Clare Rewcastle Brown sekarang bersama Team Anwar
Nama Sarawak Report sebenarnya busuk sekarang. Menurut Azmin Ali, Sarawak Report terlibat dalam konspirasi Semburit di Sandakan dan Clare Rewcastle Brown berkerjasama dengan Anwar Ibrahim dan ayah Haziq Abdullah Abdul Aziz untuk tularkan dakwaan cerita hubungan homoseks dengan Haziq.
BACA SINI: Azmin Implicates Anwar And Sarawak Report In The Semburit Scandal
Orang-orang Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut dan marah. Mereka kata setelah Mahathir berbelanja berjuta atas Clare sekurang-kurang dia harus menunjukkan kesetiaan dan bukannya menggigit tangan yang beri dia makan. Rupanya, menurut orang-orang Mahathir, Clare sekarang telah mempunyai tuan yang baru membayarnya untuk membelasah Mahathir dan kuncunya seperti Azmin Ali untuk menentukan bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8 atau PM8 pada atau sebelum May 2020.
Orang-orang Mahathir terkejut dan marah bahawa Clare mengigit tangan yang beri dia makan dan sekarang kerja menjatuhkan Mahathir
Awal minggu ini, mahkamah mengarahkan bahawa Clare harus jawab dakwaan fitnah terhadap Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu. Sultanah Terengganau telah menyaman Clare sebanyak RM100 juta kerana berita tidak benar yang Sarawak Report siarkan mengaitkan Duli Yang Maha Mulia Sultanah dengan Jho Low.
Awal tahun ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Sarawak Report bahawa Najib Tun Razak bayar PAS sejumlah RM90 juta dalam satu cek. Dakwaan tersebut terbukti palsu dan SPRM tutup fail atas dakwaan tersebut.
Azmin Ali mendedahkan bahawa Sarawak Report berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau menggunakan skandal Semburit Sandakan
Sebegitu jauh dakwaan liar Sarawak Report telah semuanya terbukti tidak benar. Orang-orang Mahathir kata, Clare adalah seorang pemfitnah upahan yang sedia memutar belit sebarang cerita yang penajanya mahu. Sebab itu mengapa Mahathir menggunakan dia untuk memfitnah cerita 1MDB, kata mereka. Dan sekarang orang-orang Mahathir membelasah Clare dan memanggil dia dengan pelbagai kata-kata kesat dan nista yang terlalu dahsyat untuk diulang di sini.
No comments:
Post a Comment