26 NOV: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi menjelaskan dengan terperinci berhubung propaganda bahawa beliau menyimpan RM116 juta di rumah sebelum dirampas polis Mei lalu.
Menerusi Facebook, bekas Perdana Menteri itu menjelaskan dengan ringkas dan bahasa yang mudah kerana percaya masih ramai terperangkap dengan propaganda Kerajaan PH bahawa kononnya wang itu milik beliau.
1. Pangsapuri itu bukan rumah saya. Ia dimiliki oleh orang lain. Ia digunakan untuk tempat simpanan sementara sahaja.
2. Dana itu dipindah secara terbuka pada malam 9 Mei selepas PRU14 dari pejabat Perdana Menteri dan Seri Perdana di mana ada peti-peti di bilik kebal yang dibina oleh PM ke-4 untuk tujuan ini.
3. Dana itu hanya di tempat itu untuk 2 hari sahaja sebelum dirampas oleh pihak polis berdasarkan laporan polis pada 12 Disember 2014 oleh Khairuddin Abu Hassan.Mengapa serbuan bulan Mei 2018 dibuat berdasarkan laporan polis dari tahun 2014? Itu perlu tanya kerajaan PH.
4. Dana berbentuk wang tunai itu hanya dikumpulkan untuk PRU14. Pada masa bukan tempoh PRU, keadaan ini tidak wujud. Ini juga kebiasaan bagi Presiden UMNO termasuk PM ke-4 ketika PRU yang lalu.
5. Pada mana-mana PRU, memang ada kebiasaan untuk wang tunai digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk membayar restoran, pekerja-pekerja kempen, NGO-NGO dan lain-lain. Selepas PRU, ada banyak bil lagi untuk dijelaskan. Contohnya, adakah pemasang poster dan bendera mahu terima cek? Sudah tentu tak logik bukan.
6. Presiden UMNO diberi amanah untuk mengendalikan dana untuk parti terutama untuk PRU. PM ke-4 pernah mengaku secara terbuka bahawa dia pindah dana sebanyak RM1.4 bilion kepada PM ke-5 selepas beliau lepaskan jawatan presiden parti.
7. Dana-dana ini disumbang dalam wang tunai kerana BN meminta begitu sebab penggunaan dana masa PRU14 juga dalam bentuk wang tunai. Ramai penderma yang terdiri dari ahli koporat dan tokoh dikenali ramai juga memilih untuk memberi dalam bentuk wang tunai kerana mahu derma secara anonymous.
8. Sumbangan dan penerimaan dana untuk tujuan politik tidak salah di bawah undang-undang negara kerana tidak ada akta dana politik.
9. Sudah 6 bulan selepas wang itu dirampas oleh pihak polis tetapi masih tidak ada sebarang dakwaan bahawa dana ini telah melanggar apa-apa undang-undang.
10. UMNO telah saman kerajaan untuk mendapat kembali wang ini. Kes masih belum dibicarakan di mahkamah.
Lampiran di bawah ialah dari writ saman UMNO terhadap kerajaan pada bulan September 2018.
No comments:
Post a Comment