Saturday 28 March 2020

[VIDEO] SEBAB APA PAKATAN HARAPAN HENDAK SANGAT PARLIMEN KHAS BERSIDANG DUA HARI ? - RPK

Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan(PH) mahukan parlimen bersidang untuk meluluskan stimulus package atau pun pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion. Sebab apa? Malaysia sekarang ini di dalam keadaan emergency, sama juga seperti negara-negara lain di seluruh dunia. Ketika emergency, perdana menteri mempunyai emergency powers. Tujuan Pakatan Harapan nak adakan persidangan parlimen ialah supaya undi tidak percaya boleh dibuat terhadap Muhyiddin Yassin. Dan sekiranya mereka berjaya menyekat kelulusan pakej rangsangan ekonomi itu, maka kerajaan pun akan jatuh.

Tetapi kita perlu ingat mampukah Anwar Ibrahim memperolehi undi majoriti (112 Ahli Parlimen atau lebih ) dalam undi tidak percaya yang bakal diadakan? Berdasarkan  sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari yang membolehkan beliau dipilih sebagai PM ke 8 ialah kerana mendapat sokongan daripada 114 Ahli Parlimen bagi menubuhkan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) . Ini bermakna kurang daripada 108 tidak menyokong beliau (mungkin termasuk yang berkecuali sekiranya ada). Oleh itu adakah kemungkinan 114 Ahli Parlimen yang bersama-sama beliau dalam satu kerajaan tidak menyokong dasar beliau dengan menyokong undi tidak percaya yang bakal di buat oleh pihak pembangkang?

Apa pun, kita tunggu dan lihat sama ada ia mampu di realisasakan oleh pihak pembangkang dengan jayanya untuk memusnahkan harapan rakyat dalam pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion yang bertujuan meangani pandemik COVID-19 yang melanda negara.

No comments:

Post a Comment