Saturday 21 March 2020

[VIDEO] UMNO AKAN CERAIKAN MUHYIDDIN SEKIRANYA MAHATHIR KEMBALI MEMIMPIN BERSATU







Umno telah secara rasmi memberitahu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad kembali memimpin Parti Pribumi Bersatu. PAS belum lagi menyatakan pendirian mereka tentang Mahathir tetapi diyakini akan juga meninggalkan Perikatan Nasional juga sekiranya Mahathir bawa DAP balik masuk ke dalam kerajaan. 

Terkini dilihat hubungan Mahathir DAP amat akrab, seperti isi dengan kuku. Keyakinan Mahathir akan terus berkerjasama dengan DAP tidak boleh diketepikan.

Cukup,cukup lah Mahathir, negara sedang dilanda benca COVID-19 yang belum tahu titik noktah, masih lagi mahu menggangu gugat rakyat yang sedang menghadapi kesusahan. Inilah matlamat menghalalkan Mahathir. Matlamat untuk terus berkuasa hingga ke nafas terakhir akan diteruskan demi kuasa. Sungguh zalim dia walaupun rakyat dalam kesusahan dan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab.

Ya Allah berikan petunjuk kepada manusia yang durjana ini, sedarlah kan dia sebelum rakyat dan negara ini terus menuju ke kemusnahan. Beliaulah yang telah bawa bencana kepada negara sekarang, dan beliau juga yang akan mewujdkan malapetaka sekali lagi demi kuasa.

No comments:

Post a Comment