Friday 6 March 2020

TOMMY THOMAS SUDAH MENGAKU YANG LAIN BILA LAGI ?

Tommy Thomas mengaku lantikan beliau sebagai Peguam Negara adalah lantikan politik (Malaysiakini 4.3.2020). Sebab itu dia letak jawatan serta merta.

Yang lain bagaimana pula? Terutamanya lantikan untuk Institusi penguatkuasaan yang penting seperti SPRM, PDRM dan SPR.

Lateefa Koya - SPRM
Kesemua itu melibatkan isu “Bersih, integriti dan bebas rasuah” yang menjadi headline kepada pemerintahan Ts Muhyiddin.

Tan Seri Zulkifle bekas bos SPRM meletak jawatan serta merta apabila Kerajaan BN tumbang dalam PRU ke 14.

Tetapi kenapa Lateefa Koya masih di SPRM. Dia lantikan politik. Lagi pun dia bekas orang kuat PKR. Patut dia letak jawatan kerana Tun M dan PH sudah hilang kuasa.

Hamid Bador - PDRM
Sebab itu tindakan Tommy Thomas dan Ts Zulkifli wajar diteledani. Semasa Tommy Thomas jadi AG banyak pertuduhan digugurkan.

Contohnya, kes Lim Guan Eng (DAP) kes Hassan Karim (PKR) Sivarasa (PKR), N Surendran (PKR), Rafizi (PKR), Thomas telah Su Keong Siong (DAP), kes LTTE dua ADUN DAP dan lain lain.

Sila baca di sini: https://cilisos.my/heres-how-many-pakatan-corruption-charges-were-dropped-during-the-pakatan-administration/

Aziz Harun - SPR
Manakala pemimpin BN dikenakan dakwaan terpilih atau dakwaan politik. Puluhan pertuduhan terhadap Najib dan Zahid menimbulkan kesangsian.

Manakala dalam kes Lokman Adam, pendakwaan terhadap beliau kerana membuat laporan polis terhadap Datuk Amhari Nazaruddin atas isu money laundering menimbulkan tanda tanya

Kenapa Lokman seorang sahaja yang didakwa sedangkan ada 19 pihak yang membuat laporan polis atas isu yang sama

Kepada yang berkenaan, kalau kamu ada hati nurani bersegeralah letak jawatan demi negara yang berintegriti

No comments:

Post a Comment