Wednesday, 28 November 2018

BOMBA AKAN BUAT LAPORAN POLIS PERTAHAN ADIB DIBELASAH PERUSUH.


28 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat satu laporan polis berhubung dakwaan mengatakan Muhammad Adib Mohd. Kassim cedera akibat dilanggar.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, laporan itu dibuat bagi mempertahankan kenyataan sebelum ini bahawa Muhammad Adib cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh.
“Rakaman video telah membuktikan bagaimana keadaan ketika itu. Jadi tiada apa untuk dijelaskan,” katanya dalam sidang media di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Tambahnya laporan polis tersebut akan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya malam ini.
“Saya turun daripada jentera untuk mengambil hos di sebelah kiri, belum sempat berbuat apa kami telah diserang.
Itu perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang disangka Muhammad Adib, 24, yang cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh.
Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,” katanya.
“Dakwaan pihak kuil memaklumkan mangsa dilanggar adalah tidak benar sama sekali.
Anggota Bomba Yang Cedra Dipindah ke IJN
“Kita tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara ini daripada anggota yang berada di lokasi kejadian. Jangan buat kenyataan yang tidak berasas,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment