Tuesday, 26 November 2019

SELEPAS PH BERKUASA AKHIRNYA ABU MAYAT CHIN PENG DIBAWA PULANG KE MALAYSIA SECARA SENYAP

Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat “kembali ke rumah” pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya.
Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir di Sitiawan, Perak pada 1924 (tanpa bukti kerakyatan Malaysia kerana tiada kad pengenalan). Semenjak Perjanjian Damai Hat Yai pada 1989, dia telah bermastautin di Thailand.
Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81 tahun berkata selepas abu mayatnya tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama.
Menurut Chai, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu atau jirat.
 Penyelaras kumpulan yang membawa pulang abu mayat Chin Peng untuk ditabur di Perak, Chai Kan Fook, 81, berkata sebaik saja abu mayat itu tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang.
Katanya, abu mayat itu dibawa pulang bagi memenuhi hasrat terakhir Chin Peng agar abu mayatnya dibawa pulang ke tempat asalnya di Sitiawan dan kubur ibu bapanya di Lumut sebelum menabur abu tersebut di laut dan hutan.
“Biarlah kembali ke laut dan gunung di tanah airnya, biarlah dia selamanya dengan kawan-kawannya yang berkorban untuk negara ini,” katanya ketika membuat pengumuman pada petang hari ini di Ipoh yang turut dihadiri rakan-rakan seperjuangan Chin Peng.
Namun begitu, majlis upacara peringatan itu tidak didedahkan kerana mahu mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sekarang kami telah menyelesaikan tugas itu, kami sangat gembira,” katanya.
Sementara itu, Chai percaya kerajaan PH tidak akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana berpandangan kerajaan PH mempunyai sikap yang berbeza berbanding kerajaan BN sebelum ini.
“Kami tidak melanggar undang-undang, kami mempunyai kepercayaan terhadap PH, kami percaya kepada mereka.
“Kami sangat tua sekarang. Jika mereka mahu mengambil tindakan, mereka hanya boleh menangkap kami,” kata She Yu, 74, sambil ketawa.
Bagi Tong Yee, 82, pula berkata, PH tidak akan berkelakuan seperti parti BN.
“Jika mereka sama saja seperti kerajaan terdahulu, apakah itu bermakna rakyat telah membuat keputusan yang salah untuk menggulingkan BN pada pilihan raya umum tahun lepas?” soalnya.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat kesahihan mengenai dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
KDN bertegas dengan larangan kerajaan sebelum ini untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia, bagaimanapun portal berita tempatan, Malaysiakini, hari ini melaporkan abu mayat pemimpin PKM itu sudah dibawa masuk pada 16 September lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini selepas kerajaan menetapkan keputusan mengenai larangannya sebelum ini.
Beliau berkata, kerajaan kekal dengan dasar melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk sebagaimana diputuskan sebelum ini dan akan menyiasat kesahihannya.

“Sehingga kini memang tiada permohonan diterima dan KDN sendiri tidak pernah tahu abu mayat Chin Peng berkenaan sudah dibawa masuk pada 16 September lalu sebagaimana dilaporkan portal berita (Malaysiakini) terbabit.
KDN hanya mendapat maklumat mengenainya apabila menerima persoalan daripada pelbagai pihak termasuk media hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, susulan dasar kerajaan yang tidak berubah bagi melarang abu mayat Chin Peng dibawa pulang, KDN akan menjalankan satu siasatan mengenainya.
“Siasatan ini bagi memastikan sama ada perkara itu betul berlaku agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadap pihak yang membawanya masuk serta yang membenarkan ia dibawa masuk,” katanya.
Hari ini, Malaysiakini melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa masuk pulang ke negara ini dua bulan lalu dan ditabur ke laut serta di kawasan banjaran Titiwangsa.
Abu mayatnya dilaporkan tiba di Ipoh pada 16 September lalu dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.
Chin Peng yang lahir di Sitiawan, Perak pada 1924 meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada usia 90 tahun dan kerajaan pada ketika itu memutuskan larangan bagi membawa mayat atau pun abunya pulang ke Malaysia untuk disemadikan.

No comments:

Post a Comment