Monday 23 March 2020

RAKYAT HARUS HARGAI BARISAN HADAPAN PENJAWAT AWAM TANGANI COVID-19, BUKAN SEPERTI KERAJAAN PH DAHULU

Inilah masanya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum patut menghargai mereka yang berada di barisan depan dalam menangani wabak bencana virus COVID-19 ini.
Bayangkan sekiranya hasrat kerajaan PH terdahulu untuk mengurangkan jumlah penjawat awam kita berjaya?
Sebahagian besar penjawat awam kita dalam bidang kesihatan, pendidikan, tentera dan polis, sedangkan merekalah yang diperlukan sekarang dalam menangani wabak COVID-19.
Setakat 23 Mac 2020 angka mangsa wabak itu ialah 1,518 orang. Yang sedang dirawat seramai 1,345 orang di mana 57 berada di unit rawatan rapi, daripada jumlah itu 27 orang dari mereka sedang diberi bantuan pernafasan. 159 orang sudah sembuh dan berlaku 14 kematian setakat ini.
Bayangkan juga pembatalan elaun kritikal untuk kakitangan kesihatan tidak ditarik balik atas desakan orang ramai?”
Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) sewaktu menerajui kerajaan Persekutuan dilapor berhasrat mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus sehingga 2021 dengan jumlah keseluruhan perjawatan ketika itu adalah sebanyak 1.7 juta yang meliputi 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis.
Antara lain, hasrat PH ialah untuk kerajaan menamatkan pemberian ‘bayaran insentif perkhidmatan kritikal’ kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam.
Apa yang akan berlaku jika hasra kerajaan PH itu terlaksana ketika itu? Sudah tentu para doktor dan jururawat mungkin patah semangat untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang untuk menyelamat mangsa COVID-19. Berkemungkinan angka kematian lebih daripada yang tercatat hari ini dalam tempoh yang singkat dan angka yang sembuh kurang daripada itu.
Dan juga sekiranya hasrat kerajaan PH berjaya mengurangkan jumlah penjawat awam, sudah tentu kerajaan yang ada sekarang menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja seperti doktor, jururawat, kaki tangan kesihatan, dan lain-lain agensi bantuan seperti polis dan tentera untuk pelaksanaan tugas menangani bencana tersebut.

No comments:

Post a Comment