Peguam Negara General Tommy Thomas di bawah tekanan yang hebat. Dia perlu menentukan bahawa Najib Tun Razak didapati bersalah dan dipenjara kerana kononnya didakwa merompak SRC International dan 1MDB. Dan penyabitan kesalahannya harus lebih hampir kepada RM42 bilion, yang amaunnya yang didakwa kononnya Najib telah curi. Sekira tidak, maka Pakatan Harapan akan berada dalam kesusahan yang serius.
Sebab Pakatan Harapan menang PRU ke 14 pada Mei 2018 sebab Najib didakwa kononya telah mencuri antara RM42 ke 50 bilion wang pembayar cukai (dan Pakatan Harapan akan tentukan bahawa Najib dipenjara atas jenayah itu “hari berikutnya”) termasuk janji-janji pilihan raya yang Pakatan Harapan telah buat (detail sebagaimana dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan dan sebagaimana yang dibuat semasa perhimpunan dan ceramah).
Begitu, setakat ini kedua-dua nya masih lagi belum ditunaikan.
Pakatan Harapan kata mereka akan memenjarakan Najib “hari berikutnya ” setelah memenangi PRU ke 14 dan sekarang sudah 580 hari
Setengah orang teruja untuk mengundi Pakatan Harapan sebab mereka percaya bahawa Najib seorang penjenayah yang mencuri berbilion wang pembayar cukai. Yang lain teruja dengan janji-janji manis bulan, bintang dan cakrawala apabila Pakatan Harapan berkuasa. Adalah dengan itu sangat kritikal bahawa sekurangnya satu janji telah ditunaikan iaitu menghapuskan GST yang mempunyai kesan sampingan, iaitu mengurangkan pendapatan kerajaan dan terpaksa berhutang..
Menunaikan janji untuk mewujudkan satu juta peluang perkerajaan baru, satu juta rumah mampu milik, merendahkan kos sara hidup, menurunkan harga petrol ke RM1.50 se liter, gaji minima yang tinggi, dan sebagainya, sekarang adalah mustahil. Dengan itu, mereka perlu tunaikan perkara terbaik berikutnya — iaitu untuk memenjarakan Najib kerana kononnya mencuri RM42 ke 50 bilion wang pembayar cukai.
Sekurangnya sekira Najib didapati bersalah dan dipenjarakan, sebahagian rakyat Malaysia akan berpuas hati dengan tidak sepenuhnya. Mungkin kerana kehidupan masih lagi sukar, kos sara hidup masih lagi tinggi, gaji masih lagi rendah, peluang pekerjaan masih lagi berkurangan, kadar jenayah masih lagi teruk, rasuah masih lagi berleluasa, dan banyak lagi, tetapi berpuas hati melihat Najib membayar jenayah yang didakwa, hakikatnya akan memberi alasan untuk menendang keluar Umno-Barisan Nasional menggantikan mereka dengan DAP-Pakatan Harapan.
Tetapi itu dilihat tidak berlaku, sekurangnya dalam masa terdekat. Dan ini membuat rakyat merasa kecewa.
Lim Guan Eng kata 60% janji telah ditunaikan tetapi rakyat tidak setuju
Hakikatnya bahawa Pakatan Harapan gagal menunaikan janji pilihan raya dan rakyat masih menderita, ini cukup tidak baik. Tetapi gagal memenjarakan Najib, apabila dahulu pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018 mereka kata Najib 100% bersalah mencuri RM42 ke 50 billion dan apabila mula berkuasa nanti Najib akan dipenjarakan “hari berikutnya”. Ini tidak dapat diterima kerana ia tidak ditunaikan.
Dengan itu sekarang sama ada tunaikan janji kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia atau tunaikan janji memenjarakan Najib kerana mencuri RM42 ke 50 bilion. Mereka tidak boleh mungkir atas kedua-dua janji. Mereka harus tunaikan sekurang-kurang salah satu janji. Dan memandangkan janji kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia mustahil ditunaikan, maka Pakatan Harapan harus sekurang-kurangnya tunaikan janji kedua iaitu memenjarakan Najib. Tetapi itu juga dilihat mustahil untuk ditunaikan.
No comments:
Post a Comment