Sunday 29 March 2020

NAJIB BIDAS DAKWAAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DIBIYAYAI OLEH WANG YANG DISIMPAN KERAJAAN PH

Bekas perdana menteri Najib Razak telah membidas dakwaan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) banyak menyimpan wang semasa 22 bulan berkuasa.
Dalam satu posting Facebook, Najib mendakwa PH berbohong dengan propaganda bahawa kerajaan baru Perikatan Nasional mampu membiyayi RM250 billion pakej rangsangan ekonomi untuk menangani kesan Covid-19 sebab simpanan yang telah dibuat oleh pentadbiran mereka terdahulu.
Sebahgian daripada propaganda PH, beliau berkata, adalah menanam tanggapan negatif bahawa bekas pentadbiran Barisan Nasional belanja boros dan meningkatkan hutang negara sementara kerajaan PH belanja berhemah.
Merujuk kepada data Kementerian Kewangan, Najib menyenaraikan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan kerajaan dari tahun 2016 hinggal 2020.
2016 (BN): RM210.2 billion + RM42 billion
2017 (BN): RM217.7 billion + RM45 billion
2018 (PH): RM231 billion + RM54.4 billion
2019 (PH): RM262.3 billion + RM53.7 billion
2020 (PH): RM241 billion + RM55.2 billion
Najib juga menyenaraikan data atas peningkatan dalam hutang langsung, melibatkan pinjaman domestik dan asing.
2016 (BN): RM37.7 billion + RM0.8 billion
2017 (BN): RM40.7 billion – RM0.34 billion (untuk bayar hutang asing)
2018 (PH): RM54..4 billion – RM0.32 billion (untuk bayar hutang asing)
2019 (PH): RM44.7 billion + RM7.8 billion (samurai bonds)
2020 (PH) RM30.3 billion (hingga pertukaran kerajaan)
Sebagai jumlah, beliau berkata, kerajaan PH telah meningkatkan hutang langsung berjumlah RM140 bilion dan itu tidak termasuk pinjaman jaminan kerajaan bernilai  RM46 bilion untuk Plan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan).
Hakikatnya , Najib berkata, bahawa perbelanjaan PH adalah lebih daripada BN, sementara paras defisit juga tinggi.
Pinjaman dan jaminan pinjaman PH lebih daripada BN. Itu tidak termasuk wang yang dijarah daripada Petronas dan penjualan besar-besaran aset negara. Bantuan diberi kepada rakyat oleh BN adalah lebih daripada yang diberi semasa era PH.”
Beliau berkata bahawa di bawah PH, nilai aset Khazanah Nasional jatuh daripada RM116 billion ke RM73 bilion, sementara RM104 bilion wang Petronas’ daripada RM174 bilion dijarah.
Ekonomy terlalu buruk semasa PH bahawa prestasi pasaran saham Malaysia terburuk malah sebelum wabak COVID-19 bermula, beliau berkata.
Dividen daripada dana seperti Amanah Saham Bumiputera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji terendah dalam sejarah Malaysia semasa 22 bulan PH berkuasa.
Dalam keadaan seperti ini, mana mungkin kekayaan negara meningkat semasa PH berkuasa?”
Najib mempersoalkan sekiranya mana-mana pemimpin PH berani pertikaikan fakta dan data daripada Kementerian Kewangan itu, dijemput tampil ke hadapan dengan hujah-hujah mereka.



No comments:

Post a Comment