Monday 16 March 2020

PERIKATAN NASIONAL ADALAH ‘KERAJAAN PINTU HADAPAN DAN BUKAN KERAJAAN PINTU BELAKANG’

Kami masih lagi dengar ungkapan kerajaan pintu belakangpada minggu-minggu yang lepas, malah oleh peguam yang dijangkakan memahami lebih baik. Apabila seorang peguam tidak memahami ini , dia sama ada merupakan kejahilan yang jujor atau keintelektualan yang tidak jujor yang dipengaruhi oleh prejudis kepartian.
Sebahagian mendakwa bahawa kerajaan sekarang terbentuk melalui “pintu belakang” dan dengan itu, ia memalukan kepada demokrasi berparlimen negara ini. Bagaimana ia jadi begitu?
Mari kita lihat kepada fakta politik.
Pertama, terdapat sekarang sebuah kerajaan yang dikenali “Perikatan Nasional”.. Bagaimana kerajaan ini terbentuk?
Satu jawapan sah dari segi undang-undang mungkin ia dilihat sama bagaimana kerajaan  Pakatan Harapan dibentuk oleh Perlembagaan Persekutuan.
Biar kami pecahkan ini. Dengan kata lain perkataan, kerajaan Perikatan Nasional telah dibentuk dalam lingkungan proses demokrasi melalui “pintu hadapan” oleh  Yang di-Pertuan Agong setelah Baginda melaksanakan tugas yang mematuhi Perlembagaan Persekutuan.
Semasa berakhirnya PRU 14, langkah demokratik selanjutnya diambil ialah pembentukan satu Kabinet untuk menubuhkan kerajaan. Kita memerlukan Menteri Cabinet untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan. Menteri Kabinet datangnya dari Ahli Parlimen yang dilantik atau lantikan oled Dewan Negara (senate) sebagai senator.. Parliament mempunyai 222 Ahli Parlime daripada pelbagai parti politik dan mungkin ada bebas.
Daripada 222 Ahli Parlimen ini seorang akan muncul sebagai Perdana Menteri.
Amatlah penting untuk melantik seorang Perdana Menteri, memandangkan beliaulah yang menasihatkan Agong dalam pembentukan Kabinet.
Selepas PRU 14, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ketika itu sebab atas pertimbangan Baginda, Tun Dr Mahathir Mohamad telah “mungkin dapat meyakinkan majoriti (lebih 112 orang) ahli dewan itu” (Artikle 43(2) Perlembagaan Persekutuan). Seperti mana kita telah lihat, budibicara untuk melantik Tun Dr Mahathir telah dilaksanakan dengan betul memandangkan tiada undi tidak percaya diusulkan terhadap Tun Dr Mahathir di parlimen sejak 22 bulan pemerintahan beliau yang lalu.
Tidak kisah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan calon sebuah parti yang mempunyai ahli parlimen yang sedikit berbanding DAP atau PKR. Sekira anda ingat, PPBM hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen pada permulaannya, sebelum beberapa orang Ahli Parlimen UMNO melompat parti menyertai mereka. Walaubagaimanapun, apa yang penting adalah sama ada atau tidak beliau mendapat keyakinan majoriti Ahli Parlimen dan bukannya berdasarkan jumlah Ahli Parlimen yang beliau miliki dalam partinya.
Ini merupakan perkara yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen negara kita yang rakyat perlu faham.
Setelah Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau kemudian menasihati YDPA atas siapa yang harus dilantik dalam Kabinet beliau dan demikian membentuk sebuah kerajaan dikenali “kerajaan Pakatan Harapan”. Bagaimanapun, pada Feb 24, 2020, kerajaan Pakatan Harapan tumbang apabila Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Di bawah sistem demokrasi berparlimen kita, apabila perdana menteri letak jawatan, cabinet beliau terpaksa letak jawatanuntuk beri laluan kepada perdana menteri baru dan kabinet baru.
Dengan itu, apabila perdana menteri letak jawatan dan oleh itu tidak ada lagi “kerajaan yang sah”, YDPA dengan serta merta mengambil alih tanggungjawab mengikut perlembagaan untuk melaksana kuasa eksekutif yang beri dan dilaksanakan YDPA menurut peruntukan Perlembagaan (Artikle 39).
Ini apa yang kita baca daripada media, di mana YDPA berkenan menemu duga 222 Ahli Prlimen untuk mengesahkan sendiri siapakah yang mampu untuk mendapat keyakinan dari majoriti Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Ini merupakan tugas mendesak untuk YDPA, bagi membentuk sebuah kerajaan menurut Perlembagaan.
Apa yang berlaku sekiranya, dalam pandangan YDPA, tidak ada calon perdana menteri yang telah mendapat keyakinan majoriti (melebihi 112 orang) Ahli Parlimen?
Terdapat perbezaan pendapat tentang ini. Pendapat peribadi kami bahawa pilihan terbaik adalah Artikel 55(2) Perlembagaan yang membenarkan YDPA membubarkan parlimen supaya memberi laluan kepada PRU yang baru.
Ini sudah tentu pilihan yang memakan belanja yang besar dan kepayahan bakal dihadapi, terutama memandangkan bahawa negara sedang menghadapi penularan wabak  Covid-19 yang serious.
Dengan itu, apabila Tun Dr Mahathir meletak jawatan tanpa menasihati YDPA untuk membubarkan Parliamen, beliau seharusnya mempertimbangkan pilihan serta merta dan mengikut perundangan di bawah Perlembagaan.
Setelah menerima mengadap semua Ahli Parlimen, YDPA membuat keputusan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan mendapat keyakinan daripada majoriti ahli parlimen dan dengan itu melantik beliau sebagai Perdana Menteri ke 8.
Setelah melakukan semua itu, YDPA kemudian melantik ahli Kabinet sebagaiman yang dinasihati oleh Perdana Menteri ke 8 menurut Artikle 43(2) Perlembagaan Persekutuan.
Daripada penjelasan sebelum ini, adalah jelas kerajaan sekarang yang popular dikenali nama “Perikatan Nasional” telah di tubuhkan menurut perlembagaan dan kedaulatan undang-undang (rule of law) negara ini. Demokrasi wujud di negara ini, sama ada kita suka atau tidak, telah digambarkan di sini dalam penubuhan kerajaan ini. Sidang parlimen telah ditangguh sehingga Mei 18 2020 dan sekiranya tiada undi tidak percaya daripada majoriti Ahli Prlimen, maka bermakna bahawa kerajaan yang ada mempunyai keyakinan daripada majoriti ahli dewan. Jikalau disebaliknya, kerajaan ini akan tumbang pada bulan Mei sebagaiman ‘rule of law. Dalam kontek perbincangan kita di sini, itulah sahaja yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen kita – bagaimana majoriti daripada 222 Ahli Parlimen berfikir dan bertindak.
Kita mungkin ingat bahawa apabila David Cameron mahu letak jawatan setelah setengah penggal sebagai Perdana Menteri United Kingdom pada tahun 2016, parti  Conservative telah dapat mengenal pasti Theresa May sebagai calon seterusnya yang akan dapat keyakinan daripada majoriti Ahli Parlimen.
Hanya setelah ini dilakukan barulah David Cameron memaklumkan perletakan jawatan kepada Baginda Queen Elizebeth.
Ini tidak berlaku di sini. Tun Dr Mahathir secara mengejut meletakan jawatan tanpa sebarang calon yang jelas muncul yang mempunyai keyakinan daripada majoriti Ahli Parlimen.
Kami ingin menyeru ahli masyarakat sivil yang bertanggunjawab agar terus mendidik masyarakat umum atas pentingnya integriti dan kredibiliti calon untuk dipilih ke parlimen. Merekalah yang akan memutuskan siapa yang akan jadi perdana menteri dan jenis kerajaan dibentuk menurut kedaulatan undang-undang. Mendidik masyarakat umum atas bagaimana perlembagaan berfungsi atas pembentukan kerajaan disebalik menyalak “kerajaan pintu belakang”. Serahkan itu kepada orang politik sahaja. Rakyat berhak kepada yang terbaik dan mengharapkan kejujuran intelektual dari masyarakat sivil.

No comments:

Post a Comment