Dahulu Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya merupakan seorang penyelamat blok pembangkang yang dikenali Pakatan Harapan (PH). Setelah 18 bulan kemudian dia telah dikutuk oleh mereka yang sama yang telah melantiknya sebagai Perdana Menteri yang kononnya cuba menghancurkan Pakatan Harapan. Berbulan madu PH nampaknya tidak berpanjangan dan malah kos perkahwinan mereka belum diselesaikan sudah bercakap tentang perceraian.
Itulah nasib lahirnya sebuah perkahwinan atas kebencian. Ya, perkahwinan PH bukan perkahwinan atas kasih sayang. Ia adalah perkahwinan atas kebencian. Ia adalah ikatan perkahwinan pasangan yang tidak ikhlas yang saling membenci antara mereka, tetapi lebih membenci musuh bersama yang mereka tentang. Dengan itu, mereka bersatu untuk menjatuhkan musuh bersama namun pada masa yang sama tidak ikhlas mempercayai antara satu sama lain dan mempunyai niat bagaimana untuk memusnahkan rakan se jenayah mereka, setelah berjaya memusnahkan musuh meeka bersama.
Banyak Cina, terutama dalam komuniti perniagaan, menganggap kabinet Pakatan Harapan sebagai grombolan badut-badut
Ia telah berlaku sejak dahulu lagi. Amerika Syarikat berkerjasama dengan Soviet Russia untuk menghadapi Nazi Jerman dan kemudian bertelagah sama sendiri pasca Perang Dunia Kedua dalam “Perang Dingin”. Amerika Syarikat juga telah berkerjasama dengan Taliban untuk menghalau Russia daripada Afghanistan dan akhirnya mereka bertelagah antara mereka setelah Russia berjaya dihalau keluar dari Afganistan. Selepas itu Amerika berkerjasama dengan Presiden Saddam Hussein untuk melemahkan Ayatollah Khomeini di Iran dan akhirnya menggantung Saddam Hussein sampai mati dalam satu perbicaraan “mahkamah kangaroo” di Iraq.
Sejarah dipenuhi oleh perkara berlawanan yang merubah kerjasama untuk kepentingan bersama dan akhirnya apabila berjaya dilaksanakan mereka akan mula bersengketa. Dengan itu apakah yang menghirankan sangat tentang Pakatan Harapan dalam pembentukan kerjasama Dr Mahathir,Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim untuk menumbangkan UMNO-Barisan Nasional dan berapa cepat mereka akan berpecah apabila kerajaan PH berjaya dibentuk setelah UMNO-Barisan Nasional ditumbangkan ?
Adalah jelas dalam kerjasama UMNO-Barisan Nasional terdapat hanya satu boss sahaja, iaitu UMNO. MCA, MIC, Gerakan, PPP dan semua rakan gabungan menari mengikut rentak UMNO dan mematuhi dasar parti yang telah ditetapkan — atau sekiranya tidak, akan sedia menghadapi akibatnya.
Itu, kata DAP, memang tidak baik sebab ia membuat semua yang lain sebagai macai UMNO, tidak seperti Pakatan Harapan — dan Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif sebelum itu.
DAP telah menjadi lebih Komunis daripada sebelum PRU ke 14
Itu mungkin tidak baik bagi DAP yang cauvanis Cina. Tetapi sekurang-kurangnya gabungan berbilang bangsa UMNO-MCA-MIC mampu bertahan melebihi 60 tahun. Gabungan Pakatan ditubuhkan pada tahun 1999. Runtuh pada tahun 2001. Dibentuk semula pada tahun 2008. Runtuh pada tahun 2013. “Dicipta semula” pada tahun 2015. Dan akhirnya sekarang kelihatan sedang menuju ke arah keruntuhan sekali lagi.
Oleh itu, UMNO mungkin sebagai “pembuli” dalam Barisan Nasional, menurut DAP. Tetapi sekurangnya UMNO mampu mempertahankan perpaduan kaum dalam Barisan Nasional sejak 60 tahun yang lalu. Pakatan Harapan bangga bahawa tiada siapa sebagai boss dan setiap orang adalah sama. Itu kata mereka, tetapi yang jelas DAP adalah boss PH. Kononnya mereka lakukan sesuatu berasaskan konsensus — dan sekiranya mereka tidak mencapai konsensus maka ‘mereka akan bersetuju untuk tidak bersetuju’ (merujuk apa yang Anwar Ibrahim kata banyak kali). Dan itu, kata Pakatan Harapan, adalah satu perkara yang baik.
Ya, dari segi teori itu dilihat baik. Malah dari segi teori juga, Komunisme adalah juga ideologi yang baik. Tetapi sama ada teori apabila dipraktikkan masih lagi baik adalah satu perkara yang lain sama sekali. Dan teori Pakatan Harapan perkahwinan yang “baik” adalah serupa dengan mempunyai kerajaan komunis untuk mencengkam ke atas kehidupan harian kita semua.
Masalah peralihan kuasa akan mengakhiri riwayat Pakatan Harapan
PKR sedang berpecah disebabkan rebutan kuasa dalaman. DAP sedang menyebarkan komunisme dan cuba untuk mengembalikan Parti Komunis Malaya (PKM). Rancangan peralihan kuasa Perdana Menteri tidak nampak akan berlaku dan Mahathir mungkin tidak meletakkan jawatan dan menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim pada atau sebelum Mei 2020, menurut kepada apa yang mereka dakwa bahawa perjanjian peralihan kuasa Mahathir/Anwar telah ditandatangan dan dimetrai. Mereka telah berjanji kepada pengundi tentang banyak perkara dan setelah 18 bulan memerintah janji-janji tersebut masih tidak ditunaikan — dan mereka terus menyalahkan Najib Tun Razak terhadap kegagalan Pakatan Harapan.
Ya, tanah yang dijanjikan masih lagi tidak kelihatan dan seperti Nabi Musa yang perlu menjelajah padang pasir selama 40 tahun untuk mencari janji yang belum ditunaikan. Tetapi rakyat Malaysia tidak bersedia untuk menjelajah selama 40 tahun menunggu untuk janji-janji ditunaikan. Bukan sahaja 40 tahun, malah empat tahun mereka tidak bersedia untuk menjelajah untuk mencari janj-janji yang belum ditunaikan itu.. Setelah hanya satu tahun, rakyat Malaysia sudah rasa meluat kerana tertipu. Ini kerana mereka janji untuk tunaikan dalam tempoh 100 hari atau kurang dan sekarang sudah masuk 572 hari masih belum jaya ditunaikan.
Tetapi apa yang rakyat Malaysia lihat adalah betul-betul mengarut daripada Pakatan Harapan. Janji tidak ditunaika. Menyalahkan Najib atas kegagalan Pakatan Harapan. Rasuah di bawah Pakatan Harapan lebih teruk daripada semasa di bawah Barisan Nasional. Tidak kecekapan dan Kabinet yang melucukan. Hipokrasi dan tiada reform yang dijanjikan. Rebutan kuasa di semua peringkat. Penyebaran ideologi Komunisme dan penyebaran budaya anti-Islam.
Rasuah melibatkan pekerja asing bertambah buruk sekarang berbanding sebelum PRU ke 14
Senarai dosa di bawah Barisan Nasional mungkin panjang. Tetapi di bawah Pakatan Harapan senarainya malah lebih panjang dengan tambahan senarai dosa baru dan dosa lama yang berterusan. Sekiranya benar “Ladang Ternakan” mempunyai sebarang makna, sejak Mei 2018 ia mempunyai makna khas di Malaysia. Persoalannya siapakah dia mereka “Ladang Ternakan “babi” dalam Pakatan Harapan Malaysia? Ya, satu persoalan yang amat menarik.
Mereka dalam bidang perniagaan kata, rasuah hari ini adalah lebih teruk daripada sebelum PRU ke 14. Rasuah bukan sahaja masih wujud tetapi nilainya telah meningkat. Mereka perlu membayar lebih sogokan “di bawah meja” daripada dahulu. Ini mempunyai kesan negatif terhadap ekonomi dan perniagaan turut dalam keadaan menderita. Sekiranya ini berlanjutan, menjelang PRU ke 15 pada tahun 2023, krisis ekonomi Malaysia akan menjadi lebih dahsyat.
Mereka kata, Mei 2018 satu revolusi yang telah mengubah Malaysia — ala “the Storming of the Bastille” semasa Revolusi Perancis. Penuntut sejarah akan tahu bahawa Revolusi Perancis Pertama merupakan satu kegagalan. Revolusi Perancis Pertama membawa “Reign of Terror” atau “Pemerintahan Yang Menakutkan” (seperti pemerintahan kerajaan PH hari ini). Revolusi Perancis Kedua yang telah membawa kesejahteraan dan pembahruan.
Dengan itu untuk menyamakan Mei 2018 dengan Revolusi Perancis Pertama merupakan satu feng shui yang tidak baik sebab Revolusi Perancis Kedua diperlukan untuk memperbaiki kesilapan selepas Revolusi Perancis Pertama. Dan Revolusi Perancis Kedua berlaku selepas era Napoleon Bonaparte, seorang yang telah mentabalkan dirinya sendiri sebagai Maharaja atau Emperor Perancis dan keseluruhan Eropah
Oleh kerana itu, setelah kesilapan yang besar selepas Revolusi Perancis Pertama, (sama seperti kemenangan PH dalam PRU ke 14) wujud seorang diktator (seperti Mahathir). Dan selepas kematian diktator tersebut perubahan sebenar telah berlaku di Perancis. Itukah apa yang kita akan lihat di Malaysia? Sekiranya demikian maka reform yang dijanjikan tidak akan berlaku di bawah Mahathir atau Anwar. Ia harus datang di bawah kepimpinan generasi yang lain. Itu lah apa yang sejarah Perancis telah mengajar kita Dan itu lah jangkaan hala tuju yang sama yang sejarah Malaysia akan menuju..
No comments:
Post a Comment