Saturday 14 March 2020

KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL : TENANG DI PERMUKAAN TETAPI MEMPUNYAI ARUS DERAS DI DASAR, SEPERTI RETAK MENUJU BELAH

Antara ‘wish list’ yang diutarakan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ialah menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai apa yang dikatakan penyelewengan dalam Tabung Haji (TH).
Hakikatnya, perkara tersebut juga terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU 14. Tetapi setelah berkuasa menteri PH dahulu yang menjaga TH dilihat tidak mahu melaksanakan janji mereka. Kemungkinan ada fitnah yang mereka telah buat sebelum itu terhadap institusi tersebut yang ingin disembunyikan.
Tuntutan ini ialah untuk mencari kebenaran. Kalau sekiranya ada indvidu yang bersalah, waima termasuk semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu sekali pun, mereka perlu dihukum.
Siasatan mesti dilanjutkan bagaimana aset-aset strategik TH turut dijual dengan mudahnya semasa PH berkuasa.
Ia harus dilakukan dengan teliti supaya “Pencuri yang dikejar, tidak turut menjerit “pencuri-pencuri!” yang boleh menyebabkan orang lupa bahawa dialah pencuri sebenar.
Kelmarin, dalam satu kenyataan, Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO akan terus memainkan peranan secara proaktif sebagai agen semak dan imbang terhadap kerajaan baharu bagi memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela serta mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO mencadangkan beberapa tindakan segera harus diambil oleh kabinet baharu di bawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain penubuhan RCI tersebut, kerajaan juga akan menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat, mendesak kes-kes penyelewengan yang dihentikan perbicaraannya oleh kerajaan PH dibuka semula termasuklah kes skandal rasuah terowong dasar laut dan tiga lebuhraya melibatkan pemimpin Dap bernilai RM6.3 bilion.
Selain itu Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga mencadangkan agar siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan yang menyayat hati melibatkan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim disegerakan dan mencadangkan agar membatalkan agenda kerajaan PH untuk menubuhkan IPCMC yang sengaja mahu mengongkong dan mengekang tugas dan tanggungjawab pihak Polis DiRaja Malaysia serta membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela.
Juga perlu diambil kira bahawa penolakan kerajaan Perikata Nasional (PN) ke atas tuntutan UMNO itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Ini memandangkan kabinet PN didominasi oleh Ahli Parlimen dari Bersatu. Apabila kita sebut Ahli Parlimen Bersatu sudah tentu kita tahu sebahagian dari mereka termasuk Perdana Menteri PN sekarang merupakan sebahagian daripada anggota  kabinet PH dahulu.

Masakan mereka begitu senang hati untuk membiarkan segala permasalahan atau penyelewengan yang berlaku semasa kerajaan PH didedahkan dengan begitu mudah, kerana mereka juga merupaka sebahagian daripada ahli kabinet PH yang terlibat dalam membuat keputusan bersama ketika itu.

Oleh itu tidak pelik sekiranya tuntutan UMNO itu ditolak lebih awal di peringkat kabinet PN sebelum sempat diusulkan diparlimen.

Seandainya ini berlaku, UMNO/BN serta PAS sebagai agen semak dan imbang  dalam kerajaan PN sudah tentu akan membuat satu usul persendirian di parlimen untuk dibahaskan serta diputuskan, jika perlu usul yang dibentangkan akan diakhiri dengant undian setiap Ahli Parlimen.

Hakikatnya, tuntutan MKT UMNO ini dilihat sebagai isyarat wujudnya ‘arus di dasar’ (undercurrent) di bawa kerajaan PN. Jika ia gagal dilaksanakan ia merupakan titik permulaan ‘retak menuju belah’ gabungan tersebut yang bakal memendekkan tempoh hayat kerajaan tersebut.

Ini diburukkan lagi dengan beberapa kritikan ketidak puas hati tentang penubuhan kabinet baru PN ini yang dizahirkan oleh Timbalan Presiden UMNO dan termasuk tiga orang ahli MKT yang merupakan beberap mantan Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet BN dahulu. Malah ia juga dikritik oleh Menteri yang sedang berkhidmat dalam kerajaan baru PN dari UMNO ia itu Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau telah mengsyorkan agar parlimen dibubarkan seandainya kerajaan baru PN gagal menyelesaikan pembentukan kabinet dengan telus dan adil mengikut nisbah yang sepatutnya.

Seandainya dua isu penting ini gagal diselesaikan, kemungkinan besar Mufakat Nasional (UMNO/BN dan PAS) meninggalkan PN tidak boleh diketepikan, sebab ada ura-ura ke arah itu.

Ini menjurus kepada runtuhnya kerajaan baru PN dalam masa terdekat, mungkin lebih singkat daripada tempoh hayat kerajaan PH dahulu iaitu 21 bulan.

Oleh yang demikian Perdana Menteri sekali lagi terpakasa mengadap D.Y.M.M Yang DiPertuan Agong, sama ada untuk membubarkan parlimen atau penubuhan kerajaan baru yang mendapat disokong oleh majoriti (sekurang-kurang 112 orang) ahli parlimen.

Tetapi kali ini sekirannya Agong memutuskan pembubaran parlimen, diyakini ia merupakan keputusan yang tepat kerana ia dapat menstabilkan politik negara pada jangka panjang.








No comments:

Post a Comment