Wednesday, 25 December 2019

DALAM ISU FITNAH : MUFTI YANG KELIHATAN MEMIHAK DIANGGAP BAKAL PENGHUNI NERAKA JAHANAM?

Kenapa dalam kes Najib, Mufti Wilayah Persekutuan lain nada berbanding kes Azmin?
Itu persoalan kami nitizen berhubung kait dengan reaksi Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri dalam kes sumpah laknat Datuk Seri Najib Tun Razak di Masjid Kampung Baharu.
Dalam kes video Azmin (Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali) Mufti Wilayah menyatakan kegusarannya sedangkan video seks songsang yang tular  itu menggugat umat Islam di Malaysia.
Dia lantas menulis empat artikel (Bayan Linnas) sebagai panduan antaranya “Peristiwa Al Ifki (fitnah terhadap A’ishah): Pengajaran Menghadapi Fitnah Semasa”.
Azmin terasa Mufti Wilayah membelanya berdasarkan surat mufti Azmin langsung tidak membuat laporan polis, saman atau bersumpah.
Sebaliknya dalam kes Najib, Dr Zulkifli mempersoalkan tindakan berani Najib bersumpah di masjid, dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan seolah membuat sumpah laknat di Masjid Jamik Kampung Baharu itu kononnya melanggar peraturan.
Menurut kenyataan rasmi beliau menyatakan bahawa mubahalah dalam kategori sumpah dan tidak perlu kalau kes masih berjalan di mahkamah.
Soalnya kes pembunuhan Al tantuya (Shariibuu) sudah dihakimi. Azilah (Hadri) bersalah dan dihukum gantung, dan kes sudah lama berakhir dan bukan sedang berjalan.
Mungkin kerana terlalu teruja untuk memihak kepada satu pihak maka beliau lupa fakta sebenar dan yang berlaku sekarang merupakan satu usaha untuk memfitnah Najib yang tidak terlibat dan membuka balik kes tersebut untuk kepentingan satu pihak yang berkepentingan.
Malah, menurutnya, Najib sendiri telah meminta pegawainya membuat laporan polis tahun lepas apabila fitnah ini terus disensasikan.
Beliau juga hairan kenapa Zulkifli tidak kisah pula dengan dakwaan seorang ahli perniagaan, Deepak yang menuduh Altantuya mengandung anak Najib ketika dibunuh.
Apakah Dr Zulkifli tidak gusar dengan fitnah yang dashyat ini dengan menyepikan diri?.
Apa pun, kami berpendapat , pandangan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman lebih bijaksana kerana berpendapat tidak salah Najib bersumpah kalau dia tidak ada pilihan lain.
Tepat, Najib tidak ada pilihan lain. Dia diasak dengan puluhan tuduhan dan ada kes berjalan serentak.
Dalam keadaan rule of law tidak dihormati, dapatkan Najib bersumpah di mahkamah seperti yang dicadangkan oleh Zulkifli itu.
Najib sudah tentu berbesar hati dan berani bersumpah di mahkamah jika Dr Zulkifli boleh mengaturkannya sebagaimana yang beliau sarankan. Jikalau tidak ia lah merupakan ‘cakap tak serupa bikin’ yang datangnya daripada seorang ‘Mufti akhir zaman’ yang mementingkan duniawi sahaja.
Sebab itu, kami berpendapat, sumpah bukan isunya tapi fitnah Najib membunuh itu perbuatan yang sepatutnya dikutuk habis-habisan.
Apakah Dr Zulkifli setuju dengan tindakan Azilah bersumpah melalui SD menuduh Najib mengarahkannya membunuh Altantuya. Sebaliknya tidak setuju Najib menafikannya secara sumpah laknat di Masjid Kampung Baharu?” Itulah persoalan kami.

No comments:

Post a Comment