Thursday 19 March 2020

KEBEBALAN PAKATAN HARAPAN SEBELUM INI BAKAL MENGORBANKAN LEBIH BANYAK NYAWA RAKYAT MALAYSIA

Hari ini, tiga bulan sudah terlewat, kerajaan Malaysia akhirnya melakukan sesuatu untuk menentukan bahawa sebanyak mana nyawa mampu diselamatkan. Ya, tiga bulan memang sudah terlewat. Kerajaan seharusnya bertindak lebih awal, sekurang-kurangnya kebelakngan pada bulan Januari atau Februari, tetapi mereka tidak bertindak. Dan baca tajuk berita berikut untuk mendapat idea apakah dasar rasmi kerajaan ketika itu.

(Bernama, 26 January 2020)-Coronavirus: Situation in Malaysia not critical at this moment – Dr Mahathir

(The Star, 29 January 2020)- Dr M: Closing mosques and tourist sites is not govt policy

(The Star, 21 February 2020)- Covid-19: No need for blanket ban on Chinese visitors, says DPM

Tetapi kita bercakap tentang dasar kerajaan yang rasmi pada ketika itu adalah kerajaan Pakatan Harapan, bukan kerajaan Perikatan Nasional. Kerajaan yang sedang melakukan sesuatu ialah kerajaan Perikatan Nasional. Kerajaan yang mengatakan tidak perlu melakukan sesuatu ialah kerajaan Pakatan Harapan.
Hari ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bukan sahaja tidak berkerjasama untuk menyelesaikan masalah wabak yang dihadapai negara, malah terus berpolitik menghina segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasiona. Kononnya kerajaan lembab bertindak, kononya menteri tak buat kerja, kononnya mereka mampu menyelesaikan bencana ini dalam jangka pendek dan pelbagai penghinaan.
Sungguh hipokrit mereka ini. Apabila berpolitik, retorik yang mereka mainkan ialah “demi rakyat”. Apabila nyawa rakyat sedang diancam wabak COVID-19 sekarang, apakah sumbangan mereka selain terus mempolitikkannya?
Justru itu tidak hairanlah, atas doa rakyat yang tertipu serta tertindas, Allah telah makbulkan doa mereka dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak boleh diharap ini. Selepas ini, wajarlah mereka lihat diri mereka dalam cermin, siapakah diri mereka yang sebenar.
Hari ini, Malaysia adalah sepertimana Italy pada peringkat permulan penularan wabak COVID-19 pada bulan Februarai 2020. Berapa lamakah anda fikir akan menjadikan  Malaysia sepertimana Italy sekarang? Dua minggu? Tiga minggu? Satu bulan? Sekiranya rakyat Malaysia masih lagi mengabaikan perintah larangan pergerakan oleh kerajaan, dijangkakan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi Malaysia akan menjadi sebagaimana Italy sekarang.

Bebalik pada Januari 2020, Wuhan sudah pun mengambil tindakan sementara Malaysia masih tidak berbuat apa-apa

Tetapi ketika itu pada bulan Januari dan Februari Pakatan Harapan terlalu sibuk. Mereka sedang berebut kuasa dan tidak ada masa untuk berasa bimbang tentang  COVID-19 atau pandemic coronavirus. Nasib menyebelahi rakyat kerana kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada penghujung Februari dan kerajaan baru mengambil alih kuasa pada 1hbt Mac 2020. Sekira tidak, semua orang mungkin masih lagi sibuk dengan rebutan kuasa daripada membimbangi nyawa rakyat Malaysia.
Dengan itu, ya, banyak nyawa lagi bakal menjadi korban bulan berikutnya atau dua bulan sebelum keadaan pulih atau hampir pulih. Sebahagian daripada mangsa-mangsa ini mungkin ahli keluarga anda atau rakan anda. Dan apabila anda mengkebumikan atau membakar mereka, hanya ingat satu perkara, bahawa anda menghantar mereka ini ke pusara kerana kebebalan Pakatan Harapan yang terlalu sibuk perkara lain daripada menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia. .

No comments:

Post a Comment