Kami nitizen berpandangan pengkhianat sebenar terhadap apa yang berlaku dalam senario politik negara hari ini adalah Pakatan Harapan (PH) itu sendiri kerana berebut kuasa.
Kehadiran UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional serta yang lain adalah untuk menyelamatkan negara dalam usaha mewujudkan suasana yang lebih stabil gara-gara suhu politik negara turun naik dalam tempoh seminggu pada minggu lalu.
Selama satu minggu politik Malaysia berada dalam keadaan turun naik yang akhirnya mengheret bursa saham kerugian berjumlan RM74 bilion. Dalam masa seminggu itu turun naik apa sahaja… dan masalah ini bukan datangnya daripada UMNO. Kami agak hairan bagaimana jari-jari atau tangan-tangan mereka menuding ke arah UMNO.
Kami melihat kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan menyatakan bahawa kehadiran UMNO adalah untuk menyelamatkan negara. Yang kecoh sebenar-benarnya bermula daripada perletakan jawatan Perdana Menteri (PM). PM yang kononnya telah mendapat mandat begitu besar dalam mesyurat Majlis Presiden PH… iaitu pada Jumaat malam Sabtu… apabila dia berkata begitu kami anggap mungkin ianya benar… Beliau akan menjadi PM mentadbir negara ini sehingga November selepas APEC (tarikh tidak diberitahu APEC bila yang dimaksudkan, dua tiga tahun lagi ke) ataupun mungkin berterusan atas budibicara beliau. Begitu angkuh bunyi kenyataan beliau.
Masalah dalam PH yang kononnya memberi harapan tetapi akhirnya menghancurkan harapan seluruh rakyat Malaysia. UMNO hadir bersama PAS dalam Muafakat Nasional setelah melihatkan kekecohan ini perlu diselamatkan. Jika tidak, dalam tempoh begitu sahaja BSKL telah kerugian saham RM74 bilion. Pelabur-pelabur lari atas tidak kesetabilan politik… dalam keadaan ekonomi teruk terkesan daripada Corona Virus dan dalam keadaan kakitangan awam sendiri tertanya-tanya ke arah mana untuk mereka bawa negara ini.
Mereka nak gunakan bagaimana dahulu skrip asal mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Saya melihat sebenarnya pengkhianatan ini dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Malaysia, terhadap kepercayan rakyat yang memberikan kepercayaan mereka untuk mengundi PH pada PRU yang lalu sehingga mereka menjadi kerajaan, menjadi PM, menjadi menteri, pentadbiran penuh kucar-kacir dan kemudian mandat rakyat dikhianati. Apabila benda-benda ini berlaku, akhirnya yang disalahkan UMNO. Hakikatnya, merekalah yang mengkhianat di antara satu sama lain, UMNO tidak terlibat sama sekali.
Tambah pula sekarang ini mereka tercari-cari formula bagaimana mahu kononnya hendak menarik kembali sokongan rakyat, sedangkan sebenarnya seluruh rakyat dapat melihat percaturan politik songsang yang mereka lakukan terhadap negara hari ini.
Menurut seorang Pakar Sejarah, Dr Ramlah dalam satu forum ‘HUJAH’ anjuran media UMNO ON LINE pula menganggap bahawa apa yang berlaku seminggu yang lalu memperlihatkan bagaimana peruntukan Perlembagaan Negara telah digunakan sebaik mungkin dan menjelaskan kepada rakyat fungsi sebenar Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Majlis Raja-Raja dan Sultan.
Menurut beliau, “Malaysia beruntung sebab negara mempunyai sistem Parlimen, dan Raja Berperlembagaan yang mana kedua-dua kuasa ini menjadi pengimbang tara antara kuasa yang telah diatur sejak merdeka”.
“Apabila bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad isytihar meletakkan jawatan dan dengan itu kabinet lama, iaitu kerajaan PH pun bubar, maka ianya memerangkap banyak pihak. Selepas itu kita lihat bagaimana percaturan politik dilakukan oleh tokoh-tokoh yang terlibat” terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Apabila diselesaikan oleh YDPA, bagi beliau, itulah sebenarnya kuasa tertinggi yang telah dapat menyelesaikan keadaan itu. Menurut beliau lagi, Malaysia beruntung sebab kita ada sistem Parlimen, dan kita ada Raja Berpelembagaan. Maknanya kuasa institusi raja yang dilaksanakan oleh peringkat negeri dan peringkat negara YDPA, selepas itu kuasa rakyat yang berhak mengundi, memilih wakil-wakil rakyat mereka di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga peringkat Parlimen”.
“Tetapi akhirnya kuasa yang terakhir dan teratas adalah kuasa raja-raja di peringkat negeri melantik menteri besar dan exconya, manakala peringkat negara YDPA berkuasa melantik PM dan kabinetnya. Jadi beliau rasa inilah kali pertama dalam sejarah kita tiba dalam satu keadaan yang buntu dan terpaksa YDPA turun atau campur tangan. Tidak pernah berlakau dalam sejarah YDPA buat satu sesi ‘interview’ dengan Ahli parlimen kita. Tidak pernah berlaku dan ini memperlihatkan fungsi institusi raja-raja yang termaktub dalam perlembagaan,” ujar beliau.
Beliau turut mengharapkan kerajaan baharu ini akan memberi tumpuan dalam beberapa aspek terutama dalam soal ekonomi dalam usaha menjayakan pembangunan serta pemulihan sektor tersebut ke arah yang lebih baik.
Dalam pada itu, Profesional Muda Shafiq Fhadly turut bersetuju bahawa kejatuhan kerajaan PH adalah berpunca daripada mereka sendiri setelah sekian lama isu peralihan kuasa berlegar sesama mereka dan minggu lepas adalah kemuncaknya.
“Ini adalah permainan politik dan ini bukan sahaja Tun Dr Mahathir dan semua orang dalam PH. Sama ada kenyataan Tun Dr Mahathir pada malam mesyuarat Majlis Presiden PH benar-benar satu kenyatan ‘genuine’ ataupun tidak, ataupun itu adalah sebenarnya satu ‘tactical move’ Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan sebenarnya Majlis Presiden PH telah setuju dengan ketetapan menyerahkan kepada beliau bilakah untuk meletakkan jawatan sebagai PM sedangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden itu merupakan satu perperangan menuntut peralihan kuasa antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
“Mesyuarat yang diadakan itu pun sebenarnya agenda utama untuk membincangkan aspek itu. Bagaimana pula agenda utamanya setelah keluar mesyuarat, tiba-tiba Tun Mahathir mengumumkan bahawa mandat diberikan oleh keseluruhan Majlis Presiden untuk beliau membuat keputusan bilakah akan meletakkan jawatan dan mencari pengganti,” katanya.
Katanya lagi dikhabarkan pula pada malam berkenaan, wujud ketegangan dan perbalahan antara pimpinan PH.
“Jadi di situlah sebenarnya kita nampak walaupun ‘outcome’ daripada mesyuarat pada Jumaat itu lain… diumumkan satu perkara yang lain maka berlakulah pertembungan perang dingin kalangan mereka yang akhirnya telah menyebabkan berlaku keputusan lain.
“Kalau benarlah konsensus bahawa Tun Dr Mahathir diberikan mandat untuk teruskan pentadbirannya mengapa pada hari Ahad tiba-tiba PPBM membuat mesyuarat mereka sendiri. Bermakna ada pertelingkahan… ada pertembungan pada Jumaat itu yang menyebabkan hubungan mereka sudah renggang,” ujarnya.
Perlu lihat sebenarnya minggu lepas adalah kemuncak pengkhianatan antara mereka (PH) yang berlaku dan selama 21 bulan ianya telah ‘berasap’ dan akhinya ‘meletup’ menemui jalan noktah.
Bukan sahaja meletak jawatan, beliau juga telah membawa PPBM keluar dari PH yang mengakibatkan hilang majoriti mudah di Dewan Rakyat yang mengakibatkan tersungkurnya kerajaan PH.
Akhir sekali apakah yang menyebabkan Tun Dr Mahathir letak jawatan? Desakan meletak jawatan serta perang dingin yang berlaku semasa mesyurat Majlis Presiden hari Jumaat malam Sabtu di antara beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta lain-lain pemimpin PH adalah punca mengapa beliau letak jawatan.
Dari senario di atas, persoalanya di bahagian manakah yang UMNO terlibat? Macam mana boleh dikatakan UMNO terlibat mengkhinati tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan? Padahal yang melakukannya Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH yang telah meletakkan jawatan sebagai PM ke 7 tanpa pengganti. Ini lantaran kesan dari desakan serta perang dingin yang berlaku semasa Mesyurat Majlis Presiden di antara Tun Mahatir dari Anwar Ibrahim serta sekutu-sekutunya dari PH.
Oleh itu, di sini tidak nampak langsung penglibtan UMNO.
No comments:
Post a Comment