menggemparkan, tiada yang ‘wow’, tiada yang terlalu hebat kerana Bantuan Sara Hidup turun, saham turun, Ringgit turun, sawit turun, getah turun, pertumbuhan turun, peruntukan kementerian banyak turun.
“Defisit fiskal naik, dividen Petronas naik, import naik, cukai SST naik, harga barang naik, hutang isi rumah naik, tekanan darah pun naik. Bak kata seloka pendek…
Hujan turun banjir kilat,
BN diturun apa yang dapat.
Hujan turun banjir kilat,
ekonomi turun itulah hakikat.”
Hujan turun banjir kilat,
BN diturun apa yang dapat.
Hujan turun banjir kilat,
ekonomi turun itulah hakikat.”
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) di Dewan Rakyat, Khamis.
Di dalam perbahasannya itu juga, Ahmad turut menimbulkan persoalan mengenai nasib penoreh serta pekebun getah dan kalangan mereka yang lain apabila peruntukan kepada Kementerian Industri Utama dipotong selain Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Mengapa peruntukan kepada Kementerian Industri Utama dipotong hampir 50 peratus daripada RM938 juta turun kepada RM507 juta.
“Adakah nasib penoreh getah dan pekebun sawit tidak penting? Mentang-mentang mereka orang kampung… mentang-mentang di Bagan dan Seputeh tiada kebun getah dan kelapa sawit maka peruntukan dipotong begitu banyak.
“Mengapa peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga dipotong RM700 juta daripada RM5.1 bilion turun kepada RM4.4 bilion.
“Adakah nasib nelayan, penternak, pesawah, dan peladang tidak penting? Mentang-mentang mereka orang kampung tidak duduk mewah di bandar dan bandaraya, mereka dipinggirkan, maka benarlah kata YB Port Dickson satu masa ketika dahulu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana,” tambahnya.
Dalam perbahasannya itu juga, Ahmad turut memohon Kementerian Pendidikan memberi maklum balas tentang cadangannya menimbangkan subjek keusahawan diajar sejak tingkatan satu supaya ratusan ribu lepasan SPM yang tidak mengikuti STPM, kemahiran, IPTA dan IPTS agar mereka ada asas ilmu niaga dan boleh diguna untuk bina kehidupan menjadikan negara ini berteraskan keusahawanan.
No comments:
Post a Comment