Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang belayar tanpa arah tujuan memandangkan sebahagian dari ahlinya menyatakan ikral setia kepada bekas pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sementara yang lain bersama dengan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekarang perdana menteri negara ini.
Sejak penubuhan Bersatau, Mahathir telah gagal mengukuhkannya atau merangkakan satu arah tujuan baru untuk parti itu yang mana ia merupakan sebuah parti tidak jauh beza dari UMNO.
Sekarang Muhyiddin perlu menentukan objektif dan visi parti untuk menjadikan Bersatu relevan kepada gabungan baru politik yang dikenali Perikatan Nasional sebab tanpa asas yang kukuh dan jumlah Ahli Parlimen minoriti, Muhyiddin mendapatkan dirinya menghadapi masalah.
Dalam kerajaan barunya yang terbentuk— malah kita tidak tahu siapakah bakal ahli kabinetnya lagi — terutama ia terdedah kepada ancaman situasi tidak kukuh sekiranya berlaku gelora politik yang tidak terkawal.
Beliau sama ada harus lengkapkan apa yang Dr Mahathir gagal lakukan atau mencari satu bentuk perjanjian dengan UMNO dan PAS agar kedua-dua parti tersebut dapat berdiri teguh di belakangnya dalam menghadapi gelora politik sekarang yang dijangkakan.
Jika tidak, Bersatu akan kekal tidak relevan dalam kerajaan yang baru walaupun perdana menterinya dari parti yang sama.
Mahathir telah gagal untuk menghapuskan UMNO atau sekurang-kurang melemahkan sokongan dan pengaruh parti itu di negara ini, meskipun usaha untuk menekan pemimpin mereka melalui pendakwaan politik di mahkamah dan menjenamakan UMNO kepada umum sebagai parti korup.
Dia juga gagal untuk mempengaruhi Ahli Parlimen UMNO untuk lompat parti melainkan segelintir daripada mereka (itu pun melalui peras ugut dengan pendakwaan politik dimahkamah), kesannya di mana ia telah melengahkan kemajuan Bersatu dalam semua aspek politik.
Bersatu sepatutnya menjadi parti tunjang dalam parti yang tumbang sekarang iaitu kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang di anggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebuah parti berbilang kaum berasaskan Melayu, DAP sebuah parti kononnya berbilang kaum berasaskan Cina dan Parti Amanah Negara (Amanah) parti Melayu berasaskan Islam.
Dan cara untuk menjadi parti tunjang adalah dengan menambah keahlian; pemimpin dan ahli UMNO adalah sasaran untuk dipengaruhi untuk melompat parti sejak satu setengah tahun yang lepas setelah memenangi pilihan raya pada tahun 2018.
Mahathir tidak mahu berkerjasama dengan UMNO secara en blok tetapi sebaliknya hanya mahu individu dalam parti tersebut melompat parti, iaitu mereka yang beliau lihat dan berpandangan sebagai kononnya “bersih daripada amalan korup”.
Muhyiddin tidak kisah semua itu memandangkan dia perlu menubuhkan kerajaan secepat mungkin untuk mengatasi kebuntuan politik yang berlaku.
Sekarang bola berada di kaki, Muhyiddin mungkin terperangkap dalam situasi yang sukar memandangkan Bersatu bukanlah parti dominan di dalam gabungan politik yang baru iaitu Perikatan Nasional, sama seperti semasa kerajaan PH yang lalu.
Bersatu sekarang dilihat sebagai pemain kedua (second fiddle) kepada UMNO/BN waima juga Mufakat Nasional, yang merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan yang baru Perikatan Nasional.
Malah jika dilihat, kerajaan negeri sekarang dalam keadaan yang tidak memihak kepada Bersatu di mana UMNO merupakan majoriti di negeri seperti Johor dan Melaka.
Menambah kerisauan kepada Muhyiddin ialah pemilihan parti yang pertama yang dijangkakan pada bulan Jun ini yang berkemungkinan beliau ditentang oleh kumpulan Tun M dalam Bersatu yang mempunyai sokongan minima.
Ia kelihatan seperti cuaca bergelora malahan mungkin taufan dijangkakan berlaku di hari mendatang untuk Bersatu, ini memandangkan ia melibatkan Tun Mahathir sendiri yang terkenal dengan pendekatan strategi pecah dan perintah yang bakal memusnahkan Bersatu serta bakal melenyapkan parti itu di persada politik tanah air.
No comments:
Post a Comment