UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional sepatutnya memberi sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baru ‘Perikatan Nasional’ selepas runtuhnya Pakatan Harapan (PH).
Ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia, tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat.
Syaratnya ialah kerajaan baru ini tidak melibatkan DAP namun memandangkan syarat ini tidak dapat dipenuhi, malangnya usaha pembentukan kerajaan baru ‘Perikatan Nasional’ tidak dapat diteruskan lagi seperti dijanjikan Tun Mahathir.
Namun Tun Mahathir yang telah meletakan jawatan sebagai PM Malaysia dan Pengerusi partinya PPBM. Beliau telah membuat satu pusingan ‘U’ untuk kembali semula berkuasa dengan mencadangkan sebuah kerajaan ‘Unity Government’.
Pusingan ‘U’ ini berlaku ekoran setelah beliau mendapat sokongan daripada GPS dan juga pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan Amanah seperti Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Mat sabu.
.Berasaskan kepada kemungkinan untuk membentuk satu kerajaan ‘unity’ dan jika ia benar berlaku maka secara prinsipnya banyak bercanggah dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan iaitu apa-apa perkiraan membentuk kerajaan mestilah atas dasar parti dan bukannya individu.
Ini kerana dalam cadangan pembentukan ‘Unity Government’ itu dikatakan dibentuk dengan bakal perdana menteri memilih individu-individu dan bukannya parti bagi membentuk kabinet. Maka ini bermakna bercanggah dengan amalan demokrasi dimana kabinet yang dibentuk kerajaan haruslah berdasrkan keputsan parti yang mewakili rakyat dan bukan keputusan individu.
Yang anihnya ‘Unity Government’ ini tidak dinyatakan sama ada mempunyai blok pembangkang untuk tujuan ‘check and balance’ apa yang dilakukan oleh kerajaan.
JiJika begini adalah wajar kuasa perlu dikembalikan kepada rakyat… kembalikan hak rakyat bagi menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan kerana dalam demokrasi kuasa di tangan rakyat bukan ditangan individu.
Selain itu krisis politik yang sedang melanda negara ini sekarang juga perlu dihentikan.
Cukuplah krisis ini, cukuplah cerita ‘back door’ ‘front door’… rumah yang hendak dimasuk sama ada pintu depan atau belakang sudah runtuh dan musnah … sampai bila mahu berlanjutan begini?.
Apa yang terjadi ini adalah kerana pemimpin PH yang berebut kuasa namun sayangnya UMNO dan PAS pula yang dipersalahkan. Isu ini jelas menunjukkan pemimpin PH yang berebut kuasa. Oleh itu UMNO dan PAS tidak wajar dipersalahkan.
Tapi mereka salahkan orang lain… salahkan UMNO dan PAS,” seperti menegakkan benang yang basah untuk menutup kelemahan sendiri.
Seterusnya semua pemimpin-pemimpin BN,UMNO, PAS dan PBRS telah sebulat suara menyatakan pendapat mereka bahawa mereka tidak boleh bersekongkol menyertai kerajaan ‘Unity Government’ sekiranya ia melibatkan DAP, mereka sebulat suara mengambil pendirian tidak akan menyertai kerajaan itu.
Semua pemimpin-pemimpin yang menentang pemimpin-pemimpin Mufakat Nasional serta PBRS telah memberi pendapat mereka mengapa kuasa harus dikembalikan semula kepada rakyat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan telah berkata negara hari ini berdepan dengan kegawatan ekonomi, politik serta soal tekanan serta keresahan yang dihadapi oleh rakyat.
Menurut beliau oleh kerana negara sekarang ini gawat, ekonomi, politik, sosial tekanan dan keamanan dan sebagainya, keresahan rakyat… ‘the best option’ yang ada yang mana kuasa ini hanya ada kepada YDP Agong ialah membubarkan parlimen.
Dan beliau bersedia untuk jelaskan perkara ini kepada rakyat… dengan penyerahan semula kepada rakyat, biarlah rakyat pula pilih siapa yang boleh memimpin mereka. Inilah yang kita nak nyatakan dengan jelas. Ini adalah pendirian bersama Mufakat Nasional,” tambahnya.
Manakala Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula menyatakan bahawa Majlis Presiden MCA telah bermesyuarat lebih awal lagi dan parti itu telah meluluskan satu resolusi iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk menyelesaikan kemelut ini iaitu ‘bubarkan Parlimen’.
Menurut beliau, apa jua kecacatan dan keruntuhan ialah disebabkan oleh mereka sendiri dan mereka sendiri yang menyebabkan perkara ini berlaku sehingga kerajaan PH runtuh dan akhirnya yang mencipta kemelut ini adalah PH.
Seterusnya menurut beliau, MCA mendukung penuh, mereka akan berdepan dengan rakyat, biarlah rakyat menilai prestasi PH selama 22 bulan ini. Kembalikan kuasa kepada rakyat dan satu saja iaitu menubuhkan satu kerajaan yang kukuh, kuat untuk negara, memulihkan ekonomi…itulah perkara yang diutamakan.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan pula turut menjelaskan bahawa parti itu akan menyerahkan kuasa kepada rakyat.
Menurut beliau, memilih sesebuah kerajaan untuk memerintah atau memimpin adalah hak rakyat. Tiada mana-mana individu atau organisasi boleh merampas hak rakyat, maka MIC berpendapat bahawa memandangkan satu pilihan yang dibuat pada PRU 14 telah gagal maka kita perlu kembalikan kepada hak rakyat melalui Pilihanraya.
Sementara itu Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup merasa kecewa dengan prestasi kerajaan PH yang mentadbir negara selama 22 bulan.
Beliau kecewa dengan kegagalan kerajaan PH mentadbir negara ini dengan baik dan… tidak sampai separuh penggal.
Akhir sekali menurut beliau bahawa Tun Mahathir telah melakukan perkara yang baik dengan meletakkan jawatan dalam kerajaan PH yang telah runtuh. Maka negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini wajarlah untuk kita serahkan semula kuasa memilih ini kepada rakyat dan PBRS akan memegang pada prinsip demokrasi ini,” tegasnya
No comments:
Post a Comment