Wednesday 11 March 2020

PEMIKIRAN SEMPIT HANNA YEO DARI DAP MENGAITKAN ISU AGAMA ADALAH KOLOT, MENJIJIKKAN DAN BIADAP

Pemikiran sempit DAP mengaitkan isu berkontekskan agama adalah kolot, menjijkkan dan biadap.
Ini berikutan kenyatan Hannah Yeoh iaitu mantan Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) dari DAP menghina perlantikan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai Timbalan Menteri KPWK.
Kenyataan Hannah Yeoh seolah-olah merendahkan kemampuan dan kebolehan Timbalan Menteri yang baru itu dari PAS.
Beliau juga memperleceh bagaimana negara boleh membendung gejala perkahwinan bawah umur jika timbalan menterinya datang daripada parti Islam, PAS.
Ini adalah tuduhan yang melampau dan cuba untuk menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat dengan memburukkan kepimpinan Islam seolah-olah mengatakan Islam menyokong perkahwinan bawah umur. Malah tidak ada sebarang ajaran dalam Islam yang mewajibkan umatnya berkahwin bawah umur.
Hakikatnya, kes perkahwinan bawah umur bukan berpunca daripada masyarakat Islam tetapi banyak disumbang oleh masyarakat bukan Islam.
Ini terbukti berdasrkan statistik. Berdasarkan statistik 2017, seramai 1,845 orang kanak-kanak bawah umur telah berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah ini, 968 adalah kanak-kanak bukan Islam manakala 877 kanak-kanak adalah beragama Islam.
Memandangkan ini merupakan isu nasional. Pemikiran sempit pemimpin DAP itu mengatakan isu ini berkontekskan agama adalah kolot, menjijikan dan biadap.
Kepada Hannah Yeoh, anda ‘ibarat meludah ke langit akhirnya tertepek ke muka sendiri’. 

No comments:

Post a Comment