Monday, 16 December 2019

LAMAN SESAWANG PRO-PAKATAN SEKARANG BERPALING TADAH MENENTANG MAHATHIR

Sejumlah laman sesawang pro-Pakatan Harapan (atau anti-Umno-Barisan Nasional) kelihatan berpaling tadah menentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Salah satu laman sesawang berkenaanFinance Twitter, dalam satu artikel bertajuk “The premier’s reputation and integrity are being questionedberkata:
Jelas, ia akan buat Mahathir kelihatan sungguh bodoh sekiranya skrip liwat yang sama diguna semula. Sebab itu, pihak polis menyatakan kes terkini terhadap Anwar Ibrahim adalah tentang mencabul kehormatan, dan bukannya meliwat, ini memandangkan tiada penetrasi seksual yang telah didakwa. Anak muda Muhammed Yusoff Rawther akan punyai banyak penjelasan untuk diberi sekiranya dia mengaku dia diliwat. Dia diserangan seksual lagi mudah untuk diterangkan daripada dia diliwat.
Walaubagaimana pun, pihak polis belum lagi buat keputusan sama ada kedua yang menuduh dan yang membela diri tertakluk kepada ujian polygraph. Adakah adil hanya  Anwar sahaja tertakluk kepada ujian tersebut dan tidak bagi Yusoff? Apa sekiranya keduanya gagal (atau berjaya) ujian? Lebih penting, sekiranya Anwar gagal ujian tersebut tetapi mempunyai satu ‘alibi’ yang kuat? Walaubagaimana pun, ujian polygraph tidak semestinya merupakan pengesan pembohongan yang tepat.

Malah Sarawak Report yang pro-Mahathir telah berpaling tadah dan sekarang menyerang Azmin Ali

Sekiranya betul Anwar melakukan serangan seksual terhadap anak muda itu, maka presiden PKR itu harus dihukum mengikut undang-undang sedia ada. Disebaliknya, sekiranya  Yusoff telah buat tuduhan palsu terhadap PM-dalam-menunggu itu, dia, juga, harus dipenjarakan. Bagaimana pun, sudah menjadi persepsi umum sekarang bahawa pihak polis tidak boleh dipercayai untuk melaksanakan tugas mereka secara professional tanpa takut atau memihak ( without fear or favour).
Bukan sahaja mereka tidak mempercayai kesaksamaan pihak polis, malah mereka juga tidak percaya bahawa Perdana Menteri Mahathir tidak ada kena mengena dengan dakwaan terkini terhadap Anwar. Dan siapa harus dipersalahkan kerana mereka makin tidak percaya terhadap orang tua berumur 94 tahun itu yang secara terbuka melayan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim secara berbeza atas masalah yang sama  – iaitu skandal sek.
Apabila Azmin Ali, budak kesayangan Mahathir, telah dilibatkan sebagai individu dalam video homoseks yang meletup pada bulan bulan Jun 2019, Perdana Menteri Mahathir dengan cepat mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. Dia secara tidak adil mengisytiharkan Azmin tidak bersalah dan dengan mudah mendakwa klip video tersebuta adalah palsu – malah “sebelumpihak polis mulakan siasatan dan mengesahkan video tersebut.

Tugas KPN Hamid Bador mengekalkan kuasa Mahathir sehingga beliau bersedia meletakkan jawatan

Tetapi apabila tiba giliran Anwar Ibrahim dituduh (untuk kali ketiga),  Mahathir yang sama menyepi kan diri dan tidak sesekali mempertahankan bakal perdana menteri itu. Ini menunjukkan beliau ‘double-standard’ dan berat sebelah. Mahathir amat teruja untuk membela seorang lelaki yang terperangkap dalam menikmati kepuasan homoseks dengan seorang lelaki lain tetapi tidak ambil peduli tentang lelaki  seperti Anwar yang dituduh melakukan serangan seks.
Yang memburukan lagi apabila KPN Abdul Hamid Bador, seorang yang setia kepada Mahathir, telah menyertai satu kapal dengan Mahathir dalam menghina kebijaksanaan rakyat – dengan mengisytiharkan kononnya dua lelaki yang beraksi dalam video klip homoseks tersebut walaupun tulin tetapi tidak dapat dikenalpasti identiti mereka, disebalik keyakinan umum bahawa salah seorang dari mereka merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.
Kecurgian sekarang bertambah kuat bahawa  Mahathir adalah merupakan tangan hitam yang tersembunyi disebalik drama serangan seksual Anwar. Peguam perdana menteri, Haniff Khatri Abdullah, telah muncul sebagai peguam kepada plaintiff Yusoff Rawther’ terhadap Anwar Ibrahim. Sudah tentu, peguam itu memberi alasan dengan fakta yang mudah bahawa dia mewakili pelanggannya membuat ia jelas bahawa  Mahathir bukanlah orang disebalik rancangan yang keji ini.
Mungkin peguam itu fikir rakyat terlalu bodoh untuk menyedari terdapat satu perkara yang dipanggil “reverse psychology”. Yang menariknya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun, merupakan Ketua Wanita parti Mahathir (PPBM atau Bersatu), yang telah melantik peguam tersebut sebagai pengerusi baru Penang Regional Development Authority (Perda) pada Januarai tahun ini.
Anda tidak perlu menjadi seorang saintis roket untuk mengetahui mengapa  Mahathir meluluskan jawatan peguamnya sendiri untuk mengetuai agensi yang kuat seperti Perda. Dan adalah merumitkan sedikit bahawa pihak polis tidak mencadangkan (atau dengan sengaja enggan mencadangkan) idea penggunaan ujian polygraph semasa Muhammad Haziq Abdul Aziz mengaku yang dia lah merupakan salah seorang lelaki dalam klip video homoseks yang menghantui Azmin Ali.
Mengapa pihak polis menyoal dan menyiasat Anwar Ibrahim, tetapi tidak Azmin Ali? Adakah homoseksual telah diisytiharkan sebagai aktiviti sah, wajar dan mengikut undang-undang di bawah pentadbiran Mahathir? Mungkin Mahathir harus menjelaskan mengapa sebuah negara Islam seperti Malaysia; melakukan homoseksual dilihat kurang merosakkan daripada melakukan serangan seksual. Sebenarnya reputasi dan integriti Perdana Menteri Mahathir sedang dipersoalkan rakyat.”

Naratif ini dilihat sepadan dengan kenyataan Anwar bahawa keseluruhannya merupakan konspirasi untuk menghalang dia daripada mengambil alih sebagai Perdana Menteri ke 8 atau PM8 pada atau sebelum Mei 2020. Hakikatnya, kelmarin Mahathir kata dalam satu wawancara di Doha bahawa dia mungkin atau tidak mungkin menyerahkan kuasa selepas November (bukan Mei 2020) tahun hadapan dan ia mungkin atau tidak mungkin Anwar akan ambil alih.

No comments:

Post a Comment