Monday 5 November 2018

KERAJAAN PH BUAT BAJET TAK TELITI, KENA KRITIK NETIZEN … FLIP FLOP……..TERUS BUAT U-TURN.


5 NOV: Jelas Bajet 2019 yang dibentangkan Jumaat lalu tidak dibuat dengan teliti kerana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membuat pusingan U setelah pemberian subsidi minyak kepada golongan bersasar dikritik netizen.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Guan Eng yang dikenali sebagai menteri ‘1 Trilion Dollar Man’ buat ‘u-turn’ sehari selepas Bajet 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat.
“Dia dengan bangga umum kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah akan menerima subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter
“Tetapi bila ‘viral’ bahawa ada kereta mewah seperti Volkswagen Tiguan dan Beetle serta BMW318i juga berkapasiti bawah 1,500cc dia terus ubah fikiran iaitu tidak akan beri subsidi kepada kereta mewah berkenaan,” katanya menerusi laman Facabooknya pada Isnin.
Puad turut mengesahkan ada pegawai Kementerian Kewangan mengakui telah menyediakan bajet lain tetapi berubah apabila sampai pada ‘1 Trilion Dollar Man’.
“Volkswagen Tiguan harganya RM165K manakala BMWi8 (1500cc) harganya ialah RM1.31 Juta. Ini Menteri Kewangan yang gagal. Elok Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tolak Bajet 2019 ini. Incomplete,” tegasnya lagi.
Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan PH melalui manifestonya berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.
Namun sehari kemudian beliau berkata pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500cc diingatkan jangan berharap untuk menikmati subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan.
“Malah memaklumkan bahawa mekanisme pemberian subsidi bahan api berkenaan masih dalam kajian dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh suku kedua tahun depan,” katanya.

No comments:

Post a Comment