Sunday 22 March 2020

SETIAP MUSIBAH ADA HIKMAHNYA OLEH ITU MANUSIA HARUS BERFIKIRAN POSITIF

Ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan kerajaan untuk membasmi musibah penularan wabak COVID-19 selama empat belas hari. Dalam tempoh itu terdapat juga beberapa hikmah di sebalik musibah itu yang harus difikirkan dengan positif.

1. Masalah kesesakan di dua laluan ke Johor-Singapura dua hala dapat diatasi.

2. Masalah kesesakan jalan raya di sekitar KL tidak ada
.
3. Kebetulan harga petrol pun turun ketika ini ke RM1.44, lebih murah dari yang dijanjikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahaim sekira PH menang PRU 14 . Kereta yang jarang digunakan telah menjimatkan petrol. Hanya bila ada hal penting baru bergerak.

4. Kualiti udara semakin bagus sebab pencemaran dari asap kenderaan berkurangan

5. Semua mula amal makan masakan sendiri di rumah sebab semua restauran hanya menyediakan perkhidmatan ‘take away’ sahaja. Buku resepi mula dibuka semula.

6. Kitaran ekonomi setempat berjalan rancak sebab rakyat beli barang sampai licin dekat pasaraya. Pandai pun beli barangan tempatan sebab negara pengeksport barangan mengalami wabak yang sama. Dengan itu kempen beli barang tempatan tercapai.

7. Suami mula kenal yang mana ikan cecaru, yang mana ikan selar kuning, yang mana halia, yang mana kunyit, yang mana lengkuas kerana terpaksa ke pasar.

8. Toto, Magnum, Damacai tutup. Kasino Genting juga tutup. Tidak ada orang boleh berjudi.

9. Kilang arak Anchor dan Carlsberg tutup operasi. Dan arak di pasaran berkurangan serta meningkatkan harga pasaran gelap arak. Secara tidak langsung mengurangkan peminum-peminum arak.

10. Jumlah kes jenayah turun mendadak sebab polis dan tentera sentiasa berada di mana-mana membuat kawalan pergerakan. Biasanya penjenayah takut melintasi sekatan jalan raya polis.

11. Kes kemalangan jalanraya berkurangan kerana tidak banyak kenderaan di jalan raya.

12. Suami, isteri dan anak anak pandai pula duduk di rumah kerana kawalan bergerak oleh pihak berkuasa.

13. Astro percuma. Movie percuma dekat iflix. Puas tengok TV. Puas tengok movie dan drama. Sehingga ke pukul 2-3 pagi pun orang tengok berita lagi untuk mengetahui perkembangan terkini wabak COVID-19.

14. Dapat diskaun bil letrik daripada TNB.

15. Sudah pandai minum air kosong dengan banyak. Pandai guna sanitizer. Pandai basuh tangan, pandai jaga kebersihan. Dahulu hendak flush jamban lepas buang air besar pun malas!

16. Kenduri kahwin dilarang dikira jimat jugalah. Yang afdal ialah nikah, walaupun tidak pegang tangan juru nikah.


No comments:

Post a Comment