Tuesday 31 March 2020

SPRM TERIMA ADUAN RASUAH TERHADAP DAIM, KATA LAPORAN

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan menerima aduan tentang salah guna kuasa berkaitan dengan projek East Coast Rail Link (ECRL), Bernama melaporkan.
Media harian, Harian Metro telah sebelum ini berkata aduan adalah terhadap bekas penasihat kerajaan Daim Zainuddin, pengerusi Council of Eminent Persons dalam pentadbiran Pakatan Harapan.
Bernama memetik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai berkata bahawa SPRM akan mengkaji aduan sebelum menjalankan siasatan lanjut. Beliau tidak mendedahkan penglibatan sebarang individu terlibat, kata laporan itu.
Saya mengesahkan bahawa SPRM pernah terima aduan tentang ECRL untuk disiasat. Bagaiman pun, kami akan kaji aduan itu dahulu.
Kami tidak boleh mendedahkan pihak yang dinamakan dalam kes ini sebab kami belum lagi mulakan siasatan,” beliau memberitahu Bernama TV hari ini.
Satu punca memberitahu Bernama TV bahawa pihak pengadu telah meminta SPRM menyiasat kenaikkan kos projek ECRL tersebut, di mana dikatakan sepatutnya  RM30 bilion, sebaliknya menjadi RM44 bilion.
Punca maklumat, dalam merujuk kepada satu laporan media, berkata projek ECRL, di mana telah dibatalkan pada bulan Januari 2019, bermula semula pada bulan April tahun berkenaan setelah kerajaan yakin untuk memulakan semula projek berkenaan dengan China Communication Construction Company (CCCC) Ltd pada kos RM44 bilion melalui Pakej Rancangan Baru ECRL.
Menurut punca maklumat, mendakwa bahawa rancangan baru kosnya sepatut RM30 bilion memandangkan beberapa perkara telah dikurangkan, antaranya pembatalan lima stesen sepanjang laluan Gombak-Klang.
Ini bermakna rancangan baru ECRL adalah RM14 bilion lebih mahal disebalik pengurangan banyak perkara,” kata beliau.
Projek ECRL bermula semula setelah perjanjian tambahan telah ditandatangani oleh  Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan CCCC pada bulan April 12, 2019, di mana kelihatan kos projek dikurangkan RM21.5 bilion daripada kos asal RM65.5 bilion dan jajaran baru dipendekkan 40km dari 688km menjadi 648km.
Jajaran baru ialah Kota Baru, Mentakab, Jelebu, Kuala Kelawang, Bangi /Kajang, Putrajaya dan Port Klang. Projek asal ECRL menghubungkan Port Klang di Selangor ke Pengkalan Kuborn di Kelantan.
Daim, sekutu kuat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, telah ditugaskan oleh pentadbiran yang lepas untuk merundingkan semula projek ECRL dengan China, yang menjuruskan kos projek dikurangkan dari RM65.5 bilion ke RM44 bilion berikutan dengan beberapa perubahan daripada rancangan asal.

No comments:

Post a Comment