Seperti yang dijangkakan, para pemimpim Pakatan Harapan (PH) tidak perlu takut dengan Piagam Muafakat Nasional UMNO-Pas kerana kononnya ia hanya bersifat retorik..
Jika Piagam Muafakat Nasional hanyalah sebuah retorik politik yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara seperti yang dicanang oleh Menteri Wilayah, Khalid Samad, maka mengapa mereka perlu bimbang.
Seperti yang dijangkakan, pasti akan ada pemimpin PH yang tidak berpuas hati selepas UMNO dan PAS menandatangani Piagam Muafakat Nasional.
Menteri Wilayah, Khalid Samad merupakan pemimpin PH yang paling agresif dan radikal dalam mengkritik usaha Penyatuan Ummah ini.
Kini, beliau mengatakan Piagam Muafakat Nasional hanyalah sebuah retorik politik yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada negara.
Kami ingin menjelaskan bahawa Piagam Muafakat Nasional adalah panduan, teras dan hala tuju kerjasama dua parti terbesar orang Melayu Islam di Malaysia dalam mengembalikan negara ini seperti asal selepas dihancurkan dengan begitu teruk oleh kerajaan PH.
Pelbagai lagi kerjasama strategik akan dijalankan oleh kedua parti ini pada masa akan datang sebagai persediaan menghadapi PRU-15.
Penyatuan Ummah juga menjadi agenda terbesar orang Melayu di negara ini apabila melihat kerajaan PH yang dipilih pada PRU lepas didapati gagal menjalankan tugas sebagai institusi pemerintah sehingga kedaulatan Islam yang menjadi teras di Malaysia juga gagal dipertahankan.
Pada masa yang sama, Penyatuan Ummah adalah mimpi ngeri kerajaan PH kerana tsunami politik pasti akan berlaku pada PRU akan datang dan menjadikan PH kerajaan sepenggal.
Terlalu banyak kerosakkan yang dilakukan kerajaan PH keatas negara aman makmur ini. Oleh itu, Penyatuan Ummah adalah reaksi masyarakat untuk menolak kerajaan yang menjahanamkan negara ini.
Penyatuan Ummah bukanlah untuk UMNO-Pas semata-mata, tetapi untuk kelangsungan generasi akan datang yang akan menjadi pewaris kepada negara ini.
Penyatuan Ummah juga dituduh meminggirkan kaum lain. Namun, apa yang berlaku semalam ramai daripada rakan-rakan komponen Barisan Nasional seperti MIC dan MCA menghadiri himpunan ini sebagai simbol sokongan dan percaya bahawa penyatuan ini tidak akan meminggirkan kaum lain.
Persoalan kami kepada pemimpin PH, jika Piagam Muafakat Nasional ini hanyalah retorik politik, mengapa kerajaan PH begitu resah dan gelisah dengan Penyatuan Ummah ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan provokasi?
Walau apa jua terjadi, Penyatuan Ummah harus direalisasikan pada PRU-15 sebagai lambang kebangkitan orang Melayu Islam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada terus diancam kerajaan PH yang dikuasai oleh parti cauvanis dan rasis Cina DAP.
No comments:
Post a Comment