Thursday 5 March 2020

BANYAK PERKARA HARUS DIBUAT TAN SRI MUHYIDDIN DALAM TEMPOH 75 HARI AKAN DATANG UNTUK MENENTUKAN SUPAYA TEMPOH HAYAT KERAJAANNYA TIDAK LEBIH SINGKAT DARI TEMPOH HAYAT PEMERINTAHAN KERAJAAN TUN MAHATHIR

Kumpulan Islamists mahu undang-undang Shariah diperkasakan, kaum China mahu lebih pendidikan Cina dan sekolah Cina. Kaum India mahu diikhtiraf lebih dan bukan dilayan seperti pelarian. Rakyat Sabah dan Sarawak mahu MA63 mereka dan royalti minyak mereka dinaikan ke paras melebihi 5% yang mana diperolehi sekarang.
Ya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY), dan tertubuhnya Perikatan Nasional, berkuasa atas kepuasan pelbagai pihak dengan kepebagaian keperluan (need) dan kehendak (want).  Dari aspek keperluan mungkin tidak begitu mendesak. Dari aspek kehendak ia bakal akan membuktikan ia sebagai satu batu penghalang. Sebagai contoh, bagaimana anda hendak menyatukan kehendak persatuan pendidik Cina dengan nasionalis Melayu, atau kehendak kumpulan Islamists dengan kumpulan liberals?
Mari kita lihat ketajaman pemikiran TSMY. Dan untuk deliver, dia memerlukan satu tim membantunya sebab menguruskan negara merupakan bukan tugas untuk satu orang sahaja (walaupun sekiranya Tun Dr Mahathir Mohmad fikir ia merupakan tugas satu orang).
Dan inilah di mana masalah TSMY akan bermula ( pelbagai orang dengan pelbagai keperluan dan kehendak).
Muhyiddin hanya mempunyai 75 hari sebelum dia perlu menghadapi Dewan Rakyat pada Mei 2020. Malah itu lebih singkat daripda tempoh tradisi 100 hari. Maka  TSMY perlu untuk lebih menjadi seorang ahli silap mata daripada seorang Perdana Menteri untuk menarik banyak arnab keluar dari topi dalam tempoh 75 hari akan datang.
Bolehkah dia melakukannya? Dia harus melakukannya, sebab, sekiranya dia tidak boleh, maka  kerajaannya malah akan lebih singkat daripada kerajaan Tun M selama tempoh 21 bulan.
DAP mandapati sukar membuang mentaliti pembangkang semasa dalam kerajaan. Sekarang mereka mungkin gumbira balik semula sebagai pembangkang di mana mereka boleh menyalak dan berbuih mulut seperti anjing gila, satu perkara yang mereka amat mahir melakukannya.
Begitu juga, UMNO sukar untuk memainkan peranan sebagai pembangkang sejak  21 bulan yang lalu setelah menjadi kerajaan selama 60 tahun sejak 1955.
TSMY sekarang harus memformat semula mindset nya dan perlu faham bahawa dia tidak lagi anti-Umno atau anti-PAS dan bahawa UMNO dan PAS adalah sebahgian daripada kerajaan campuran Perikatan Nasional (walaupun belum berdaftar) dan bukan kerajaan Bersatu mutlak — dan bahawa sekiranya bukan kerana ihsan Mufakat Nasional (UMNO/BN dan PAS) yang telah menyumbang kerusi terbanyak (60 kerusi) daripada jumlah 114 kerusi majoriti mudah, TSMY tidak menjadi Perdana Menteri Perikatan Nasional sekarang.
Banyak pihak merasa optimis terhadap idealisme TSMY untuk membentuk sebuah kabinet Perikatan Nasional yang keahliannya berasaskan integriti dan ia perlu disokong sepenuhnya. Namun demikian harapan semua pihak adalah agar ia bukan merupakan satu idealisme retorik hanya untuk mengukuhkan persepsi terhadap dirinya sebagai Perdana Menteri. Dengan kata mudah, harapan semua pihak  adalah agar ia jangan menjadi ‘Cakap tak serupa bikin’.
Memandangkan ada desas desus menyatakan, TSMY bakal melantik beberapa tokoh-tokoh tertentu dalam kabinetnya (walaupun perlantikan belum dibuat) sama ada mereka-mereka itu dari UMNO sendiri atau katak lompat UMNO atau PKR dalam Bersatu yang terpalit dengan masalah integriti yang tersirat (walau mereka punya masalah integriti tetapi mereka telah dilindungi oleh kerajaan PH dahulu) berpotensi untuk dilantik ke dalam kabinet TSMY.
Sekirannya ianya jadi kenyataan, sudah tentu ia akan mencemarkan kredibiliti TSMY yang kesannya bakal lebih memendekkan tempoh hayat kerajaan Perikatan Nasional berbanding Kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir.
Akhir sekali, sebagai Perdana Menteri TSMY berhak melantik sesiapa dalam kabinet yang beliau bentuk. Namun demikian beliau harus juga menghormati UMNO/BN yang telah menyumbang jumlah 42 kerusi berbanding 26 kerusi oleh partinya sendiri Bersatu. Tanpa sumbangan ini sudah tentu TSMY bukanlah seorang Perdana Menteri sekarang.
Oleh yang demikian, bagi menghormati sumbangan UMNO/BN yang telah  membolehkan Perikatan Nasional membentuk kerajaan, Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi harus diberi penghormatan untuk dipertimbangkan ke jawatan TPM. Namun ia mungkin tidak berlaku dengan alasan bahawa kononya dia masih mempunyai kes di mahkamah yang belum diselesaikan.
Juga, bagi menghormati sumbangan yang sama, TSMY harus mempertimbangkan serta mengambil kira kedudukan UMNO/BN dalam kabinet beliau, supaya ia bersekadar dengan nisbah kerusi yang disumbangkan oleh UMNO/BN dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
Memndangkan ini merupakan perkara pokok dalam pembentukan sesebuah kerajaan campuran, dengan meremehkan hak parti yang bergabung dalam Perikatan Nasional akan menjadi satu batu penghalang dalam melanjutkan tempoh hayat gabungan itu dan mungkin terbubar dalam masa terdekat.
Contoh terkini ialah pembubaran DUN negeri Melaka, di mana kesan daripada keenganan Bersatu untuk berkerjasama dalam Perikatan Nasional yang mengakibatkan UMNO/BN menjadi kerajaan di DUN Melaka dengan menyisikan Bersatu, dengan majoriti mudah sejumlah 15 kerusi DUN.



No comments:

Post a Comment