Sunday, 29 September 2019

SELAIN DARIPADA PROSIDING MENGHINA MAHKAMAH, AG JUGA HARUS DIHADAPKAN KE JAWATANKUASA KAUKUS REFORMASI DAN TADBIR URUS


Selain daripada prosiding menghina mahkamah, Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memanggil Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bagi memberi penjelasan berkaitan dakwaan salah guna kuasa di dalam kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.
Memandangkan Parlimen bakal bersidang bermula 7 Oktober ini maka penjelasan berkaitan kes ini perlu dibentangkan dalam Sidang Dewan.
Jika kelmarin Wanita UMNO mendesak untuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pendirian terhadap Peguam Negara atas salah laku dalam mengurus kes kematian Allahyarham Adib, kini kami rakyat yang perhatin mendesak agar Anwar pula menyatakan pendirian dan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus, beliau perlu memanggil Tommy untuk memberi penjelasan.
Hasil soal selidik itu nanti, ia perlu dibentangkan ke dalam Sidang Dewan agar penjelasan tersebut akan tercatat dalam Hansard Parlimen, selain itu seluruh rakyat Malaysia juga bakal dapat penjelasan yang sewajarnya.
Penjelasan itu nanti secara tidak langsung memberi ruang kepada Tommy bagi membersihkan namanya memandangkan kini banyak pihak yang merasakan beliau tidak layak menjawat jawatan sebagai Peguam Negara.
Kelmarin, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Allahyarham Adib akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.
Keputusan itu diumumkan oleh Koroner Rofiah Mohamad selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.
Allahyarham Adib, yang merupakan anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu. 
Oleh itu semua rakyat tidak kira faham politik, kaum serta agama harus bangkit mendesak agar Tommy Thomas dihadapkan ke muka pengadilan kerana menghina mahkamah dan juga ke Jawatankuasa Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus agar jenayah beliau dapat dirakamkan sebagai satu iktibar kepada jenerasi dan kerajaan di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment