Tuesday 31 March 2020

ZURIDA DIBIDAS KERANA MENGENAKAN PAKAIAN HAZMAT SEMASA LATIHAN ‘NYAH CEMAR’

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan masanya untuk mencari publisiti murahan, kata Ahli Parlimen Johor Baru Akmal Nasrullah Md Nasir.
Akmal, tujukan kepada bekas rakan partinya Zuraida Kamaruddin, membidas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kerana mengenkan pakaian putih Peralatan Perlindungan Peribadi (PPP) yang lengkap semasa latihan nyah cemar.
Dalam masa yang genting ini, menteri tidak seharusnya buang masa dan mengumpul orang ramai untuk melancarkan acara tersebut dengan gimik.
Beliau seharusnya mengelakkan lagak tarik perhataian supaya PPP (pakaian) beliau dan pegawai boleh digunakan untuk mereka di barisan hadapan (frontliners),” kata Akmal.
Akmal telah merujuk kepada penyertaan Zuraida pada hari Isnin (Mac 30) dalam satu latihan nyah cemar diadakan oleh kementeriannya di Petaling Jaya.
Akmal kata penyertaan Zuraida dalam latihan nyah cemar menyumbang kepada isu kekurangan PPP seluruh negara.
Menteri itu, yang tidak terlibat sebagai barisan hadapan (frontliner), akan juga menyebabkan pembaziran sumber di hospital kerajaan, di mana sedang menghadapi kekurangan PPP.
Hakikatnya, malah sebahagian pegawai terpaksa menggunakan beg plastik sebagai PPP untuk menjalankan tugas mereka,” kata Akmal dalam satu kenyataan pada hari Selasa (Mac 31).
Akmal juga berkata penyertaan Zuraida menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja, memandangkan pegawai diperlukan untuk mematuhi kepada bebrapa protokol kerajaan untuk acara kementerian.

No comments:

Post a Comment