Monday 30 September 2019

DIVIDEN LTAT 2% : PALING TERENDAH DALAM SEJARAH DI BAWAH KERAJAAN PH


Selepas 10 bulan puas mencari alasan, akhirnya LTAT terpaksa mengumumkan dividend 2% untuk tahun 2018 - iaitu paling rendah dalam sejarah.

LTAT juga tidak mengisytiharkan apa-apa bonus untuk tahun 2018.

Untuk perbandingan, purata dividen dan bonus tahunan LTAT untuk tempoh 9 tahun dari 2009 hingga 2017 adalah 14.1%.

Seperti biasa, pelbagai alasan-alasan diberi - termasuk cubaan untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu:

“Antara faktor yang menyumbang kepada prestasi ini ialah penyataan semula akaun bagi tahun kewangan 2016 dan 2017, pembayaran dividen di luar kemampuan, impak terhadap keuntungan terkumpul, kesan negatif pelaksanaan Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) dan pembayaran dividen yang belum diterima dari anak syarikat.

Tapi apa yang mereka tidak sebut pula ialah kebanyakkan pelaburan besar LTAT telah mencatat kerugian kerana ekonomi serta pasaran saham yang semakin merosot selepas PRU14 dan juga pasaran saham negara yang bertukar menjadi paling corot dalam dunia di bawah PH.

Tak sebut pula harga saham pelaburan utama LTAT iaitu Boustead Holdings telah jatuh lebih 67% selepas PRU14 apabila ekonomi negara merosot teruk.

Boustead Holdings yang merupakan aset terbesar LTAT mengalami kerugian besar sebanyak RM488 juta pada tahun 2018 berbanding keuntungan RM875 juta untuk tahun 2017 di bawah BN.

Seperti Khazanah Nasional, Boustead Holdings tidak pernah rugi selama 9 tahun semasa pemerintahan BN.

Nilai saham aset kedua terbesar LTAT iaitu Affin Bank juga jatuh 30% sejak PRU14.

Sebab-sebab utama kenapa pendapatan dan dividen LTAT lembab, PH malu hendak beri tahu pulak.

Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing atas kredibiliti kerajaan PH dengan sewenang-wenang membatalkan perjanjian projek-projek mega antarabangsa yang telah ditandatangani seperti ECRL, HSR dan lain-lain?

Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing ke atas hutang negara yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang tidak berapa cerdik, kononnya hutang negara ialah RM 1 trilion ?

Bukankah ini satu malapetaka berpunca daripada sentimen negatif pelabur-pelabur asing atas kesetabilan politik di bawah kerajaan PH dalam isu peralihan kuasa di antara PM Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sekarang menjadi masala yang masih tidak menentu.

Sekiranya sentimen pelabur-pelabur asing itu tidak benar, maka persoalannya mengapakah mereka menarik keluar pelaburan mereka dari pasaran Malaysia. Ketika pemerintahan kerajaan BN, Indek pasaran BSKL ialah 1,896 mata dan kemudian ia terus meredum apabila kerajaan PH mengambil alih dan sekarang ia terus beredar antara lebih kurang 1,665.08 mata hingga ke 1,692.32 mata tanpa mampu mencapai ke kedudukan asal iaitu 1,896 mata. Akibatnya berlaku jumlah kerugian yang amat besar di  BSKL  lebih kurang RM 200 bilion.

Kejatuhan nilai saham di BSKL hakikat sebenarnya ada kaitan dengan kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat GLC atau syarikat milik kerajaan seperti Khazanah Nasional, Tabung Haji, FELDA, KWSP dan lain-lain. Dan terkini termasuk LTAT.

Oleh itu rakyat jangan mudah tertipu dengan propaganda pembohongan yang telah dibuat oleh kerajaan PH, bahawa kerugian yang dialami oleh syarikat-syarikat berkenaan kononya disebabkan oleh kegagalan tadbir urus oleh pengurusan yang lalu di bawa kerajaan BN. Ini memang sudah menjadi satu modus operandi kerajaan PH untuk menyembunyikan kegagalan diri sendiri dengan menuding jari terhadap pihak lain.

No comments:

Post a Comment