DAP kata bahawa satu ‘Deep State’ wujud dalam Perkhidmatan Awam Malaysia yang mempunyai 1.6 juta orang penjawat awam. Apakah makna ‘Deep State’?
Berikut adalah bagaiman Wikipedia mendefinasikan tentang ‘Deep State’.
A deep state, juga dikenali sebagai sebuah negara dalam sebuah negara, merupakan sebuah kerajaan sulit terdiri daripada jaringan kuasa yang tersembunyi atau terselindung bergerak secara bebas daripada kepimpinan politik negara, dalam mengejar agenda dan matlamat tersendiri. Ini lebih kurang merangkumi kerajaan tersembunyi dalam kerajaan yang sah dilantik rakyat.
Pakatan Harapan kata ‘Deep State’ wujud dalam perkhidmatan awam Malaysia yang mempunyai 1.6 juta orang penjawat awam
Hari ini, Khalid Abdul Samad menteri PH berkata penjawat awam yang tidak mahu berkerjasama dengan kementerian mereka akan ditukarkan ke tempat lain. Dengan kata mudah, siapa yang engkar printah kerajaan Pakatan Harapan akan diambil tindakan yang sewajarnya.
Khalid kata lebih setahun sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan dan penjawat awam telah diberi peluang untuk mensesuaikan diri. “Kita tidak boleh ambil alih kerajaan dan hanya memecat orang sahaja, tetapi kita disebaliknya mengikut sistem yang sedia ada dan memberi mereka peluang.”
“Tetapi akhirnya, setelah melebihi setahun sekarang, mereka siapa kita dapati, tidak dapat menawarkan kerjasama mereka, kita akan tukarkan mereka ke tempat lain.”
“10 janji patut ditunaikan dalam 100 hari” gagal ditunaikan, sekarang sudah mencapai 580 hari kemudian
Khalid menambah bahawa tidak mudah untuk reform terhadap kementerian memandangkan ramai yang masih menyokong Barisan Nasional. “Hanya lihat kepada apa yang berlaku kepada Rafizi. Peguam Negara telah beri perintah untuk tidak merayu kepada keputusan, tetapi satu rayuan telah difailkan.”
Dalam respon kepada itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dia akan dapatkan maklumat atas dakwaan kewujudan ‘Deep State’ dalam perkhidmatan awam Malaysia, yang cuba untuk sabotaj pentadbiran kerajaan PH.
“Saya tidak tahu sekiranya ianya berlaku, tetapi sekiranya negara tersembunyi itu wujud , saya fikir kita boleh kawalnya, tiada masalah. Sebelum ini, terdapat banyak masalah semasa saya jadi perdana menteri, tetapi kita boleh terus mentadbir…saya akan uruskannya , saya akan lihat dan kaji dahulu,” kata Mahathir.
Najib sepatutnya didakwa mencuri RM50 bilion tetapi perbicaraan yang sedang berlangsung dilihat tidak menuju ke arah itu
Apa yang Pakatan Harapan dilihat tidak faham adalah bahawa mereka sepatutnya tidak menang PRU ke 14 disebabkan oleh majoriti penjawat awam (termasuk polis dan tentera) menyokong mereka. Atau sekiranya tidak, mereka tidak mampu meraih sebahagian besar undi Melayu. Sekiranya berasaskan undi bukan Melayu sahaja, Pakatan Harapan tidak mampu memenangi pilihan raya (ini terbukti dalam pilihan raya umum tahun 2008 dan 2013).
Kali ini, pada Mei 2018, orang Melayu buat keputusan memberi peluang kepada Pakatan Harapan (tetapi bukan orang Melayu di luar bandar seperti di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan dan Pahang yang masih lagi mengundi UMNO dan PAS).
Obsess yang tidak sihat tentang peralihan kuasa Mahathir Anwar membuat banyak orang kecewa
Mengapa orang Melayu, terutama Melayu dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera, membuat keputusan ketika itu untuk mengundi Pakatan Harapan?
Jawapannya mudah !
Sebab pertama. Pakatan Harapan menjanjikan pengundi “janji manis bulan, langit, bintang dan cakrawala” (kiasan terhadap kata-kata manis yang dijanjikan yang sukar dilaksanakan). Ia tidak berlaku. ‘10 janji untuk ditunaikan dalam tempoh 100 hari pertama’ tidak ditunaikan sementara kos sara hidup yang dijanjikan untuk turun setelah GST dimansuhkan tidak berlaku malah kos sara hidup terus meningkat dengan mendadak.
Sebab kedua. Konon dikatakan mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mencuri RM50 bilion wang 1MDB dan bahawa, setelah Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, hari berikutnya kononnya kerajaan akan mendapatkan semula RM50 bilion wang tersebut dan Najib akan dipenjarakan seumur hidupnya. Itu juga tidak berlaku.
Rompakan dan lelongan aset negara oleh kerajaan PH tidak disenangi oleh kebanyakkan penjawat awam Melayu
Hakikatnya , setelah perbicaraan SRC dan 1MDB Najib didedahkan, ia kelihatan bahawa semua cerita tentang apa yang Najib didakwa telah lakukan mungkin tidak benar semuanya tidak benar. Banyak cerita telah secara kasar diperbesarkan dan tiada satu yang hampir dengan kebenaran. Sudah tentu perbicaraan masih lagi belum berakhir. Walaubagaimana pun, melihat kepada kemajuan perbicaraan itu, Najib mungkin menjadi mangsa fitnah atau pembohongan dan berita tidak benar (fake news).Sebab itulah kerajaan PH memansuhkan Akta Berita Tidak Benar atau Fake News untuk mereka bebas menyebarkan berita tidak benar atau pembohongan untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi secara itu.
Hatta Pakatan Harapan menang PRU ke 14 sebab janji palsu dan pembohongan. Dan sekarang janji-janji itu gagal dan tidak mampu ditunaikan dan pembohongan itu sedang didedahkan satu persatu. Sebab itulah mengapa 1.6 juta penjawat awam Malaysia melakukan pusingan U. Ini tidak ada kena mengena dengan a ‘Deep State’. Semuanya tentang kerajaan Pakatan Harapan didedahkan sebagai penipu yang ada kebenarannya dan orang Melayu tidak lagi mahu berkolabrasi dengan pembohong dan penipuan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment