Di negara Jerman, undang-undang menganggap logo swastika dan simbol ‘SS’ sebagai organisasi anti-perlembagaan. Mempamirkan secara umum atau menjual bahan yang menyokong mereka adalah melangar undang-undang dan mempamirkan simbol Nazi di negara Jerman boleh dihukum tiga tahun penjara. Tabik hormat Nazi dan kenyataan atau laungan seperti “Heil Hitler” juga diharamkan dikhalayak umum.
Pada tahun 2005, Kesatuan Eropah mencadangkan tentang isu yang ada hubung kait dengan Nazi diharamkan di 25 negara ahli di bawah kesatuan tersebut. Menteri Keadilan Luxembourg, Mr Luc Frieden, berkata, “Kita harus menamatkan isu ini. Perbincangan telah berlarutan begitu lama. Kita harus bersimpati dengan mangsa kem tahanan Nazi di Auschwitz dan lain-lain kem tahan Nazi”.
Ahli Liga Pertahanan Yahudi Bertempur dengan Neo-Nazi di Amerika Syarikat |
Isu Adolf Hitler dan simbol Nazi di Eropah adalah isu sensitif sebagaimana isu sensitif Chin Peng dan simbol Parti Komunis Malaya (PKM) di Malaysia. Parti Nazi di negara Jerman telah diharamkan, begitu juga PKM di Malaysia.
Terdapat juga mereka yang mempertikaikan bahawa “Perjanjian Perdamaian Hat Yai” yang telah ditandatangani pada tahun 1989 di mana tamatnya keganasan PKM dan pengganas komunis dibenarkan pulang ke Malaysia. Itu tidak seratus peratus benar dan Kapt John Seademon telah menjelaskan keseluruhannya dalam artikel ini yang bertajuk “The Butcher of Bekor is Back” (READ HERE).
Namun ia tidak semudah itu seperti menaik bas dan pulang ke Malaysia untuk hidup dan kemudiannya mati, sebagaimana yang dicadangkan oleh setengah pihak. Dalam Perjanjian Hat Yai terdapat tempoh pengampunan dan terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum pengganas-pengganas berkenaan boleh pulang ke Malaysia.
Pejuang IS dari Asia |
Persoalannya, sebagai contoh, bolehkah mereka yang pergi ke Syria untuk menyertai Daesh atau the Islamic State (or ISIS) sewenang-wenang beli tiket kapal terbang dan kembali ke negara asal yang dilahirkan (mana-mana negara) hanya sebab mereka tidak lagi mahu berjuang untuk Negara Islam dan merasa rindu untuk pulang ke kampung halaman? Oleh itu mengapa “pengganas Muslim” dilayan secara berasingan daripada pengganas Cina, yang dilihat diberi layanan istimewa?
Perkara pokok di sini: adakah kerajaan Pakatan Harapan telah menarik balik pengharaman terhadap Chin Peng dan/atau abunya di bawa balik ke Malaysia? Sekiranya larangan telah ditarik balik maka ia tiada masalah. Maka mereka yang membawa balik abu Chin Peng ke Malaysia tidak melakukan sebarang jenayah.
Tetapi setakat ini kerajaan Pakatan Harapan tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang penarikan balik pengharaman. Mengapa tidak? Takut apa? Adakah larangan ditarik balik secara berbisik? Adakah mereka diberitahu (secara berbisik) bahawa kerajaan akan “tutup sebelah mata” dan tidak menyatakan apa-apa, tetapi buat diam-diam saja?
Macam hendak cari pasal dengan orang Melayu |
Mereka kata langkah ini untuk menghormati wasiat terakhir atau wasiat Chin Peng. Sekiranya demikian maka buat diam-diam sajalah! Walaubagaimana pun mereka secara haramnya telah menyeludup abu Chin Peng ke Malaysia. Mengapa mereka adakan sidang media yang dilihat untuk mencari pasal dengan orang Melayu. Mengapa mereka mencari pasal kononnya di bawah kerajaan Umno- Barisan Nasional ini tidak boleh dilakukan, hanya di bawah kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP, abu Chin Peng boleh dibawa balik ke Malaysia?
Hakikatnya mereka sedang mempolitikkan isu mmbawa balik abu Chin Peng ke Malaysia. Ini memang tidak ada kena mengena dengan “wasiat mendiang Chin Peng”. Oleh itu sekarang, seperti mana yang mereka mahukan, perkara ini sudah menjadi politik — dan satu kentang politik yang panas di atasnya. Mereka mahukannya maka sekarang mereka sudah dapat. Maka hiduplah mereka dengannya.
Sekiranya niat mereka untuk provokasi Melayu maka mereka sudah berjaya Kalau Cina mahu jual maka Melayu boleh beli, sebagaiman yang dikatakan oleh pahlawan Melayu Laksmana Hang Tuah.
No comments:
Post a Comment