Wednesday 11 March 2020

ISU PENJUALAN IC MALAYSIA KEPADA WARGA CINA : KDN DIMINTA LAKSANA PENUKARAN IC UNTUK TANGANI PENGUNDI TIPU WARGA CINA MENJELANG PRU KE 15

Sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, terlalu banyak kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan sehinggakan ada sahaja isu yang timbul dan dipertikai oleh rakyat berkaitan tindak-tanduk mereka.
Antara yang menjadi persoalan rakyat adalah dakwaan berkaitan penjualan kad pengenalan Malaysia kepada warga Cina.
Justeru, kami nitizen serta rakyat yang perhatin mencadangkan kepada KDN di bawah kerajaan baru pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk melaksanakan penukaran kad pengenalan warga Malaysia.
Ini adalah bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berlangsung dengan baik dan isu ‘pengundi tidak sah’ warga asing dari India atau Cina tidak timbul.
Tentu rakyat masih ingat tentang dakwaan kebanjiran pelancong dari Tanah Besar China, semasa sistem ‘down’ di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan pelbagai pendedahan warga Singapura dan China yang tiba-tiba mendapat kad pengenalan biru. Amat sukar untuk kita mendapatkan pengesahan atau bukti terhadap segala pendedahan ini.
Namun apabila pihak Imigresen Pulau Pinang sendiri berjaya mengesan sindiket yang menjual IC (kad pengenalan) biru kepada 6 orang warga China, segala kerisauan rakyat berhubung usaha menambah jumlah pengundi Cina melalui pemberian kewarganegaraan kepada warga China ternyata munasabah. Inilah kaedah yang sama dikatakan telah digunakan oleh Singapura untuk menambah jumlah rakyat berketurunan Cina berbanding Melayu di Singapura.
Sebab itu kami merasakan kerajaan baru ini perlu mengambil tindakan menukar IC bagi memastikan masalah ini dapat diatasi. Kita mahukan pilihan raya bersih dan telus. Apa yang dilakukan oleh kerajaan PH dikuasai DAP semasa mentadbir negara kita tidak tahu tapi tidak mustahil ‘projek IC’ ini berlaku.
Tambahan lagi, laporan Audit Negara 2018, yang menyatakan, tiada laporan keluar seramai 95 peratus pelancong China yang melibatkan hampir 100,000 orang turut membimbangkan.
Ini semua terjadi semasa pentadbiran kerajaan PH, malah PH yang dikuasai cauvanis Cina DAP juga meluluskan kemasukan pelancong China tanpa visa walaupun sedar bahawa masalah pelancong warga China tidak meninggalkan negara ini amat tinggi.
Yang anehnya serta mencurigakan, semasa kemuncak penularan wabak COVID-19 banyak negara di peringkat antarabangasa telah menyekat warga Cina memasuki negara mereka, tetapi buat Malaysia di bawah PH yang dikuasai DAP masih menerima kemasukan warga Cina ketika itu dengan berdolak dalik memberi alasan yang tidak munasabah. Sehinggalah menerima desakan rakyat. Jelas nampaknya kerajaan PH ketika itu tidak perhatin terhadap agenda kesihatan rakyatnya malah lebih mengutamakan agenda politik cauvanisnya yang berselindung disebalik memantapkan industri pelancungan.
Jadi apa penyelesaian bagi menangani masalah ini, terutama masalah yang bakal timbul pada PRU ke 15 nanti? Oleh itu kami menegaskan agar IC kewargaan Malaysia yang digunakan sekarang ditukar ke yang baru untuk memerangkap (melalui data-data kewarganegaraan yang rasmi serta sahih di Jabatan Pendaftaran Negara JPN) bagi membersihkan dari penipuan ini

No comments:

Post a Comment