Saturday, 14 March 2020

SOKONGAN UMNO DAN PAS TERHADAP PERIKATAN NASIONAL ATAS KEPENTINGAN NASIONAL PATUT DIHORMATI BUKAN DIPERMAINKAN

UMNO dari awal telah menuntut agar parlimen segera dibubarkan untuk memberi laluan kepada satu pilihanraya.

UMNO hanya menukar pendiriannya setelah kedudukan politik Malaysia terus berkonflik dan tidak selesai kerana tindakan Tun Mahathir dan percaturan Tan Sri Muhyiddin.

UMNO ini parti politik. Ia bukan ‘subordinate’ kepada Bersatu atau Tan Sri Muhyiddin. Dan Perikatan Nasional bukan milik peribadi Bersatu tetapi atas kerjasama beberapa parti atas kepentingan nasional.

Kami mewakili kepentingan terbesar bangsa Melayu. Bukan blok Azmin Ali dan bukan sesiapa.

UMNO dan PAS menguasai 70 peratus undi popular Melayu.

Bersatu hanya menang 13 kerusi dalam pilihanraya lepas dengan undi popular yang sangat sedikit.

10 Menteri dari blok Azmin Ali adalah mereka yang tidak menghormati mandat rakyat. Adakah ini suatu yang bermoral?

Janganlah lupa bahawa hampir 35 peratus ahli Parlimen PPBM menang atas tiket UMNO. Dan selainnya adalah mereka yang melompat dari mana-mana untuk mendapat jawatan.

Demi menyelesaikan kemelut tersebut, UMNO dan PAS memilih untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin semata-mata atas kepentingan nasional dan bukan ke atas diri dia secara peribadi.
.

Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO
14 Mac 2020

No comments:

Post a Comment