Tuesday 24 September 2019

PRK P165 TANJUNG PIAI: MAMPUKAH ‘MUFAKAT NASIONAL’ MEMBUKTIKAN IA BUKAN RETORIK POLITIK?


Sebenarnya usaha penyatuan ummah sudah lama dirisikkan dan dibincangkan secara tertutup oleh kepimpinan UMNO dan PAS sejak 2015. Ketika usaha itu dikenali sebagai ‘Kerajaan Perpaduan’. Namun itu ia gagal direalisasikan melangkaui PRU ke 14 hingga memberi kesan kepada senario politik negara. Setelah 60 tahun di bawah kuasa politik yang Melayu dan Islam sebagai kuasa dominan, ia telah berubah menjadi kaum minorit sebagai kuasa dominan.

Kesan daripada itu, pasca PRU ke 14 mulai 09 Mei 2018 menyaksikan tumbangnya kerajaan yang didominasi oleh Melayu dan Islam yang telah berkuasa selama enam dekad. Negara kini telah dikuasai oleh golongan minoriti walau pun mempunyai Perdana Menteri dikalangan orang Melayu Islam.

Hakikatnya, tumbangnya kerajaan yang diterajui Melayu dan Islam pasca PRU ke 14 sebenarnya merupakan satu hikmah. Setelah Melayu dan Islam ditekan, diasak dan dihina, timbul satu kesedaran untuk mereka merealisasi dan memuktamadkan penyatuan yang telah dirintiskan sebelum ini oleh kepimpinan UMNO dan PAS.

Akhirnya, phenomina ini telah menyedarkan orang Melayu Islam untuk terus bangkit bersatu dalam satu wadah penyatuan ummah di bawah Piagam Mufakat Nasional yang telah dimeterai pada 14 September 2019 yang lalu.  

Realitinya, kerjasama UMNO/PAS telah bermula lebih awal lagi sebelum tarikh  Piagam Mufakat Nasional dimeterai. Ia telah bermula secara tidak rasmi sejak PRK P78 Cameron Highlands pada 26 Januari 2019, seterusnya PRK N24 Semenyih pada 2 Mac 2019 dan terakhirnya PRK N27 Rantau pada 13 April 2019.

Dengan kerjasama tidak rasmi UMNO/PAS, semasa ketiga-tiga PRK tersebut, telah membuahkan keputusan yang cemerlang. Di Parlimen Cameron Highland daripada hanya meraih 597 undi majoriti oleh BN(MIC) pada PRU 14 telah mampu dipertingkatkan kepada 3,508 undi majoriti pada PRK bertarikh 26 Januari 2019. Bagi DUN Semenyih kawasan separa bandar pula, daripada tewas 8,964 undi majoriti oleh PH(PPBM)pada PRU 14, telah berjaya merampas DUN tersebut dengan 1,914 undi majoriti pada tarikh 2 Mac 2019. Akhir sekali bagi DUN Rantau, setelah menang tanpa bertanding pada PRU 14, telah berjaya mempertahankan DUN tersebut dengan undi majoriti yang bergaya sebanyak 4,510 undi walaupun kawasan itu merupakan kawasa marginal yang bukan majoriti Melayu.

Berdasrkan analisis stastik yang telah dibuat pada keputusan PRU ke 14 jelas menunjukkan bahawa PH bukan kerajaan hari yang boleh dibanggakan sekiranya penyatuan umah UMNO/PAS dilaksanakan sebelum pilihan raya tersebut. Ini mengambil kira walaupun pilihan raya tersebut dicemari oleh fitnah isu 1MDB dan sepuluh janji-janji manis manifesto mereka untuk ditunaikan dalam 100. Namun jumlah undi popular masih berada dipihak pembangkang BN dan PAS walau pun mereka tidak bergabung.

Sebagai contoh, berdasarkan keputusan PRU 14, PH memperolehi 5,799,158 undi popular (termasuk parti WARISAN) yang merupakan 47.99% daripada 12,082,431 jumlah undi yang sah.

Sebagai pembangkang pula, BN memperolehi 4,080,797 undi yang merupakan 33.77% daripada jumlah undi yang sah (12,082,431) dan PAS memperolehi 2,041,688 undi yang merupakan 16.89% daripada jumlah undi yang sah. Dengan itu jumlah jumlah undi popular pembangkang ialah 6,122,485 undi yang merupakan 50.67% mengatasi undi popular PH hanya 48% sahaja.

Bagi jumlah kerusi pula, PH memenangi 121 kerusi ( termasuk 8 kerusi parti WARISAN) yang merupakan 54.51% daripada kerusi Dewan Rakyat yang berjumlah 222 kerusi.

Bagi BN pula telah memenangi 79 Kerusi ( termasuk 17 kerusi daripada Gagasan Parti Sarawak (GPS)merupakan sebahagian daripada BN ketika itu)ini bersamaan dengan 35.59% daripada 222 kerusi Dewan Rakyat. PAS pula memenangi 18 kerusi (8.11%) dan BEBAS memenangi 4 kerusi (1.80%).

Di atas gabungan kerjasama BN/PAS pra PRU ke 14 sekiranya berlaku senarionya adalah berbeza dan ia tidak memihak kepada PH. Jumlah kerusi gabungan BN/PAS akan bertambah menjadi 97 kerusi atas gabungan tersebut.

Ini tidak termasuk sejumlah 30 kerusi kritikal PH diseluruh negara. Maksud kerusi-kerusi kritikal PH ialah kerusi yang telah dibuktikan melalui data keputusan PRU ke 14 yang menunjukkan di atas gabungan BN/UMNO dan PAS kerusi berkenaan tidak memihak kepada PH.

Dengan itu sekiranya ditambah dengan 30 kerusi kritikal tersebut, atas gabungan kerjasama BN/UMNO dan PAS akan menambah kerusi menjadi 127 kerusi daripada 97 kerusi iaitu bersamaan dengan 57.21% kerusi Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Pada yang sama, di atas gabungan kerjasama BN/UMNO dan PAS, PH akan kehilangan 30 kerusi. Di mana daripada 121 kerusi, PH akan memperolehi hanya 91 kerusi bersamaan dengan 40.99% daripada kerusi Dewan Rakyat sebagai pembangkang dan bukanya sebagai kerajaan hari ini.  

Sebagai contoh berikut adalah sebahagian daripada 30 kerusi kritikal PH :

Negeri
Kaw.Parlimen
Nama Calon Menang PRU14
Jumlah undi diperolehi PRU 14
Majoriti PRU14
Majoriti sekira kerjasama BN/PAS
( a )
( b )
( c )
( d )
( e )
( f )
28. Johor
P149 Sri Gading
Saharuddin Md Salleh
PH(PPBM)
BN(UMNO) 18,223
GS(PAS)   4,548
PH(PPBM) 21,511
3,288 PH(PPBM)
1,260 BN/PAS
29. Johor
P165 Tanjung Piai
Md Farid Md Rafik
PH(PPBM)
BN(UMNO) 20,731
GS(PAS)   2,962
PH(PPBM) 21,255
524 PH(PPBM)
2,438 BN/PAS
30. Sabah
P173 Putatan
Awang Husaini Sahari
PH(PKR)
BN(UPKO) 11,767
GS(PAS)   2,434
PH(PKR)  14,106
2,339 PH(PKR)
95
BN/PAS

Parlimen P165 Tanjung Piai yang bakal mengadakan PRK dalam masa terdekat adalah merupakan salah satu kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan kritikal PH daripada 30 kawasan parlimen yang dikenalpasti.

Berdasrkan keputusan pola pengundian di kawasan parlimen tersebut semasa PRU ke 14, calon PH(PPBM) memperolehi sebanyak 21,255 undi dengan mengalakan calon BN/PAS dengan majoriti 524 undi, satu jumlah yang kecil.

Namun ketika itu andainya atas dasar gabungan kerjasama antara BN/PAS maka ia mampu memberi keputsan disebaliknya. Di mana gabungan kerjasama BN/PAS mampu  memperolehi undi berjumlah 23,693 undi dengan majoriti 4.7 kali ganda daripada apa yang diperolehi oleh calon PH, iaitu 2,438 undi majoriti.

Kesimpulannya, daripada contoh-contoh kecermelangan serta data-data angka yang dijelaskan di atas, membuktikan bahawa gabungan kerjasama di bawah ‘Mufakat Nasional’ bukanlah retorik politik. Malah ia merupakan satu cabaran yang membimbangkan PH menjelang PRK P165 Tanjung Piai dan juga PRU ke 15 yang akan datang.

No comments:

Post a Comment