Kami telah lihat setengah orang kecewa dengan testimoni Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes SRC International beliau. Separuh orang kata “buat bodoh” dan separuh orang katal “menuding jari”, dan sebagainya.
Apa yang mereka ini gagal untuk memahami adalah, di bawah undang-undang, Najib berhak kepada sebarang bentuk pembelaan yang dia pilih. Dia boleh kata Tuhan menghubungi dia dan memberi ilham kepada dia, atau mahluk asing menculik dia dan melakukan pembedahan otak terhadap dia, atau apa saja. Sama ada hakim mempercayai cerita Najib atau tidak adalah perkara yang lain tetapi dalam hak dia untuk memberitahu mahkamah dalam versi peritiwa dia.
Bolehkan Najib bukti apa yang dia kata? Sebenarnya dia tidak perlu membuktikan apa-apa yang dia kata. Beban pembuktian adalah dipihak pendakwa. Najib hanya perlu untuk mengemukakan keraguan dan faedah keraguan atau ‘ benefit of the doubt’ harus diberi kepada beliau. Itulah undang-undang.
Oleh itu, tidak ada apa-apa tentng testimoni Najib. Apa pun yang dia kata, adalah dalam lingkungan hak dia untuk menyatakannya. Itu adalah bagaimana yang sepatut dilakukan. Oleh itu mengapa belasah dia atas testimoninya? Atau mengapa belasah dia atas apa dia kata dalam testimoninya? Adakah anda mahu dia menyatakan hanya apa yang anda mahu dengar? Anda tidak suka dia menyatakan disebalik apa yang anda mahu dengar?
Macam ini susahlah saudara ! Ini serupalah seperti anda percaya bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan dan anda mahu kami kata yang sama bahawa Nabi Isa itu anak Tuhan walau pun Qur’an mempertikaikan kepercayaan ini. Tidak bolehlah macam itu saudara. Kami perlu kata apa yang kami percaya dan tidak kata apa yang hanya anda sahaja yang percaya. (Itu bagi contoh saja).
Najib salah seorang yang jarang-jarang terjumpa yang sanggup membela diri di kandang saksi dan tidak cuba menggunakan “konspirasi politik” sebagai asas pembelaan dia
Bagaimana pun, sejak tahun 2015 banyak pihak telah membelasah Najib kerana apa yang mereka dakwa dia mendiamkan diri terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya. Untuk empat tahun mereka telah menuntut agar Najib bercakap mempertahankan diri dan menjelaskan apa yang sedang berlaku. Baiklah, sekarang Najib sedang melakukan itu tetapi dia telah dibelasah kerana bercakap membela diri.
Dengan itu, apakah yang sebenarnya yang mereka mahu? Adakah mereka mahu Najib berdiam diri? Atau adakah mereka mahu Najib bercakap membela diri? Atau adakah mereka mahu Najib hanya kata apa yang mereka seronok dengar tanpa menghiraukan sama ada ia benar atau tidak?
Tidak mudah untuk mengambil hati rakyat Malaysia, betul tak?
Najib sebenarnya mempunyai tiga pilihan. Dia boleh pilih tidak memberi pembuktian pembelaan atau testimoni. Dia boleh beri kenyataan dari ‘kandang tertuduh’, di mana dia tidak boleh disoal balas. Atau dia boleh beri pembuktian pembelaan dari ‘kandang saksi’, di mana bermakna dia boleh disoal balas (di mana ia mempunyai risiko sekiranya anda pihak bersalah).
Tommy Thomas perlu membuktikan Najib bersalah melewati sebarang bayangan keraguan
Hakikatnya bahawa Najib memilih untuk memberi pembuktian pembelaan melalui testimoni dari ‘kandang saksi’ sebenarnya amat baik. Banyak orang lain yang menghadapi perbicaraan enggan beri testimoni. Malah sebahagian dari mereka beri keterangan dari ‘kandang tertuduh’ dan bebas dari soal balas. Dan, lebih penting, Najib tidak guna kaedah pembelaan yang sama yang orang lain guna: memandangkan bahawa dia merupakan mangsa sebuah konspirasi politik yang jahat dan keji
Sebenarnya, Najib adalah seorang gentleman. Dia sanggup berada di kandang saksi untuk pembuktian pembelaan dan tidak cuba untuk menolak secara semberono kononnya keseluruhan kes sebagai konspirasi politik — seperti banyak pihak lain telah lakukan. Sebagai contoh kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang Najib kata di kandang saksi adalah hak dia di bawah undang-undang. Oleh itu, kita tidak boleh belasah Najib hanya sebab dia tidak kata apa yang kita seronok dengar daripada dia.
.
No comments:
Post a Comment