Sunday 25 November 2018

KETUA AUDIT NEGARA ADALAH ALAT KERAJAAN PH UNTUK MEMUSNAHKAN NAJIB LEBIH AWAL SECARA TOTAL

26 NOV: Kenyataan media Ketua Audit Negara Tan Sri  Madinah Mohamad berhubung 1MDB membuktikan Kerajaan PH amat memerlukan isu itu untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada mereka.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi percaya, bukan itu sahaja, malah kerajaan juga mahu ahli UMNO percaya kekalahan UMNO disebabkan 1MDB bukan isu GST dan janji bohong PH.
“(Datuk Seri) Najib (Razak) mesti dipersalahkan,” kata Puad dalam kenyataan, Isnin.
Media semalam melaporkan Madinah mengakui Mesyuarat Kabinet, mengarahkan beliau membuat kenyataan media pada hari ahad (semalam) kononnya laporan akhir pengauditan 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah dipinda beberapa kali.
“Tidak disebut secara nyata, apa yang dipinda. Apakah yang dipinda itu ialah memadamkan nama suspek, pindaan ayat, pindaan angka angka kewangan atau pindaan untuk melindungi kesalahan,” soal Puad.
Mengenai Jho Low, katanya Najib telah pun menjelaskannya melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 (lebih awal daripada tarikh dakwaan pindaan 2016), iaitu Jho Low hadir ke mesyuarat itu kerana dia mewakili syarikat Petrosaudi dan Putera Turki.
“Jawapan sebelum tarikh dakwaan pindaan itu dibuat membuktikan tiada coverup.
“Sudah pasti kenyataan media Madinah menimbulkan persepsi iaitu Najib cuba menipu dan melindungi penjenayah,” katanya.
Menurut Puad, kenyataan Madinah itu masih kabur tetapi dibuat secara terbuka kepada orang ramai.
Justeru, katanya rakyat perlu membaca penjelasan terkini Najib dalam Facebook bekas Perdana Menteri itu.
Selain itu jelas Puad, Peguam Tan Sri  Shafee Abdullah juga mempertikaikan tindakan itu sebagai contempt of court manakala mantan Ketua Audit Tan Sri  Ambrin Buang pula telah menafikan dakwaan mengenai  pindaan tersebut.
“Maka kenyataan media itu ada muslihat tertentu. Bahkan dalam kenyataan media itu didedahkan, laporan akhir pengauditan 1MDB dianggap sebagai satu krisis dan mantan Perdana Menteri  minta siasatan dilakukan oleh pihak penguatkuasa.
“Itu bermakna tiada unsur untuk melindungi. Tetapi isu 1MDB terus dipanaskan oleh pemerintah. Kenapa? Kerana Najib dianggap sebagai satu ancaman kerana dia aktif menjawab isu di media sosial, jawapannya berfakta dan hujahnya di Parlimen kukuh,”.
“Najib mesti di musnahkan lebih awal secara total walaupun kes mahkamahnya belum bermula dan dakwaan mengenai 1MDB belum dibuat. Itulah dendam keadilan Kerajaan PH?,” jelas Puad lagi.



No comments:

Post a Comment